Wednesday, 22 April 2015

Sejauh mana GST mempengaruhi kehidupan?

Hai.

Hari ni dah 22 hari dah kita semua dikenakan GST. Aku nak cerita kesan gst ke atas aku. Dan nak cerita adakah betul bahawa gst ini tidak membebankan seperti yang diperkatakan oleh menteri....tettt!

1. Susu rissa dah naik harga. Kalau dulu, RM20 boleh dapat sepeket susu dia, tapi sekarang paling murah pun RM22. Tu masa offer tau. Selalunya susu rissa aku beli di tesco online je sebab senang. Takde servis caj. Macam pagi tadi, aku bangun jer terus buka tesco online. Klik-klik sana sini survey barang sambil susukan rissa...pastu done! Jumaat ni, sampailah barang aku..

2. Disebabkan semua barang dah naik so aku plan nak downgradekan astro aku. Dah 2 minggu aku tak tengok runningman dan food network channel. Huwaaaa...terus rasa tak best langsung. Asben pun cakap boring tak tahu nak tengok apa. Sempat jugak aku cakap kat dia...aik,awak cakap nak tengok sports channel aje. Kan dah ada tu. Tengoklah.. Dia jawab takkan nak tengok sport 24/7?

Maka,tadi jugak aku call astro semula. Cakap yang aku nak sambung balik astro superpack 1 aku. Sekarang bulan-bulan kena bayar RM152 lebih kurang. Nak sangat tengok runningman,pasni kena tolak stok mekap. T_T

3. Makan luar. Haih. Aku kena kurangkan makan luar sebab mahal uolssss..dulu bolehlah aku makan kat tempat macam secret recipes, paparich bagai..sekarang makan tahap kfc, mekdi jer. T_T

Sebab semuanya mahal giler. Memang gst dan service charge sebelum ni sama jer tapi derang ni sume naikkan harga makanan. Kalau dulu sepotong kek RM6.80...sekarang RM9. Ok fine.

4. Topup. So far topup tak memberi kesan ke atas aku sebab mak cik kedai kat ofis aku ni masih jual harga topup seperti biasa. Takde caj gst. Syukur!

5. Masak kat rumah. Hah,sejak semua barang naik harga,aku cuba pastikan yang aku masak kalau time weekend. Hari tu masa pegi piknik kat pantai pun,aku siap masak nasi ayam. Ko hade? Aku ni kan selalunya pemalas. Pleaselah aku nak masak bagai untuk piknik..tp nak jimat punya pasal kan..

6. Pergi ke shopping mall. Kalau dulu,seminggu sampai 2 kali aku pergi aeon tapi sekarang ni dah 3 minggu tak pegi aeon. Kat sana kan barangnya mahal. Aku pegi UO jer.

7. Barang mekap. Haih! Aku pakai barang murah je sekarang. Unless kalau ada rezeki lebih sikit,barulah aku beli barang yang mahal. Tapi untuk skincare,so far aku masih maintain barang yang sama. Sebab dah serasi.

Okeylah,tu jer perbualan kita hari ni. Bye!