Friday, 30 January 2015

Tips membeli tiket airasia

Hai.

Kawan-kawan aku selalu bertanya pada aku mengenai airasia. Malah kalau nak booking tiket ke apa,mesti suruh aku yang buatkan. Hari ni aku rajin sikit. Aku share beberapa tips sebelum dan selepas korang membeli tiket di airasia. Mas/malindo air aku tak tahu tau.

1. Beli tiket semasa offer.
Airasia selalu buat promosi. Grab tiket masa promosi tu. Tapi tips penting di sini ialah beli tiket masa hari ketiga/keempat offer. Jangan beli masa hari pertama/kedua atau terakhir. Sebab nanti line sangat slow. Tahu jelah orang malaysia ni,masa mula-mula dan masa last day,time tulah semua mengelabah nak beli.

2. Sebelum end record,semak berkali-kali.
Tips aku,tulis di kertas berasingan,highlightkan siap-siap nak naik flight pukul berapa,tarikh bila. Sebab line  tu dahlah slow,kita pulak tak habis fikir lagi nak pegi pukul berapa bla bla bla...pastu kita end record. Ehhhhh. Tetiba silap booking. Hah,burn duit uols.

3. Daftar id di website airasia.
Bila kita daftar (secara percuma je pun),semua transaksi kita ada di dalam sistem. So kita boleh semak booking anytime,nak add on luggage ke,add on makanan ke. Selain tu,kita boleh tengok record perjalanan kita yang lepas. Mudah kan?

4. Duit kita tak cukup? Tak pasti dengan booking tapi takut harga murah tu terlepas?
Kita daftar dulu airasia ni. Pastu buat payment seperti biasa. Di akhir transaksi pun click jer. Nanti dia akan bagi notification you have insufficient balance. Pastu kat booking kita akan tertera need payment. Booking ini akan dihold selama dua jam. Dua jam saja ok. Dalam dua jam tu,pandai-pandailah kau cari duit atau tanya orang untuk confirmkan booking.

5. Cara untuk update booking yang tertera need payment ni? (Rujuk nombor ☝ untuk tahu apa itu need payment)
Click manage my booking,pastu click lagi modify. Then dia akan ada tempat untuk make payment.

6. Masa buat booking airasia,tiba-tiba keluar status on hold selepas buat payment. Acaner?
Tips penting,bertenang. Jangan terus book tiket lain. Selalunya ini berlaku bila line slow atau ada problem dengan credit card kita tu. Bagi masa sejam lebih dulu,pastu tengok lagi booking kita. Masih on hold? Atau dia akan tertulis decline? Atau confirmed? Selalunya lepas 2 jam (booking yang on hold) ni akan cancel. Kalau decline,maknanya masalah dengan kad kredit uols. Nak update payment,sila guna cc lain atau guna internet banking.

7. Wajib ke membeli airasia travel insurance?
Pada aku,tak wajib. Tak payah membazir duit nak beli travel insurance ni. Kalau kemalangan berlaku(which ia sangat jarang), kerajaan/syarikat penerbangan akan bagi pampasan juga walaupun kau tak beli insurance ni. Mungkin jumlah tuntutan dia berbeza. Tapi kalau setakat perjalanan 40 minit,tak payahlah membazir.

8. Pastikan check in awal sebelum berlepas.
Kaunter akan tutup 30 minit sebelum penerbangan (untuk penerbangan domestik) dan sejam(kalau tak silap) untuk penerbangan antarabangsa. Sekarang kita boleh check in secara online,jadi gunakanlah servis tu. Tak payah penat beratur.

9. Kalau naik airasia,elakkan guna heels atau very short skirt.
Airasia ni dia tak macam mas. Dia guna tangga je. Tangga tu pun ala sempit gitu. So kalau korang pentingkan keselamatan diri,elakkan guna heels ok. Nanti jatuh,ngeri owww..

10. Siapa yang tak boleh naik flight airasia? Sebenarnya ini ada tertulis di terms and condition tapi orang takkan nak baca pun. Ok aku short listed kan.

- wanita mengandung atas 33 minggu (8 bulan dan ke atas.

- untuk wanita yang mengandung dari 28-32 minggu wajib ada surat doktor yang mengatakan anda boleh fly. Surat doktor ni mesti valid 7 days dari tarikh travel.

- untuk wanita mengandung di bawah 28 minggu,sila beritahu staff kaunter yang anda mengandung,nanti dia akan bagi kita isi borang.wajib beritahu. Nanti kalau tak,masa dalam flight orang perasan,time tu baru nak isi borang terkedek-kedek nanti flight delay tau!!! Jangan menyusahkan orang lain.

- sesiapa yang menghidap chicken pox atau something like that. Ini common sense la kan? Kalau kau tahu anak kau chicken pox,janganlah selfish sangat pegi bawa dia naik flight. Kesian kat orang lain kalau berjangkit.

- baby berusia di bawah 8 hari. Kalau nak bawa juga,boleh. Tapi kena ada doctor letter yang valid selama 7 hari dari tarikh travel. Kau kena faham tekanan udara dalam kapal terbang tu berbeza dari di daratan. Nanti apa-apa berlaku, kau mesti salahkan airasia padahal kau tak baca tnc.

- yang bawa durian. Please lah jangan bawa durian masuk cabin. Busuk sangat tahu.

11. Ni last tips. Masa buat payment secara online,gunakan internet banking. Sebab caj dia cuma RM4 per transaction. Kalau guna credit/debit card,dia akan caj mahal owww..tak silap aku RM16 kot per

Airasia ada offer sekarang. Grablah sebelum tamat tempoh promosi. 😘