Monday, 5 January 2015

Konsert Gegar Vaganza Musim Pertama

Hai.

Aku curi sedikit masa pagi ni nak update mengenai gegar vaganza.
Aku sebenarnya sangat teruja masa memula gegar vaganza ni,dari minggu pertama aku dah over excited.
Semalam final.
Peserta final ada 6 orang. Mamat exist,haleeda,rahmat mega,ayai ilusi,ifa raziah dan fazli zainal.
Peserta favourite aku ialah mamat exist.
Aku harap sangat dia menang.
Tapi sobssss..keputusan telah keluar.
Dan pemenangnya adalah ayai ilusi.
Tapi suara ayai memang sedap tak berubah pun.

Keputusan keseluruhan :

Juara - Ayai ilusi
Tempat kedua - Haleeda
Tempat ketiga - Mamat exist
Tempat keempat - Rahmat mega
Tempat kelima - Ifa raziah
Tempat keenam - Fazli zainal

Persembahan peserta malam tadi adalah ok. Aku rasa paling kelakar bila mamat dan fazli nyanyi lagu havoc. Dua-dua keras macam batu. Wakaka.

Pastu aku rasa the star of the night ialah kemunculan new boyz. Omg!!! Tomok nyanyi lagu meraung dan sejarah mungkin berulang. Rasa nostalgia sangat. Touching okey. Teringat zaman sekolah dulu. Haha. Muka jihan muse pun feeling jer dengar tomok nyanyi.

Another suprise ialah hairul azreen melamar hanis zalikha. Which is aku rasa sweet sangat. Ramai yang mengutuk tapi seriously,get a life la. Berbahagialah untuk orang lain. Susah ke? Geram aku. Ada yang kutuk kata muka hanis takde perasaan bila kena lamar. Ko dah kenapa? Kan tu surprise. Ada orang yang bila excited,dia melompat bintang. Ada yang terkejut gila. Ada yang blur je. Mungkin hanis zalikha blur. Tapi tak kisahlah dia rasa apa. Tak boleh eh tengok orang lain bahagia? Nak tengok orang sedih jer eh?

Aku rasa bila sekarang ni banyak benda sedih berlaku,it would be sweet kalau ada benda yang bahagia diselitkan. Betul tak?

Aku so far puas hati dengan konsert gegar vaganza ni. Happy,bahagia dan seronok laaa..cuma sedih sebab mamat tak menang. Sobsss!