Sunday, 8 February 2015

Krim terbaik melembabkan kulit dari pagi ke petang

Hai.

Aku memang ada masalah kulit kering.
Sampai mengelupas kulit aku ni.
Sebab tu aku sangat cerewet bila memilih losyen.
Selalunya losyen yang melembabkan mesti ada campuran shea butter tapi aku pulak tak kenan dengan bau shea butter.
Pening iols.
Satu lagi masalah losyen for dry skin ialah mahal giler.

Satu hari,kakak ofis yang duduk meja sebelah aku cerita,mak dia baru balik umrah.
Cuaca kat umrah kan kering,kalau kulit tak tahan memang crack la.
Kawan-kawan mak kakak tu suggest guna krim ni.
Mak dia pakai...kulit elok je maintain lembab.
Kakak ni pun pakai krim yang sama sapu kat tumit dia.
Hasilnya tumit kakak ni tak pecah lagi.

Nak tahu krim apa?

Nivea creme laaaaa...

Krim nivea ni banyak sangat dijual di mana-mana pasaraya di malaysia. Harga pun murah jer. Lepas dapat review terbaik dari kakak tu,aku pegi giant,beli nivea cream dalam bekas yang paling besar. Tamak tak? Hahahha...tak mahal pun. RM12 kot harga dia kalau tak silap.

Sampai rumah,aku ingat nak pakai macam losyen. Sekali tu,krim ni tekstur dia sangat pekat. Macam vaseline tu hah tekstur dia lebih kurang. Susah nak sapu seluruh badan. Maka aku sapu di tempat-tempat tertentu je macam tangan,siku,lutut,betis,tumit..

Yang aku paling tak suka pasal nivea creme ini ialah bau dia. Annoying gila bau dia. Bau minyak rambut mendiang datuk aku dulu. Hahahaha. Tapi bau dia tak kekal laaa..kejap je hilang. Spray je perfume,wangila badan tu nanti.

Apa pun,lepas guna nivea creme ni setiap hari,badan aku dah tak mengelupas lagi. Yang paling best,aku tak perlu reapply losyen dua tiga kali sehari. Pakai sekali je cukup. Jimat pun jimat. Kalau korang nak try,cuba beli yang bekas paling kecil tu dulu. Tengok ok ke tak.

Lagi satu,nivea creme ni tak mengandungi paraben. So selamat laaaa di situ. Kalau korang ada masalah very dry skin,silalah beli krim ni. Sangat bagus hokey..so far ni yang paling terbaik dan murah dalam mengatasi masalah kulit kering aku. Tips simple,letak je benda ni kat opis. Kompem pakai punya...kalau tak,beli je pastu terbiar jadi tukun kat rumah. Haha..