Tuesday, 7 April 2015

Pencarian pampers untuk big size baby

Hai.

Antara masalah aku dengan rissa ialah aku susah nak cari pampers yang sesuai untuk dia. Sebab rissa ni,walaupun badan dia takdelah bambam mana tapi bontot dan peha dia besar... #ikutmamalettew

Aku dah cuba drypers xxl..tapi drypers tu jenis yang dia panjang ke bawah...bukan lebar ke tepi. Rissa ni badan dia lebar ke tepi. So walaupun dia guna drypers xxl,ketat kat dia. Pastu aku try belikan rissa pampers jenis pants tapi ketat jugak. Sian anak mama.

Last sekali,aku tanya kawan aku yang anak dia jenis big size jugak. Tanya dia...anak dia pakai apa. Dia kata guna mamypoko. Masa rissa kecik,memang dia guna mamypoko. Dah dia masuk setahun ke atas je aku pakaikan rissa drypers.

So aku pun beli mamypoko saiz xxl. Yang bagusnya,mamypoko ni dia bagitahu xxl ni untuk berat 17-25 kg. Pampers lain,dia akan tulis 17kg dan ke atas.
Mamypoko xxl ni dalam dia ada 36 keping, masa ku beli aritu..harganya ialah RM120 untuk 3 peket. Mahal sikit berbanding drypers tapi takpelah demimu anak..

First try kat rissa....waaaaa muat hokey. Muat dengan elok. Pastu aku pakaikan malam,sampai ke pagi kering je bontot anak kesayangan mama tu. Jadi pasni memang aku pakaikan rissa mamypoko jelah. Kalau ada jumpa pampers lain,mungkin aku try.

Tapi siyes,kalau ada yang ada masalah cari pampers untuk anak yang big size ni,trylah mamypoko. Confirm puas hati!

Aku fully recommend mamypoko.. 😍