Sunday, 8 March 2015

Sarawak vs JDT

Hai.

Semalam aku dan suami berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak di antara pasukan sarawak dan jdt.
Keputusan perlawanan tersebut adalah 2-1,jdt menang.
Aku support sarawak,obviously.
Tapi takpelah,bola itu bulat.
Jangan macam asben aku,sampai arini tak puas hati.
Relaxlah bebeh!

Aku cerita pasal game tu ye.
Masa memula sampai tu,aku dan asben cari tempat duduk dulu.
Masa sampai tu,penyokong sarawak dah kecoh bersorak.
Perasaan aku? Errr..aku mengantuk.
Kakakaka.
Kemudian,team sarawak masuk.
Untuk beramah mesra dengan penonton kot.
Aku nampaklah beberapa orang pemain sarawak...aku kenal joseph kalang tie je.
Bagi aku,benda ni cam bestlah sebab dia cam appreciate peminat yang datang...

Jumlah penonton pada malam tu ialah 19,420 orang tau.

Kemudian,aku boring.
Sempatlah beli air dan cheesy wedges.
Sebelum perlawanan dimulakan,aku tengok orang spray air kat padang.
Asben cakap sebab nak lembutkan rumput.
Elak padang tu rosak.
Tunggu punya tunggu,akhirnya jam dah 8.45 malam.
Seperti biasa nyanyian lagu kebangsaan johor. Pastu muzik stop tapi penyokong sarawak nyanyi lagu ibu pertiwiku.
Rasa nak nangis sebab lama gila tak nyanyi lagu kebangsaan sarawak. 😂😂😂
Game start.
Aku tak tengok sangat game sebab aku duduk kat grand stand.....maknanya sebelah-sebelah aku penyokong jdt.
Takkan aku nak bersorak riang ria kan?
Tak pepasal kena halau. Hahaha.

Kami balik awal...dalam 5 minit sebelum perlawanan berakhir sebab tak nak sesak.
Aku tak nampak pun insiden kad merah di akhir perlawanan tu.
Dahlah sepanjang perlawanan bila orang teriak-teriak atau ada kad kuning bagai,aku asyik tanya asben,kenapa tu? Apa yang berlaku?
Almaklumlah aku ni bukan nampak sangat....rabun ayam katanya.
Asben tanya aku,pasni nak pegi tengok bola lagi tak?
Aku jawab, tak nak.
Errrrr...hahahaha..