Monday, 22 September 2014

Review : The Face Shop Herb Day Cleasing Tissue

Hai.

Membersihkan muka ialah perkara yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Jadi,aku memang mengamalkan kaedah double cleansing dalam rutin mencuci muka. Sepatutnya kalau mengikut stail korea,kena pakai cleansing oil dan cleanser foam tapi ada aku kisah..aku nak jugak pakai tisu!

Aku beli tissue ini di the face shop. Untuk 20 sheets,harganya ialah RM10.90. Apa yang aku boleh cakap,produk ini sangatlah best! Dia langsung tak sama macam wet tissue biasa. Seriously. Aku senaraikan apa kelebihan tisu ni ye..

- wangi.baunya sangat menyenangkan
- senang didapati
- mampu membersihkan segala jenis make up walaupun yang waterproof dengan MUDAH. sekali swipe jer,dah bersih segala mak nenek mekap.
- tak mengeringkan kulit
- sesuai untuk kulit sensitif macam kulit aku
- tisunya lembut,bila wipe kat muka tak rasa sakit pun
- doesn' t clog pores

Yang tak best....hmm apa ek? Harga mahal sikit kot. Tapi betul tau,cleansing tissue ni memang sangatlah terbaik ever. Aku tak suka pakai make up remover biasa sebab selalu dia membuatkan pori aku ni tersumbat. Haraplah the face shop buat sale buy one free one pasni.

Rating produk : 4.5/5

Monday, 1 September 2014

Resepi ikan keli masak lemak cili padi

Asyik tayang resepi jer. Hehe..
Aku dapat resepi ni dari kak mimy hamid.
Resepi masak lemak yang paling senang dan yang penting,sedap!

Ok,bahan-bahannya mudah jer.

Ikan keli dua ekor yang telah disiang dan dipotong (boleh jer guna apa-apa seafood yang lain macam udang ke,ikan yang selain ikan kel,sotong dan lain-lain)

Santan 200 ml - aku guna santan serbuk tu.pastu bancuh dengan air bagi cukupkan 200ml

Kunyit 4cm
Serai 2 batang
Cili padi secukup rasa
Garam dan gula
Air kosong 300ml

Hah,itu jer. Mudah gila kan?

Mula-mula tumbuk kunyit dan cili padi.

Titikkan serai.

Kemudian,tuangkan santan ke dalam periuk.Masukkan juga air kosong tadi.

Masukkan juga bahan tumbuk iaitu kunyit dan cili padi serta serai ke dalam periuk.

Tunggu hingga mendidih.

Masukkan ikan keli.

Bila kuah mendidih lagi sekali,masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebentar. Siap!

Kalau korang masak ayam/daging/itik/kambing,masukkan dulu daging ni bersama kunyit dan cili padi tadi sehingga daging tu mengeluarkan air dia sendiri,barulah masukkan santan.

Ok,sekian resepi mudah kita kali ni.

*ikan keli aku ni memang nampak berminyak walaupun aku tak letak minyak masak.pffttt.nasib baik sedap.