Wednesday, 25 February 2015

Lipstik MAC pertamaku

Hai.

Aku ada sorang kawan ni,barangan mekap dia semua mac. Pastu bila ku google,eh banyak artis,blogger dan selebriti guna mac. Pendek kata kalau orang tu suka mekap-mekap,dia mesti akan ada sekurang-kurangnya satu barangan mac.....yang paling laris di mac ialah lipstiknya ye.

Ada yang kata kenapa nak guna mekap mahal-mahal padahal banyak jer mekap yang murah? Sebab aku dah serik tau. Aku beli macam-macam lipstik dari pelbagai jenama. Sekarang ni jer aku ada 7 lipstik tapi semuanya tak sesuai untuk aku. Ada yang buat bibir aku gatal,ada yang buat bibir aku kering sampai pecah dan paling aku benci,buat bibir aku gelap. Terpaksa aku skrub bibir aku tau.

Kalau nak compare,setiap lipstik yang aku beli harganya dari RM20-RM40...ko darab dengan 7,dah almost RM300 tau. Dahlah lipstik tu aku pakai sekali dua kali jer. Membazir kan? Jadi...daripada aku beli lipstik murah yang aku guna sekali dua dan tak sesuai dengan bibir aku yang sensitif,baik aku beli lipstik yang mahal tapi serasi dengan aku. Kan? Tapi tiap orang pandangan lain-lain,aku hormati semua tu.

Semalam aku cuba satu kaler lipstik kawan aku ni. Bila aku pakai,asben dan mil cakap cantik. Awwww..sebab buat muka aku nampak brighter katanya. Jadi petangnya,aku decide marilah kita membeli mac. Tambahan pulak asben aku tak bagi lagi adiah hari kasih sayang. Wakaka. Alasan sangat.

So yes,ini lipstik mac yang aku beli. Ohhhh,pastukan, aku ada baca orang yang takut nak gi kaunter kecantikan barang-barang camni. Aku pun takut sebenarnya. Tips aku,dari rumah,ready siap-siap apa yang kau nak beli. Pastu sampai sana,cakap jer nak beli apa dan blah dari situ. Aku beli barang semalam tak sampai 5 minit. Wakaka...nebes mak nok..

Aku suka lipstik mac sebab dia tak mengeringkan bibir. Bila pakai,bibir tak gatal. Pastu kaler dia cantik. Sesuai untuk bibir sensitif laaa..bulan depan time dah gaji,aku nak beli satu lagi kaler yang nude. Hihi. Reward untuk diri sendiri katanyaaaaaa...

Ok bye.