Monday, 30 June 2014

Rahsia sotong goreng tepung yang enak

Hai.

Jujur aku cakap,aku dah empat kali goreng sotong goreng tepung.
Dan setiap kali tu jugak gagal.
Masalah aku selalunya ialah tepung tak melekat pada sotong.
Tapi kali kelima aku try,aku berjaya!
Sotong goreng tepung aku sedap walaupun aku tersilap beli sotong...aku terbeli yang saiz kecil.
Huhu. Ingatkan sotong semua standard size..
Selalu kalau pegi pasar memang asben aku jadi aku tak reti sangat bab ni.

Ok...jom tengok cara aku buat sotong goreng tepung.

Bersihkan sotong seperti biasa. Hiris nipis. Toskan.

Kemudian dalam satu mangkuk besar,tuangkan tepung beras dan sedikit tepung kentucky. Nisbah dia adalah 3:1. Kalau nak,boleh letak sikit lada sulah. Tak payah letak garam sebab tepung kentucky tu dah masin gila.

Pecahkan sebiji telur ayam dalam tepung tadi.

Hah,sekarang ambil sotong yang telah ditoskan. Masa ni aku perasan sotong ni masih belum kering sepenuhnya jadi apa aku buat? Aku ambik tisu dapur dan lapkan sotong ni. Lap sampai kering. Aku guna 4 tisu. *tepuk bahu sendiri.

Masukkan sotong dalam tepung. Gaulkan.

Panaskan minyak masak. Guna minyak ni banyak gak ye..agak boleh tenggelamkan sotong tu. Sebab kawan aku kata sotong goreng ni kena masak sekaligus kerana sotong akan mengeluarkan air.

Gorengkan sotong hingga warna dia keemasan. Jangan asyik mengacau sotong ni tau. Biarkan. Macam kita goreng ikan. Aku asyik kacau sotong ni...akibatnya rupa sotong goreng aku buruk.

Bila dah masak,angkatkan sotong dan toskan. Jangan letak tisu atau apa...aku letak sotong ni dalam bekas berlubang..kalau letak tisu,nanti sotong lembik. Tak rangup.

Ok siap!

Friday, 27 June 2014

Resepi ayam panggang semudah 123

Hai.

Dah kenapa bagi tajuk resepi macam ni?
Ekeke..aku nak share satu resepi simple gila ni.
Nak sediakan dia tak sampai 5 minit pun.
Bahan-bahan pun mudah.
Dan yang paling penting,sedap!
Asben aku suka...dah 4 kali dia request aku masak..

Ok,resepi ayam panggang ala kenny rogers :

Bahan-bahannya ialah 3 ketul paha ayam, dua ulas bawang putih,sesudu kecil madu,sesudu kecil garam,sedikit kicap dan 4 sudu besar sos lada hitam.

Ohhhhh...lagi satu barang yang paling penting ialah magic pan.

Cara menyediakan.

1. Bersihkan ayam.

2. Letak ayam dalam mangkuk besar dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk,madu,garam,kicap dan sos lada hitam. Gaulkan bersama.

3. Perap ayam dalam sejam. Kalau takde masa,perap dalam 10 minit pun takpe.

4. Tuangkan sedikit minyak dalam magic pan. Kemudian,susun ayam dalam magic pan. Tutup magic pan.

5. Masak dalam 20 minit guna api yang kecil. Kemudian terbalikkan ayam tu. Biar lagi 5 minit. Siap!

6. Sedia untuk dihidang.

Ayam panggang ni sangat juicy tau. Isi dia tak kering..kulit dia pun golden brown dengan cantik..trylah. Senang je.

Review produk : Lux magical spell shower cream

Hai.

Aku tak suka pakai perfume malam-malam.
Sebab dulu nenek aku takutkan aku dengan cerita kalau pakai perfume waktu malam nanti hantu datang.
Phewww..seram iols.
So untuk kelainan kononnya,aku tryla beli lux.
Konon nak hot macam fazura.
Kali terakhir aku guna sabun lux ialah masa aku masih sekolah rendah,masa darjah dua kalau tak silap.
Pastu stop sebab lux mengeringkan kulit aku.
Mami aku pun terus stop beli lux pastu sebab takut kulit anak dara dia ni makin teruk.
Aku ada ekzema ye..bukan kulit kering saja-saja.

Ok,review tentang lux magical spell shower cream dari pandangan aku dan hasil ke atas badan aku.

• Lux magical spell ni cecair dia berwarna purple,tak pekat dan tak cair sangat. Harga RM6.20 untuk botol 220ml.

• bau dia bau buah atau bunga.....hmm sape pernah hidu bau perfume fantasy britney spears? Bau dia 80%  sama camtu. Aku tak suka bau yang camni. Kuat sangat.

• bau wangi dia tahan dalam 30 minit gitu je. Pastu terus hilang. Cis..sia-sia aku beli.

• mengeringkan kulit. Lepas mandi jer,aku terus automatik rasa kulit aku kering. Terpaksa aku sapu losyen banyak-banyak.

Hah,itu je review aku. Jujur aku kata,aku tak puas hati dengan produk ni. Sebab aku mandi dengan body scrub jenama watsons pun kulit aku tak rasa kering gini. Memang aku pakai buat cuci bilik mandi je pasni.

Ok bye.

Tuesday, 24 June 2014

Resepi sardine bun yang sangat simple

Hai.

Nak cakap awal-awal..resepi ni asalnya dari mommycha. Pastu nana mama ayish tu alter sikit dan aku cuma meniru jer..kekeke..

So,korang takde idea nak bekpes apa pagi-pagi?
Jangan risau..ini penyelesaiannya.
Sardine bun yang sangatlah mudah.

Bahan-bahan utama ialah setin sardin dan sebuku roti gardenia.
Bahan sampingan ialah bawang merah,sikit kicap,sikit blackpepper,garam secukup rasa,mug dan penggelek (aku takde penggelek kuih so aku guna termos rissa).
Kalau nak,boleh letak cili tapi aku tak letak sebab rissa nak makan gak.
Sedikit bancuhan tepung gandum untuk dijadikan gam.

Cara membuat :

Tekap roti guna mug. Kemudian potong roti ikut bentuk bulat tu. Gelekkan roti sampai nipis. Ini untuk mengelak roti tu menyerap minyak masa menggoreng.

Letak inti pada roti tadi. Pastu sapu gam di bahagian tepi roti,cantumkan dengan bahagian roti yang lain untuk dijadikan bun. Kemudian sedia untuk digoreng hingga warna keemasan.

Makan masa panas sedap oi! Lembut sangat. Rangup pulak tu.

Monday, 9 June 2014

7 perkara yang patut diajar pada anak

Hai.

Aku percaya,anak kita adalah macam mana kita bentuk dia.
Ya,aku tahu kekadang anak kita meragam sikit,tapi tu biasalah tu kan.
Ni aku nak share artikel yang aku dapat dari website mindbodygreen.com.
Aku translate ikut ayat aku eh..

1. Mama yakin pada awak / i believe in you
Bila anak kita macam ada kesukaran nak buat sesuatu,ucap pada dia..mama yakin anak mama boleh. Sedikit sebanyak,mesti dia akan rasa lebih bersemangat sebab tahu ada orang yakin dengan dia. Jangan jadi ibu bapa yang asyik condemn anak. Tak baik. Anak nak buat benda sikit, terus kata....awak tak boleh buat ni. Tak payah buang masa.

2. Jangan pernah putus asa / never give up.
Kadang-kadang bila kita nampak anak kita contohnya sedang belajar berjalan tapi asyik failed memanjang,apa kata kita cakap kat dia never give up sayang! Melainkan bila anak kita tu buat sesuatu dengan salah..kita cakap kat dia,dia kena berhenti,fikir dan cari jalan penyelesaian yang lain. Yang ni agak-agakla. Kalau anak tu masih baby,takkan nak suruh anak tu cari strategi lain macam mana nak belajar berjalan. T_T

Kalau kita selalu selesaikan masalah dengan cara yang sama,kita akan dapat hasil yang sama. Jadi kita kena fikirkan cara lain untuk menyelesaikan masalah itu untuk dapatkan hasil yamg berbeza. Faham tak? Contoh muka kau berjerawat. Kau kenalah cari krim muka lain untuk atasi masalah tu. Jangan kau duduk je dan teruskan guna produk muka yang kau pakai. Nanti muka kau menten berjerawat. (Kenapalah aku bagi contoh pasal muka? Haha.)

3. Berlatih ialah cara kita belajar / Practice is how we learn.
Ayat ni untuk mengingatkan anak kita supaya tak sedih bila berlaku kegagalan atau kesilapan. Yelah
..macam mana kita nak belajar kalau kita tak buat silap kan. Kita kena pandai berdiri terlebih dahulu untuk pandai berjalan.

4. Setiap pakar bermula sebagai pelatih,seperti juga awak. / every expert started out as a beginner,just like you.
Kita kena selalu ingatkan anak bahawa kita tak dilahirkan hebat. Kita kena usaha. Kena belajar. Dan ianya adalah ok untuk gagal. Ok untuk buat silap. Dan ianya ok untuk bersusah payah. Apa yang tak ok adalah untuk memikirkan kesilapan,kegagalan dan kesusahan itu adalah sia-sia. Benda tu semua adalah jambatan untuk kita berjaya. Didik anak membesar dengan mengetahui bahawa kegigihan,kesabaran dan usaha adalah jauh lebih penting dari kesempurnaan.

5. Kegagalan bukanlah satu pilihan / failure is not an option.
Berbual dengan anak..terangkan sikit-sikit. Kalau gagal,kena usaha dan usaha lagi. Ni aku bagi contoh aku sendirilah. Rissa dapat hadiah dari auntie nana. Block cube. Masa memula dapat blok tu,rissa suka susun tinggi-tinggi. Tapi macam biasalah..confirm benda tu runtuh kan? Bila blok tu runtuh,dia mengamuk marah. Aku keep on bagitau rissa. Its ok girl..its ok. Sekarang,rissa boleh terima hakikat yang kalau blok tu runtuh,dia kena susun semula.

Pffftttt..nasib dah masuk nombor 6. Penat ok nak buat entri ni. Haha..

6. Awak kena belajar dari setiap oops dan auch! / you gotta learn from every oopsy dan ouchie.
Setiap kali anak menumpahkan sesuatu,memecahkan,menjatuhkan,menendang atau terjatuhn,terhentak,terluka - cakap kat dia, awak kena belajar dari setiap kesukaran tu. Pastu tanya dia (kalau dia dah pandai cakap)..apa yang dia belajar dari kesilapan yang dia lakukan.

Maklumkan anak bahawa kita semua buat silap cuma cuba ajar dia untuk tak mengulangi kesilapan itu.

7. Awak selamat dan disayangi / you are safe and loved.
Tiap malam,rutin aku dan rissa sebelum tidur ialah aku nyanyi lagu i love u barney dan last sekali..bila dia tidur,aku akan cakap..i love u girl. Atau mama papa sayang girl. Tapi yang mama papa aku jarang cakap sebab asal aku sebut papa..mata dia terbuka balik dan cakap...papa papa?? Boo boo (boo boo ni ialah jalan-jalan versi rissa ye. Kalau dia nak ajak jalan tu..dia akan cakap boo boo).

Ianya penting untuk membesarkan anak supaya mereka rasa selamat dan disayangi. Macam kita jugak. Nak rasa orang sayang...kan?

Ok,sekian..bye! ♥

Thursday, 5 June 2014

Losyen dan mandian yang selamat untuk anak

Hai.

Aku jumpa losyen dan mandian ni masa aku belek barang di cosway.
Sebelum ni,aku pakaikan rissa losyen dan baby wash pigeon.
Tapi kebetulan terjumpa yang lebih murah...maka aku pun beli.
Teddie baby hair and body wash dan lotion extra soothing.
Harganya sangat murah..aku beli ni dalam RM20 je.

Aku pilih losyen dan mandian teddie cosway ni sebab dia takde mineral oil,paraben,sls jadi ianya lembut dan selamat untuk kulit baby.
Dari segi bau,memang losyen dan mandian ni tak wangi pun.
Bau dia lembut,bau baby.
Lebih kurang bau losyen anakku tu.

Aku kalau part mandian,aku tak kisah sangat asalkan ianya tak memedihkan mata tapi bila pilih losyen,aku pilih losyen yang elok,yang selamat...sebab losyen ni anak pakai sepanjang hari kan?

So marilah bertukar kepada teddie baby hair and body wash dan lotion extra soothing ni!

Fully recommended! ♥

Tia clarissa dan makanan baru

Hai.

Aku ni jenis mak ikut buku.
Sanpailah umur rissa setahun empat bulan gitu,aku memang langsung tak bagi dia makanan yang tak elok.
Macam keropok,gula-gula,coklat,air manis dan sebagainya.
Sekarang,rissa dan besar. Esok dah setahun lapan bulan.
Pasal makanan,aku dah tak strict.
Tapi aku takdelah main taram suka hati.
Aku masih tak bagi rissa makan keropok,gula-gula dan air manis tapi aku bagi dia beberapa jenis makanan yang aku rasa taklah teruk sangat.
Nak bagitau rupa rissa first time makan makanan ni.

1. Coklat.
Coklat pertama rissa adalah choco stick auntie anne. Ada satu masa tu aku suka sangat makan choco stick ni. Jadi sambil makan tu,aku celup sikit coklat kat rissa. Lepas dia rasa,terus jerit minta lagi. Hahaha! Tapi aku bagi sikit je. Tak sampai separuh stick tu pun.

2. Karipap.
Budak ni suka sangat makan karipap. Sama juga sambil aku makan,aku bagi dia gigit sendiri. Sebijik karipap dia habis makan. Walaupun inti karipap pedas sikit,rissa makan sampai teguk air. Adeh.

3. Ais krim.
Setakat ni,rissa pernah 3 kali je makan aiskrim. Sundae cone mekdi. Mulanya dia tengok ada budak lain makan. Pastu dia tenung je bebudak tu. Dan being kind kononnya,aku pun belikan rissa aiskrim. Dia suka. Abis comot mulut. Aku taklah bagi dia makan abis aiskrim tu. Bagi makan sikit..pastu pastikan dia minum air kosong banyak-banyak. Takut dia batuk.

4. Corn flakes.
Dulu rissa sembelit teruk jadi aku memula beli coco crunch untuk dia. Sebab banyak fibre. Tapi dia pandang je coco crunch tu. Langsung tak nak. Pastu aku beli corn flakes. Dia suka. Asyik makan corn flakes sambil tengok tv. Aku tak nak rissa makan keropok jadi inilah keropok dia.

5. Hotdog/fishball
Aku tak suka kalau rissa makan processed food sebab tak elok dan tak sihat. Tapi rissa suka hot dog. Aku bagi jugak pada rissa dalam sebulan sekali. Tapi tak banyak. Kira sebatang hotdog.

Okey..itu je yang aku ingat. Bye! ♥

Wednesday, 4 June 2014

Resepi jelly kelapa yang sedap dan simple

Hai.

Sejak akhir-akhir ni,laki aku suka sangat makan jelly kelapa.
Dia suruh aku buat..dia cakap sedap.
Hehe..bangga kejap.
Meh aku share resepi jelly kelapa yang sedap ni. (laki aku cakaplah ye)

Bahan-bahan yang diperlukan ialah serbuk agar-agar jenama jele perisa asli,sesudu kecil gula dan sebiji kelapa muda.

Cara-caranya senang sangat.

Ambil periuk. Masukkan air sebanyak 800ml. Ukur air ni ok. Pastikan 800ml. Masukkan dalam periuk. Kemudian,masukkan pula air kelapa tadi. Didihkan air. Bila dah agak-agak panas,masukkan sepeket serbuk agar-agar ni. Kacau guna senduk kayu sampai mendidih. Masa ni,tambahkan sesudu kecil gula.

Sambil mengacau tu,ambil isi kelapa tadi dan letak dalam bekas. Potong kecil-kecil isi kelapa ni.Bila dah mendidih,tutup api. Biarkan dalam 5 minit,kemudian tuang dalam bekas berisi isi kelapa tadi.

Tunggu sampai suam. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Hah,siap untuk dimakan!

Senangkan?

Monday, 2 June 2014

Lipmatte NYX punca bibir gelap?

Hai.

Ada satu hari tu,laki aku cakap kat aku..tahu tak ada kawan sekerja saya ni bila tak pakai lipstik,bibir dia gelap?
Aku pun macam ohhhh,ya ke?
Sebab dalam family aku,kami memang tak pakai lipstik sangat.
Mak aku memang tak pakai lipstik.
Nenek aku je kekadang pakai..curlassst nenek iols.
Pastu bila semalam aku pegi mall,aku terperasan gak ada perempuan ni bibir dia gelap sikit walaupun kulit dia cerah.
Nak kata dia merokok,dia bertudung....dalam kepala aku,kalau bertudung,takkanlah merokok? (Kita bersangka baik)
Jadi aku terfikir balik kata-kata laki aku.
Betul ke lipstik punca bibir gelap?

Aku sangat jarang guna lipstik sebab laki aku tak suka.
Aku guna lipbalm je.
Tapi bibir aku takdelah pinkish..cuma taklah gelap.
Hari tu aku beli lipmatte nyx pada kak mimy hamid.

-Kak mimy jual lipmatte nyx pre order yang original dari us tau...korang boleh beli kat dia,sila pegi blog mimy hamid okey.harga berpatutan,pastu stok confirm ada.cuma pre order jelah. #inibukanentriberbayar -

Sebelum ni aku dah rembat satu kaler..dolly girl.
Ini lip cream nyx.
Yang ni pink sangat jadi sekarang aku try kaler yang ala nude pulak.
Banyak orang suka kaler antwerp,tapi aku suka kaler stockholm.
Antwerp tu cam tak ngam je untuk kulit gelap sikit cam aku ni.
Bila dah pakai.....eh,bibir tak gelap pun?
Ahahaha...tajuk je propa!

Meh aku bagi tips sikit jaga bibir.

- minum air masak dengan banyak.
- jangan gigit bibir atau basahkan bibir guna air liur.
- cuci bersih lipstik/lipbalm setiap kali mandi.cuci lipstik guna make up lip remover ye.jangan main sental je.
- kalau ada masa,skrub bibir.skrub paling murah dan senang,ambil sikit gula dan minyak zaitun/minyak kelapa,sapu di bibir dan gosok-gosok perlahan.ini akan menanggalkan kulit mati di bibir dan melembutkan bibir.
- kalau boleh,guna lipstik yang berkualiti.kita tak tahu apa kandungan lipstik yang 5 hengget kat pasar malam tu.
- pastikan wajib wajib wajib guna lipbalm.aku recommend lipbalm nivea.aku dah guna dari umur 11 tahun sampai sekarang.

Ok sekian. Nanti lipmatte stockholm aku sampai,aku tayang kat uols ok. Bye!

P/s : gambar kat bawah adalah gambar lipbalm wajib ada aku iaitu fruity shine strawberry. Aku suka perisa strawberry atau cherry. Yang soft rose ni kureng sikit tapi aku guna malam-malam. Ok yang tu pulak nyx dolly girl. Bapak pink kan? Aku pakai tu macam lip tint so taklah obvious sangat kegelapan mukaku ini. Ekeke..