Friday, 6 March 2015

Resepi ayam masak sweet and sour simple

Hai.

Ayam masak sweet and sour ialah one of my favourite food.
Sebelum ni,aku memang tak reti nak masak ayam sweet sour ni tapi yeah,aku belajar.
So di sini resepi ayam sweet and sour paling simple ever aku.

Bahan-bahan :
Dada ayam dua ketul dipotong kecil
Dua biji tomato
Sos thai
Bawang holland
Tepung jagung

Bahan untuk dikisar : sedikit cili kering,bawang merah,bawang putih

Cara memasak :

Mula-mula toskan ayam. Pastikan ayam tu kering. Kemudian,gaulkan ayam bersama garam secukup rasa. Nak letak kunyit pun boleh tapi iols tak suka serbuk kunyit so no serbuk kunyit please.

Next,gaul ayam bersama tepung jagung. Make sure tepung ni menyaluti keseluruhan isi ayam tadi. Goreng hingga kekuningan. Dah siap,asingkan ayam.

Di kuali yang sama, tumis bahan kisar dan bawang holland sehingga wangi. Masukkan sos thai. Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan juga tomato. Perisakan.

Last sekali,masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul. Siap!

Kalau nak tambah nenas ke,lemon ke..boleh aje. Tapi ni kan resepi simple,maka simple lah ye. Janji sedap.