Sunday, 12 April 2015

Apa yang diperlukan dalam sebuah smartphone?

Hai.

Dalam entri sebelum ni,aku ada cerita pasal hp aku. Pastu semalam,ehhhh tetiba hp aku cam rosak. Volume key dia bergerak sendiri. Kejap besar, kejap kecik. Nebes pulak aku. Jadi aku dah semalaman sampai ke pagi ni survey hp yang aku mahukan.

Apa yang aku cari dalam sebuah handphone?

1. Front camera wajib 5mp ke atas
Aku kan selalu selfie. Jadi aku memang pentingkan kamera. Kualiti gambar yang best adalah sangat penting bagi aku. Tapi aku tak suka effect kamera yang macam oppo. Aku tak suka gambar yang ada 360° tu sebab ntah. Muka aku pelik gila kalau ambik gambar guna 360°.

2. Tak nak yang ada built in memory.
Aku pernah dengar orang kata hp yang built in memory ni cepat rosak. Kalau rosak,nanti sume data dalam tu hilang. Kalau guna memory card,at least ada memory card kan...

3. Nak yang saiz 5 inci ke atas.
Aku suka saiz macam note 2 sebab tangan aku jenis besar. Kalau yang kecik,susah nak tekan keypad.

4. Boleh buat video call.
Oh come on. Walaupun aku jarang buat video call tapi aku tak nak hp yang tak boleh buat video call. Hahaha.

5. Handphone tu haruslah tahan lasak.
Yelah,dengan rissa yang selalu jatuhkan hp mama dia ni...pastu dengan aku sendiri yang asyik jatuhkan hp. Makanya hp tu kena tahan lasak.

6. Nak bateri yang tahan lama.
Kalau boleh aku nak bateri yang tahan 24 jam. Tu jer. Aku penat sehari asyik caj hp sampai 2 kali. Haih!

Hah,itu jer yang aku pinta. Aku harap sangat ada hp camni. Aku baca blog ben ashari,dia kata sony z3 tu best tapi tadi aku tengok...aku cam tak suka shape sony tu sebab dia jenis memanjang,bukan lebar ke tepi macam note 2 aku sekarang..

Jadi camna ni? Apapun tadi aku dah beli hard disk kat lazada. Prepare siap-siap takut hp aku tetiba kong. Hmm..duit oh duit. Eh hp kena gst eh?