Wednesday, 7 January 2015

#misisihatkanbadan

Hai

Sempena tahun baru ni,aku ingat nak rajin sikit bersenam.
Saja jer,nak sihat.
Kalau nak suruh aku diet,aku malas.
Baik aku bersenam. Hahaa.
Sebenarnya ada sorang rakan sekerja aku.
Dia ni memang kaki bersenam.
Dia ajak aku ikut sekali memandangkan tempat bersenam tu 10 minit je dari rumah aku.
Mulanya aku malas gilaaaa.
Tapi sebab kesian kat kawan aku ni,aku paksa diri pegi.
Hahahaha.
Pastu aku rasa eh macam best jer..
Apa senaman yang aku lakukan?
Alaaaaa..aerobik jer pun.
Jadilah,ye tak?

Kali pertama pergi aerobik, 15 minit pertama, aku nak pitam.
Kali kedua, 30 minit tu, aku dah mula rasa berpinar.
Tapi kali ketiga....aku lepas wei..
Aku berjaya aerobik 40 minit dengan jayanya.
Huwaaaaaa,kagum sangat dengan diri sendiri.

Nak tahu sape paling excited bila aku suka bersenam?
Asben aku laaaa.
Siap offer aku macam-macam.
Offer nak belikan aku kasut,baju,seluar sukan bla bla.
Aku pulak rasa benda tu sume membazir.
Bayangkan running shoes rata-rata harga dia 100 lebih tau.
Aku ni pulak kedekut.
Seluar bersenam tu pun mahal.
Sehelai je paling murah aku jumpa pun 45.
Aku cakap dengan asben...pakai track suit jelah.
Dia cakap track suit aku macam mak cik mak cik.
T_______T
Asben aku sanggup keliling satu jusco,masuk 4 kedai kasut,belek kasut satu-satu semata-mata nak cari kasut untuk aku.
Pastu bila aku kenan satu kasut je...jawapan dia..

Itu kasut bolalah.
Itu kasut orang main basketball.
Itu kasut futsal.

Isk. Manalah aku tahu kasut sukan ada macam-macam.
Ingatkan one fits all. Hehehe.
Last-last cakap kat asben,minta dia belikan stokin jer.
Masa beli stokin pun drama.
Aku cakap nak beli stokin cap kartun lat daiso sebab murah.
Asben cakap stokin tu tak sesuai,tak serap peluh bagai.

Wife : tapi kaki saya mana ada berpeluh?
Asben : nanti dia akan berpeluh.

Aku ikutkan jelah.
Pastu dia beria suruh aku pilih seluar.
Aku ambiklah sehelai sambil membebel dalam hati cakap benda ni membazir jer.

Dia siap warning aku.
Jangan bersenam sekerat jalan pulak.
Yelah yelah.
Kali ni aku buat betul-betul.
Promise.