Friday, 23 January 2015

Peminat setia zamani slam

Semalam,aku memang bengang sangat.
Pasal isu zamani slam tu lah.
Aku dapat tahu berita dia tu kelmarin.
Dan disebabkan aku memang peminat dia,aku senyap je tak komen langsung isu tu.
Sampai aku sanggup tak buka beautifulnara,oh bulan,rotikaya bagai sebab tak nak tengok pasal zamani.
Aku sedih tengok orang yang aku minat diburukkan.

Sekali tu,semalam time aku tengok fb,ehhh sekali ada orang share video.
Zamani dalam lokap,dipaksa menyanyi sambil digari.
Ya Tuhan!!!!
Why on earth orang buat gitu?
Sumpah aku cakap,aku sangat kecewa dengan polis yang merakam video tu tak kisah apa niat dia.
Mana integriti kita sebagai penjawat awam????
Like seriously memang bodoh dan kurang ajar sangat buat camtu.

Aku tak kata semua polis tau.
Aku kata polis yang rakam dan sebarkan benda tu.
Dah takde keje lain ke kat balai sampai ko boleh rakam video segala dan sebarkan?
Dalam orang tu tengah dalam keadaan yang tak proper pulak tu.
Cuba tu keluarga kau,dia buat salah...kau nak dia dilayan camtu?
Kau nak orang sebarkan video camtu??
Sangat mengaibkan tahu!

Yang aku lagi super bengang,siap ada blog hiburan yang famous tayang video tu.
Pastu alasan dia....walaupun bergari,suara zamani slam tetap ohsem.
Heh memanglah suara dia sedap walaupun dia bergari,berikat,duduk,berlari,berdiri or watsoever.
Dia zamani slam...suara dia memang sedap.
Whats wrong with u?
Cuba ambil gari,garikan siti nurhaliza,tetap juga sedap suara siti.
Bukan dia nyanyi pakai tangan pun tapi pakai mulut!

Orang asyik cakap zamani salah zamani salah..
Ya memang dia salah kerana memiliki dadah tapi dia membunuh,meragut,merogol,mencederakan sesiapa,memalukan sesiapa di khalayak ramai....dia tak buat apa salah pun kat korang.
Kenapa buat dia gitu?
Dia memiliki dadah...bukan mengedar.
Kenapa hukum dia dengan memalukan sebegitu rupa macam dia tu merogol baby??

Asyik kata patutlah dia kurus.
Suka hati dialah dia nak kurus ke gemuk!
Mengganggu ke?

Kata peminat setia dari kecik.
Bullshit.
Kalau kau minat,kau takkan tayang gambar dia yang buruk-buruk ok.
Kalau kau minat,kau rindu nak dengar dia nyanyi,buka youtube....berlambak lagu slam.
Berlambak lagu zamani.
Sangat banyak!
Tak perlu kau nak dengar lagu dia bergari tu.
Suara dia sama jer..aku 100%  yakin.

Aku harap yang buat benda ni dikenakan tindakan keras.
Bukan setakat ditukar tempat kerja je.
Bukan kerana ini zamani tapi kerana ini tindakan yang sangat tak beretika.
Sangat tak bertanggungjawab.
Sangat memalukan.
Sangat mengaibkan.

#silasaman