Sunday, 15 March 2015

Menggadai emas di Ar Rahnu


Hai.

Bila kita google mengenai gadaian emas di ar rahnu, mesti akan keluar macam-macam benda yang pelik-pelik. Yang tak menjawab persoalan kita orang biasa ni. Okey, katakanlah dalam satu masa tu, kita tengah sesak, kita perlukan duit. Simpanan pulak dah habis. Apakah yang kita lakukan? Kalau aku, jujur aku cakap, aku pergi gadai emas. Sebabnya kalau aku pinjam duit orang, rasa tak sedap. Segan berhutang dengan saudara mara atau orang-orang yang kita kenal. Lagi elok kita berhutang dengan bank…tu pendapat akulah kan. Yelah,kita pinjam dengan orang, orang ni ada mulut, ada hati, ada perasaan. Sedikit sebanyak mesti dia nyampah dengan kau sebab asyik meminjam ajer kejanya. Wakakakaka….

Aku share ye bagaimanakah cara untuk membuat gadaian emas di ar rahnu?

Mulanya, kita kena bawa emas yang kita nak gadai tu ke mana-mana bank yang ada tertulis ar rahnu. Selalunya bank rakyat. Pejabat pos pun ada. Pilih yang mana suka ye. Jangan lupa bawa SALINAN KAD PENGENALAN. Sampai di bank, nanti kita akan diberi borang. Dalam borang tu ada ruangan untuk waris kita…..so fikir ye siapa waris anda..

Dah selesai isi borang, kita akan dibawa ke bilik khas. Di sana nanti, emas kita akan ditimbang beratnya berdasarkan ketumpatan serta diuji ketulenannya. Atas sebab menguji ketumpatan (emas dimasukkan ke dalam air dan ditimbang) ini, kadang-kadang design emas yang bercorak-corak agak sukar ditimbang. So mungkin jugak emas tu akan direject ye. Pastu emas yang ada batu permata/intan berlian pun tak lepas ye. Dia kena emas tulen yang berbentuk simple. Jongkong emas pun boleh jer. Oh lupa, emas putih takleh gadai ye. Harap maklum.

Kemudian, pekerja bank tu akan explain nilai emas kita, upah simpan dan sebagainya. Tandatangan borang, dapat duit….siap! 

Memandangkan aku baik hati arini, aku bagi kiraan exact macam mana pengiraan emas di ar rahnu bank rakyat ye.
Nilai emas = RM1797.62
Pinjaman = RM1250.00
Upah simpan bulanan = RM15.16

Upah simpan bulanan tu adalah standard ye (kalau tak silap aku). Pinjaman tu ialah duit yang kita akan dapat. Kalau pelik eh kenapa nilai emas RM1797.62 tapi bank bagi pinjam RM1250 jer?? Sebab memang tulah konsep gadaiannya…kita akan dapat secara puratanya 70% dari harga asal emas kita. Tapi katakanlah kita nak pinjam sikit jer contohnya RM300 tapi kita ni sebenarnya layak pinjam RM1250 seperti di atas...cakap jer kat orang bank tu. Boleh aje. Jangan pinjam melebihi jumlah dibenarkan,dahlah ye.

Apakah perbezaannya menggadai emas di ar rahnu berbanding di tempat lain?
  • -          Ianya gadaian secara islamik maka tiada interest dikenakan.
  • -          Upah simpan bulanan ar rahnu adalah sangat rendah.
  • -          Katalah kita tak mampu nak bayar hutang kita sekaligus, kita boleh bayar sikit-sikit. Ataupun kita tak mampu bayar tapi dah cukup tempoh iaitu setahun, takpe. Kita bayar upah simpan dia jer. Maknanya boleh extend lagi tempoh gadaian kita. Taklah emas tu terus kena lelong.

Oleh yang demikian, kalau ada rezeki lebih tu, belilah emas ye. Boleh guna time sesak. Kan?