Friday, 10 April 2015

Note 2 kesayanganku

Hai.

Seperti juga kebanyakan orang,aku dan handphone adalah seperti kembar siam. Aku bawa hp ni kemana saja, termasuk ke tandas. Jarang sangat hp ni jauh dari aku,unless kalau kat rumah. Hah,kalau kat rumah aku memang elakkan pegang hp...sebab nanti rissa nampak,dia pulak nak. Aku bukan kedekut tak nak bagi rissa ye tapi dia kan masih kecil so aku control penggunaan hp rissa.

Kebelakangan ni, hp aku asyik keluar notification. Katanya dah running out space. Memory card aku memang dah lama full. Sekarang memory phone pun dah full. Hah,acaner ni?

Bila buka phone,aku tengok aku ada 98 video dan beribu gambar. Ok fine! Tu belum masuk gambar yang aku upload kat ig...pastu masuk folder ig dan ada jugak dalam gallery. Double photo. Belum masuk lagi kalau ambik gambar selfie....ambik gambar 10 keping tapi upload sekeping jer sebab motifnya adalah ambil gambar yang kita nampak cantik dan kurus. Walaupunnnnnn.........

Kawan aku suggest beli hardisk. External hardisk. Aku tengok paling murah pun RM200. Haih apa mahal sangat! But again,aku sedar..powerbank dan hardisk adalah antara eksesori tambahan yang wajib ada zaman sekarang.

Aku dah lama beli hp ni. Februari 2013...hadiah valentine masa tu. Suka sangat sebab kualiti gambarnya bagus,hp ni pun tahan lasak. Ni rasa nak beli lagi sebab dah boring guna note 2. Ok bye! Kahkah...

Nah aku belanja gambar hp aku satu!