Wednesday, 31 December 2014

Resepi kek butter nutella paling mudah

Hai.

Semalam ulang tahun perkahwinan aku yang keempat.
So being kedekut berjimat, aku pun buatlah kek.
Ni nak bagi resepi, kotlah ada yang mencari resepi kek butter yang senang kan?
Apa pun, diingatkan, aku bukan pakar tau.

Baiklah, kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan. Aku bagi harga sekali yer, untuk panduan.

Dua cawan tepung naik sendiri (sila guna jenama Bluekey) - RM5.85
Butter 250 gm - RM4.86
4 biji telur
Sesudu teh esen vanilla
Setengah cawan gula castor
Sesudu besar nutella
Sedikit chocolate rice untuk hiasan

Cara-cara membuat kek butter nutella ni senang yang amat. Tak payah pakai blender segala. Guna tangan jer pun boleh. Aku selalu minta asben yang buatkan sebab papa strong, bak kata rissa. Hahaha.

Ok, mula-mula campurkan gula kastor, butter dan telur di dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.


Kemudian, masukkan tepung tu sedikit demi sedikit. Gaul hingga adunan tu bersatu. Gaul dalam 10 minit gitu. Kalau ada mixer, gunalah mixer. Kalau takde, takpe.


Kemudian, kita sapu sedikit minyak masak pada keseluruhan loyang. Ini bagi memastikan kek kita senang untuk dikeluarkan ye kawan-kawan. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan kek ke dalam loyang. Pastu masukkan nutella. Kacau-kacau sikit nutella tu. Kita buat macam marble.

Panaskan oven menggunakan suhu 180*C menggunakan api bawah. Sebelum kita bakar kek, kita kena panaskan oven lebih kurang 15 minit terlebih dahulu ye. Dah selesai, kita bakar kek selama 30 minit. 

Susun cantik-cantik ye.

Bakar selama 30 minit.

Untuk memastikan kek itu telah masak, kita boleh ambil lidi. Cucuk lidi pada kek. Kalau dah takde kesan tepung pada lidi tu, maknanya kek kita masak.


Macam aku, aku tunggu kek ni agak sejuk sikit (suam-suam gitu), kemudian aku sapu nuttela atas kek ini. Last sekali, taburkan chocolate rice atas kek tu. Settle!


Sedap dimakan panas-panas sambil minum teh o...Cubalah..



Tuesday, 30 December 2014

Memori 2014


Hai.

Dah hujung tahun ni, aku nak share memori tahun 2014 ni.
Tahun ni tidaklah sesukar 2013 sebab aku dah tak perlu fully bf rissa, jadi tak tertekan sangat.
Dugaan sebagai suami isteri? Kami dah agak lama kenal, dah nak masuk 8 tahun pun, jadi dah kurang sikit adegan gaduh-gaduh berbanding masa mula kenal dulu.
Cuma dugaan yang dasyat tahun ini adalah dari segi kewangan.
Pengurusan kewangan kami sangat failed tahun ni.
Tapi aku syukur, aku dan suami tiada hutang kad kredit.
Tiada hutang along.
Masih cukup makan pakai.

Tia clarissa?
Ohh, anak dara tu dah besar dah.
Dah semakin pandai cakap.
Dah nampak dah perangai dia camna.
Dah kenal macam-macam.
Aku bangga dengan rissa.
Seronok bila ada rissa….dialah syurga kami suami isteri.
Kebahagiaan kami.
Sekarang dia pandai minta adik baby.
Asyik suruh aku dan papa dia buat baby.
Serius okey…dialog dia…papa,make baby.i want adik baby.  T_______________T

Dugaan paling hebat yang aku terima tahun ini ialah kehilangan datuk aku.
Sebenarnya aku masih in denial lagi.
Aku selalu lupa datuk dah takde.
Selalu cakap kat asben, nanti kita balik, nak beli barang ni untuk datuk
Hmm.

Azam tahun baru?
Errrr…azam tahun lepas pun tak terbuat lagi.
Azam tahun baru macam biasa lah.

Nak kurus.
Nak simpan duit.
Nak pergi bercuti.
Nak cantik.

Acaner tu?
Tiap tahun azam sama tapi tak pernah tercapai. Hehehe.
Okeylah….selamat tahun baru 2015!

Saturday, 27 December 2014

Drama Zahira di TV3

Hai.

Aku jarang menonton drama melayu.
Sebab aku ni ada sound problem pastu aku kalau tengok cite yang takde subtitle,aku kena pasang kuat-kuat pastu aku malu sendiri sebab satu kuarters boleh dengar tv aku.
Tapi kalau aku dah tengok tu maknanya cerita tu sangat best giler.
Tahun ni aku tonton 3 drama jer.
Bukan kerana aku tak cinta,setitis kasih darmia dan drama yang aku nak cerita sekarang....zahira.
Drama zahira ni untuk slot samarinda di tv3.
Pelakon dia adalah adiputra dan zara zya.
Drama ni best sangat. Sweet habis tahap hentak kaki.

Kisah dia lebih kurang macam ni.
Zahira kerja untuk ikbal. Ikbal ni orang kaya. Duda anak dua. Zahira jadi babysitter anak ikbal. Anak ikbal sayang sangat kat zahira. Pastu ikbal pun suka kat zahira. Tapi mak ikbal tak suka zahira. Yang bestnya...ikbal buat tak kisah jer kat mak dia. Awwww..

Seronok tau tengok gelagat zara zya dan adi dalam drama ni.
Zara zya tu lakonan dia memang sangat real.
Adiputra? Well..aku memang minat adi.
Dalam drama ni jugak ada pelakon baru yang aku baru first time nampak.
Bea balqis nama dia.
Perempuan ni gebu....macam zila bakarin.
Putih melepak.
Sekarang baru episod 9..drama ni ada 13 episod semuanya.
Korang sila tengok tau!
Drama ni aku rasa drama melayu paling best aku pernah tengok selepas bukan kerana aku tak cinta. Hehe.
Kalau bkatc aku bagi 9 markah,zahira ni aku bagi 8.9 markah. Hahahaha....sebab bkatc banyak scene mesra. 😍

Sekarang ni time aku menaip,hari tengah hujan.
Aku tengok berita..kesian kat orang yang mengalami banjir.
Aku harap semua cepat ok.
Hmm.

Monday, 22 December 2014

Aku dan skincare di tahun baru

Hai.

Aku sangat sukakan produk penjagaan kulit.
Sangat suka tahap obses.
Selalu aku memang berhabis duit untuk skincare jer.
Kasut,handbag,make up...semua aku tak kisah.
Hahaha.
Tapi kulit aku tak lawa pun.
Kasar,kering,pori-pori besar.
Sentap ok. Sentap.
Pastu bila aku tengok orang pakai produk A,terus menggigil tangan nak beli produk A.
Bila tengok orang pakai produk B,menggigil lagi tengok harga produk B.
Sila faham ye aku obses.
Macam orang yang obses bola,obses beli handbag...hah camtulah aku.

Tapi bila dah nak masuk tahun baru ni,pastu harga barang makin naik,pastu aku ni niat nak tambah anak baru.......mana boleh habiskan duit untuk skincare.
Kan??? #nangistepipintu
Maka aku berazam nak guna produk malaysia je tahun depan.
Dah tak nak korea lagi.
Ok correction. Aku akan pakai bb cream korea tapi yang lain-lain tu,aku cuba pejam mata.
Korang nak tahu apa produk yang bakal aku guna?

Hehehehe.

Ini jelah produk yang termampu untuk poket aku.

Bakal produk pilihan aku ialah safi rania gold! Woots woots.

3 sebab pilih safi rania gold?

1. Aku memang guna serum dia. Serum dia bagus. Krim malam dia pun sesuai sangat untuk aku.

2. Aku suka nora danish. Nora duta safi rania gold. Kira macam what her's is mine. Nora pakai,aku pun pakai. Full stop. Hahahahha!

3. Sebab harga mampu milik.

Tapi.....produk seperti eye cream dan sunblock,aku tak pakai safi rania. Aku sangat cerewet part eye cream. Sebab mata aku selalu ketumbit. Jadi aku perlukan eye cream yang bagus untuk hilangkan ketumbit aku. Ini serius tau.

Untuk sunblock,aku guna sunblock yadah..tak oily,tak melekit.

So aku prepare siap-siap.senarai skincare yang akan aku guna next year. Nampak tak tahap obses tu cane? Tahun ni tak habis lagi dah sibuk nak beli barang untuk tahun depan. Wakaka. Tapi ni plan jer. Kot aku terserempak dengan benda lain...aku beli jugak. Kikiki.

Cleanser - cetaphil gentle clèanser

Oil cleanser - sebab aku baru amalkan double cleansing routine.untuk ini aku pilih nature republic chamomile cleansing oil.

Eye cream - watery berry skinfood untuk wrinkle dan satu lagi dari the face shop untuk ketumbit aku.

Serum - safi rania

Toner - nature republic hawaiian toner

Pelembab siang - safi rania

Krim malam - safi rania

Essence - aku memang dah ada essence ni.beli kat faceshop.

Skrub muka - origins.memang dah ada.

So yes,itu antara produk yang akan aku guna next year. Jangan goda aku beli skincare lain tau! Bye.

Sunday, 21 December 2014

Kisah aku dan lipstik

Hai.

Aku bukan seorang yang gemarkan lipstik.
Selalunya orang akan tengok aku dengan lipbalm je.
Tapi disebabkan lately ni aku gemarkan warna oren,maka lipbalm dah tak menarik di mata aku.
Aku kena jugak cari lipstik oren yang ohsem.
Dan yang bestnya aku dah jumpa lipstik oren yang aku suka iaitu revlon.
Harga pun murah sangat.
Tapi masalahnya,bila aku pakai,bibir aku jadi pecah dan gatal.
Sebelum tu aku pakai soft matte lip cream nyx.
Smlc ni warna dia sangat lasting tapi mengeringkan bibir aku walaupun aku pakai lipbalm.
Aku tak berapa suka tapi aku ada dua smlc....antwerp dan stockholm.

Ok next lipstick please.

Aku beli nyx round lipstick. Kaler tearose.
Aku super duper suka round lipstik sebab ianya melembabkan bibir tapi warna dia tak lasting macam smlc.
Tahan dalam 4-5 jam.
Nanti ku attach gambar aku pakai tea rose ni.
Tapi dia takde kaler oren yang aku suka. 😑

Suami aku pulak tegur...bibir aku sekarang dah gelap.
Dulu merah semulajadi.
Terus aku rasa tak nak pakai lipstik dah.
Tapi aku jumpa a better option.
Apa kata kalau aku cari mineral lipstik?
Mineral lipstik tidak mengandungi bahan yang berbahaya.
Tapi harga dia haih picit dahi..
Aku dah survey lipstik mineral dari tiga jenama....
Burt's bee,hansagee dan yadah.
Nanti kalau dah beli..aku update ye.
Bye.

Wednesday, 17 December 2014

Tips skincare yang semua perlu tahu

Hai.

Tetiba rajin nak buat entri.
Ada sorang dua kawan aku yang selalu takde masa nak jaga muka.
So yes,kat sini aku bagi sedikit tips penjagaan kulit bagi mereka yang benar-benar sibuk dan takde masa.

Aku bagi situasi ye. Tapi diingatkan,semua ni adalah pendapat peribadi aku semata-mata.

Q : Puan A seorang isteri bekerja dan mempunyai 3 orang anak kecil. Balik je kerja, Puan A kena masak,kena kemas rumah. Bila dah selesai, Puan A penat lalu takde masa nak jaga kulit bagai. Apakah produk yang sesuai untuk Puan A?

A : Puan A memerlukan pencuci muka dan sunblock. Pada aku,dua benda ni ialah yang paling basic dari segi penjagaan muka. Mengapa pencuci muka? Sebab kita kena bersihkan muka kan? Sunblock? Sebab kalau wajah kita terdedah pada matahari tanpa sebarang perlindungan,nanti muka kita akan berjeragat. So yes,you must wear a sunblock.

Pencuci muka yang i cadangkan adalah neutrogena foaming cleanser. Sebab pencuci muka ni turut menanggalkan solekan yang ringan di muka anda. Harganya pun murah. Sunblock? Selalunya harga sunblock adalah mahal. Dan selalunya mak-mak macam aku ni cam berkira sikit nak beli barang mahal untuk muka semata kan? Jadi sunblock nutox pun ok. Muka tak berminyak bila pakai sunblock tu. Harga mampu beli.

Kalau aku sendiri,aku guna pencuci muka nivea dan sunblock nutox. Tapi pencuci muka yang aku gunakan ni dah takde dalam pasaran. Sobsss!

Q : Bagaimana kalau Puan A seorang yang berkulit sensitif? Atau mempunyai alahan kulit muka atau ekzema?

A : Aku suggest gunakan gentle cleanser (pencuci muka yang lembut) iaitu cetaphil. Pencuci muka ini agak mahal (bagi aku) tapi korang boleh pakai lama. Ianya juga takkan menyumbat pori so takyah risau. Cetaphil pun ada sunblock dan pelembab jugak. Boleh try..

Selain itu,pernah dengar produk cosmoderm tak? Ini produk malaysia. Memang dijamin halal. Dia ada jual set gentle series yang memang sesuai untuk orang yang berkulit sensitif. Korang boleh pegi website dia ye..

Q : Produk untuk orang yang berjerawat?
Aku cadangkan produk yang mengandungi tea tree oil. Banyak produk yang ada tea tree oil. Pilih je mana yang sesuai ye...

Ok itu sahaja tips hari ni. 😙

Sunday, 14 December 2014

Produk ajaib dan murah cantikkan kulit

Hai.

Sekarang,bila kita nak beli apa-apa produk,mesti kita google kan?
Pastu baca testimoni,review dan komen orang.
Aku gemar baca review,tak suka baca testimoni sebab testimoni ni selalunya dia ambil yang positif je.
Orait,aku nak cerita pasal satu produk ni.
Aku lama dah pakai produk ni.
Setahun lebih jugaklah. Produk buatan malaysia.
Dulu aku pakai whole set pastu sekarang aku pakai krim malam dia je.
Kelmarin,time aku pakai krim malam dia (aku memang tak guna krim malam dia tiap hari sebab aku malas),tiba-tiba muka aku jadi gatal.
Perghhh..horror ok.
Bergegas aku cuci muka.
Nasiblah pastu ok jer.

Then aku google.
Jumpa artikel berkenaan merkuri dalam produk.
Antara ciri-cirinya ialah produk tu jenis sangat berkesan,pori-pori kita mengecil dalam masa seminggu jer,krim dia melekit,bersinar dan bila kita sentuh...krim tu macam tepung yang diletak air tau.
Dia lekat kat tangan kita...bukan yang tekstur macam losyen tu tau.
Pastu,muka orang yang pakai produk tu selalu pucat dan kusam. Contoh muka tu ialah muka aku.
Muka aku dulu pucat ok.
Sekarang je ok sikit....tapi masih kusam lah.
Bila aku tengok ciri tersebut,semuanya ada pada produk yang aku pakai.
Tapi terus aku tertanya,kalau produk yang aku pakai tu ada ciri-ciri merkuri,macam mana boleh ada kelulusan kkm?
Hah.....yang itu aku tak tahu dan musykil sangat.
Persoalan aku....

Selepas mendapat sijil,adakah kkm akan memeriksa secara randomly produk tersebut?
Atau lepas dapat sijil,terus tak check lagi?
Atau check 5 tahun sekali?
Atau before dia buat spotcheck,dia akan maklumkan pihak pengeluar produk terlebih dahulu?

Aku tak kata laporan kkm tu palsu tapi aku cuma ingin tahu bagaimanakah kkm menyemak semula produk yang telah dikeluarkan sijilnya?

Then lately,aku nampak banyak sangat produk dari thailand.
Iklan dia pulak semua sama.
Tiada bahan kimia,100%  organik,asli,diperbuat dari tumbuhan semulajadi,akan memutihkan kulit,menghilangkan bintik hitam,mengecilkan pori,menghilangkan kedutan..bla bla bla..

Seriously?
Lojik ke satu krim jer merangkumi semua fungsi?
Pastu kalau dah semulajadi sangat,agak-agak sanggup tak derang ni makan?
Pastu perasan tak kebanyakkan produk dia adalah produk set 3 dalam 1? Sabun pencuci,krim siang dan krim malam.
Harga pulak ada yang sampai RM200. 😅
Agak-agak kalau aku cakap semua produk tu sama jer cuma label je lain-lain,ada orang percaya tak?
Aku tak kondem produk tu semua tapi aku ni mengajak korang berfikir.
Aku ni sekadar bertanya.

Ada yang akan cakap,produk ni murah dan berkesan.
Ya,aku akui sebab aku pun pernah pakai produk camni.
Memang berkesan,memang flawless tapi untuk kesan jangka panjang,kita tak tahu.
Sanggup ke ambil risiko tu?
Tepuk dada,tanya selera. 😊

Thursday, 4 December 2014

Review : Pencuci muka safi rania gold

Hai.

Sejak nora danish jadi duta safi rania gold,aku jadi sangat teruja nak try safi rania gold.
Tapi skincare product aku banyak lagi.
So sebagai seorang menantu hantu,aku goda mak mertua aku guna safi rania gold ni. Hahahaha.
Tiap ari aku cakap safi rania gold ni bagus. Wakaka.
Actually aku pengguna serum safi rania gold.
Serum dia memang bagus,aku suka.
Memandangkan mil aku dah tergoda dengan kempen safi rania aku,maka dia pun beli pencuci muka,toner dan serum safi rania.
Dia suruh aku try pencuci muka lembapan mendalam safi rania ni.
Aku pakai dua kali dan ini review aku.

Pencuci muka safi rania ni sesuai untuk kulit kering dan sesuai untuk wanita yang sehari cuci muka sampai 5 kali untuk berwuduk. Dia takkan mengeringkan kulit.

Kulit aku memang jenis kulit kering. Lepas pakai pencuci ni,kulit muka aku tak rasa tegang semacam,which is good. Aku suka. Kulit muka rasa lembut dan segar je. Even mil aku pun suka pencuci ni. Bau dia wangi.

Pastu aku ambil waterproof eyeliner dan lip matte nyx aku untuk test keberkesanan pencuci muka ini. Ternyata lepas cuci, lip matte nyx pun dia tak mampu tanggalkan dengan sempurna. T_T

Aku tak kata pencuci muka safi rania ni tak bagus tapi bagi aku dia terlalu mild untuk aku. Kalau setakat nak cuci muka di waktu pagi,oklah. Oh ye,bila aku sebut mild,aku bukan maksudkan bahan-bahan dia adalah mild seperti cetaphil pulak ye. Mild maksud aku ialah kadar pembersihan dia sangat rendah.

Overall pencuci muka ni adalah pencuci muka yang biasa-biasa je bagi aku. Kelebihannya ialah dia tak mengeringkan kulit.

Markah : 😍😍
Harga : RM18 ke bawah.