Wednesday, 18 February 2015

Cara aku simpan duit


Hai.

Hari ini aku nak kongsikan cara aku simpan duit. Seperti rakyat marhaen yang lain, aku ni susah sangat nak simpan duit. Pastu bila sampai masa aku perlukan duit, hah….dah terkial-kial. Last year aku admit lah yang pengurusan kewangan aku sangat teruk. Husband aku asyik membebel jer kat aku sebab aku kan pengurus kewangan kami (kononnya). Maka mulai 2015 ni, aku dah set siap-siap dah segala perbelanjaan kami suami isteri. Aku share ye tips kat sini, kotlah ada yang iman lemah dan takde disiplin macam aku. Hahaha..

Sebelum dapat gaji, buat list bajet siap-siap. Senaraikan semua yang WAJIB dibayar dan dibeli.
Ini penting supaya senanglah nanti nak uruskan duit tu bila dah dapat. Dalam list ni, aku masukkan bil air dan elektrik,bil astro,ansuran kereta,duit untuk susu anak dan pampers anak. Kira semua benda yang wajiblah. Pastu calculate siap-siap untuk simpanan berapa, untuk perbelanjaan berapa…maka bila dah semua dah ready, kita dapat tengok berapa baki duit kita. Maka, beringatlah di situ yer.

Bila dah dapat gaji, bayar semua hutang dan simpan duit
Untuk semua perbayaran bil, memang aku yang uruskan. Yelah,kata tadi pengurus kewangan kan? Jadi hari pertama gaji, aku memang transfer siap-siap semua duit untuk bil-bil utiliti aku. Kemudian, aku akan simpan duit ke ASB. Semua ini aku lakukan menggunakan maybank2u. Ya,kita boleh transfer duit ke ASB menggunakan maybank2u ye kawan-kawan.

Tips bayar bil :
Untuk bil, aku memang fixkan amount tetap. Sekarang ni, astro aku RM158, bil air dalam RM6-7 pastu bil elektrik dalam RM60-70. Tapi tiap bulan aku akan bayar amaun tu secara tetap. Astro aku bayar RM160, bil air RM20, bil elektrik RM80..sebab tu bil aku selalu negatif..aku buat gini supaya kalau satu masa aku kekurangan bajet, aku cuma perlu bayar sikit je untuk benda alah ni.

Joinlah kutu dengan kengkawan.
Nak harap aku simpan duit memang nan hado lah kan? Maka tahun ni aku join 3 kutu. Masing-masing akan aku dapat pada 3 waktu berbeza. Jadi takdelah aku kelam kabut nanti.

Gunakan amaun tetap untuk perbelanjaan harian
Contohlah, perbelanjaan harian untuk suami isteri selama seminggu adalah RM300. So, kekallah dengan bajet tu. Jangan nak memandai bazirkan pulak, beli bukan-bukan. Usaha untuk ikut plan.

Beli barang dapur/mekap/skincare sekali sebulan, jangan kerap ke pasar raya
Dulu, aku suka sangat pergi hypermarket kalau bosan. Pastu bila pergi situ,confirmlah aku membeli barang yang tak perlu pun sebenarnya macam biskut bagai. Sila kurangkan amalan ini ye. Bila bosan, aku lebih gemar beriadah ke taman ke,zoo atau playground.

Buat tabung biru/hijau/merah/syiling
Biru mewakili RM1, hijau mewakili RM5 dan merah mewakili RM10. Untuk aku, aku buat tabung hijau. Maka asal aku dapat duit RM5 je aku simpan dalam tabung. Aku tak pakai pun duit tu. Aku dah amalkan ni almost sebulan. Takdelah banyak nar amaun yang aku dapat, tapi bolehlah dari takde. Ada orang kumpul syiling banyak-banyak. Tu pun salah satu amalan menabung.

Survey harga barang.
Sekarang kan dah ada apps untuk survey harga susu, harga pampers dan macam-macam benda lagi. Gunalah apps tu. Senangkan? Kalau tak pun, boleh tengok kat newspaper atau online.

Elakkan berhutang
Aku pun tak terkecuali dari tabiat suka berhutang. Sobssss. Tapi husband aku jenis yang tak suka pinjam-pinjam ni. Dia rela takde duit dari nak meminjam kat orang.  So asal aku nak berhutang jer, dia tak izinkan. Maka terselamatlah aku walauponnnnn tak dapat beli apa yang aku nak. Huwaaaaa.

Baiklah, sekian sahaja tips aku untuk hari ini. Semua yang aku share ni, baru je aku amalkan. Membantu aku la sedikit sebanyak. Korang trylah, manalah tahu kan? Hehehe…bye.. J