Saturday, 14 February 2015

Wean off tia clarissa

Lama sangat tak update pasal anak dara kesayangan tu. Bulan ni, rissa dah 2 tahun 4 bulan. Dah besar panjang dah dia. Jadi aku rasa dah eloklah kalau aku wean off rissa. Sekarang ni,rissa cuma menyusu di waktu malam (time nak tido) ,time dia nangis,time weekend...dia just mengempeng orang kata.

Gigi dia dah almost complete,so sakit wooo bila dia nyusu. Jadi semalam (13 feb 2015), aku nekad dah nak wean off rissa. Masa kami nak tido,aku cakap kat rissa,nenen mama sakit. Mama sakit. Dia terkebil-kebil tengok aku. Tapi dia tido jugak...sambil muka dia sebelah cik b aku..

Pastu siang tadi time dia tido,aku tunjuk kat dia cik b aku. Aku cakap..tengok,nenen mama sakit. Rissa no more nenen ok..

Malam ni,dia dah gelisah nak tido. Last-last dia cakap please mama. Please... adeh,lemah jugak iman aku dibuatnya. Nak je aku bagi tapi aku fikir gak..dia dah besar. Tak elok asyik menyusu badan kan. Lagipun bukan dia menyusu pun,dia just ngempeng jer. Aku cakap laa..nenen aku sakit. Tapi aku selak juga. Suruh dia dekatkan muka kat situ. Tak sampai 5 minit,dia tido.

Aku harap berjaya wean off rissa.
Kalau dah berjaya wean off,pasni bolehlah tambah adik lagi. Hehehe...