Tuesday, 21 April 2015

Resepi ikan goreng kicap simple dan sedap

Hai.

Rissa tak berapa suka makan ikan. Err...aku pun. Sebab bau dia tak best,pastu rasa dia pun plain gitu jer. Jadi untuk menarik perhatian dia memakan ikan,aku buat resepi simple ikan goreng kicap ni. Aku saja je tak buat berkuah macam orang selalu buat tu sebab aku nak ikan ni rasa rangup. Ini resepinya....sebelum tu diingatkan aku ni amatur dalam masakan ye..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah 6 ekor ikan selar kuning,3 cm halia, sebiji bawang besar, 3 ulas bawang putih,minyak untuk menggoreng,kicap manis,kicap masin dan sedikit garam.

Cara-caranya :

Siang ikan. Gaulkan dengan sedikit garam.

Goreng ikan hingga masak. Ketepikan.

Blend halia dan bawang. Tumis hingga naik bau.

Masukkan sedikit air ( dalam setengah cawan), masukkan kicap dan garam. Tunggu hingga mendidih.

Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan siap!

Simple kan? Hasilnya,rissa suka sangat ikan ni. Sebab dia rasa manis-manis gitu. Dua ekor ikan dia makan sorang...asben pun suka. Hehe..Kalau nak tambah cili,boleh aje. Ikut seleralah kan...

Ok bye dan selamat mencuba!