Tuesday, 17 March 2015

Family photoshoot yang menyakitkan hati

Hah,nampak tak dari tajuk je dah menunjukkan betapa marahnya?
Hari tu, aku ternampak ada satu pakej photoshoot di groupon. Pakej RM25, penggambaran selama sejam, free 1 editted photo dan 1 cd with an edited photo.
Aku pun beli.

Shoot 20 minit jer.
So pada hari yang ditetapkan, lepas buat appointment,kami sekeluarga pun pegi ke ALISE BRIDAL COUTURE. Shoot selama 20 minit sahaja, gambar ada dalam 20 keping sebab jurukamera cakap ok dah. Which is fine. Aku tak cakap apa sebab husband dan mil cakap dahlah tu. Dah tak tau nak ambik gambar camna lagi ni.

Ambil gambar.
Lepas 2 minggu, orang dari alise bridal couture pun call. Cakap gambar dah ready. Aku pun pegi. Drive selama 25 minit hokey…sesat barat aku. Sampai jer, perempuan tu cakap aku boleh pilih satu gambar untuk dicuci. Aku pun pilihlaaaa..pastu dia cakap nanti dia bagi aku cd dengan gambar tu. I was like apa???? Satu gambar jer!! Aku ingatkan aku akan dapat 1 gambar yang diedit dan softcopy lain-lain gambar.

Dia kata kalau nak gambar lain kena bayar RM20 sekeping. Total semua gambar RM380. Mahal gila. Aku cakap takpelah, aku pilih dua gambar jer sebab aku fikir mil aku mesti nak gambar dengan cucu dia. Pastu dia pujuk-pujuk aku ambil gambar lain. Aku cakap aku nak softcopy jer, tak payah edit pun takpelah.  Janji aku dapat gambar. Dia cakap ohhhh,I bagi u RM15. Grrrrr geram pulak aku. Padahal benda tu tinggal copy paste je. Berkira sangat pfftttt!

Last-last dipendekkan cerita, dia offer aku bayar RM130 untuk semua gambar tanpa diedit. Dan dia tak cuci pun gambar tu. Aku ni pulak masa tu tak bawa cash yang cukup untuk bayar. Masa nak pergi withdraw duit asb, orang bank kata staff yang buat asb tu tengah lunch break. Nak minta kat tony, aku tak nak dia tahu aku kena caj RM130 untuk ni. Huwaaaaaaaa…nasib baik yongnana sudi tolong aku. Dia tolong transferkan duit, nanti ku bayar ke yong. Muah ciked. Semoga murah rezeki yong….

Aku dah post dua gambar, so far kengkawan cakap ok. Nasib baik. Walaupun kena caj total RM150…

Eh lupa pulak. Pasal gambar tu kan, semua gambar rissa dalam tu adalah muka dia tak senyum langsung. Sebab masa tu dia ngantuk dan malu kat jurukamera. Sedih mama tau girl. Haih!

Itu jelah kisah photoshoot family aku yang haru biru. Pasni nak beli apa-apa kat groupon kena hati-hati.