Tuesday, 31 March 2015

Air badak untuk anak demam

Hai.

Hari tu rissa demam. Suhu 38°C.Taklah serius tapi aku risau jugak.Aku pakaikan dia cool fever.Lekat di belakang badan rissa. Tengah hari tu,mil aku whatapps, dia kata badan rissa masih panas.

Aku cuak jugak. Yelah sekarang cuaca panas. Last-last aku dapat idea untuk beli air badak. Tahu tak air badak? Air badak ni sejenis air tradisional...dari aku kecik memang dah ada. Orang tua kata,air badak bagus untuk buang panas.

Aku google. Macam biasa. Pastu ada yang kata air badak memang elok. Ada yang kata air badak takde fungsi pun. Orang saja je menipu. Takde yang kata air badak ni menyebabkan kesan negatif,which is melegakan. Tapi disebabkan aku rasa air badak ni better dari air 100 plus (rissa tak reti minum 100 plus) so aku rasa why not?

Aku beli sebotol. Harga dia RM1.80..

Petangnya aku balik,aku tuang air badak ni dalam botol minuman rissa dan bagi dia minum. Mula-mula aku rasa dulu. Rasanya ewwww...macam payau sket. Tapi bila aku bagi rissa,rilek je budak tu minum. Pelik mama dengan awak ni cha...

Lepas lebih kurang 2 jam,suhu dia turun. Aku tak tahulah sebab air badak ke apa...atau mungkin sebab rissa minum air banyak kot. So kalau anak korang cam dedar ke...bolehlah try bagi dia air badak. Sebagai usaha..ok tu je tips arini...

*gambar kredit kepada google*