Monday, 31 March 2014

Masalah mencari susu dan pampers murah kini selesai!

Hai.
Sebagai mak orang yang kedekut..aku memang terlebih prihatin pasal harga susu dan pampers anak. Of courselah nak cari tempat yang jual paling murah. Almaklumlah...rakyat marhaen memang cenggini.

Pastu bila semalam iqa ada bagitau aku pasal aplikasi ni...aku teruja oi. Pasni senang lah nak cari kat mana susu budak paling murah...kat mana mamypoko paling murah...

Kat giant..tesco..mydin..econsave..hah,pilih jer..

Tapi bukan harga susu dan pampers jer,harga barang dapur lain pun kita boleh check. Kira senanglah nak rancang perbelanjaan kalau ada aplikasi smart shopper ni.

Cepat sila download aplikasi smart shopper ni tau! Oh ye...aku dapat apps ni dari playstore android...kotlah ada yang tak pasti kan..hehe..

Camna nak download? Korang search smartshopper,dah jumpa..download pastu install. 

Siap!

Thursday, 27 March 2014

Finger painting bersama tia clarissa

Hai.

Aku selalu tiada masa untuk rissa.
Yes,im not a perfect mom,i know.
Tapi aku usaha untuk bagi masa aku lebih sikit kat rissa.
Dan semalam,masa aku pegi kat popular book store,aku terjumpa finger paint ni.
Wah,aku teruja ok!!
Murah pulak tu.
Harga asal RM10.90...diskaun 25% so harga dia dalam RM7 gitu lah. (kira sendiri)

Sebelum beli cat gini,kena pastikan yang ianya toxic free tau.
Finger paint aku beli ni memang toxic free,acid free,safe dan WASHABLE.
Tapi itu tak bermakna ianya boleh dimakan.. *rissa please take note. tak boleh makan ni sayang..

Sebelum tu,aku tanya nana mama ayish..camna nak handle cat ni? Nana tanya cat ni liquid ke powder..aku jawab macam krim muka. Kehkehkeh..nampak tak betapa aku takde seni langsung?

Aku cedok sikit cat ni,letak dalam bekas telur sebab aku sayang nak pakai mangkuk banyak-banyak. Pastu yang paling stress,aku lupa beli berus cat. Maka terpaksalah aku korbankan foundation brush ecotools aku. Huwaaaaa...

So lepas rissa makan semalam (papa dia tolong bagi makan,senang hati aku),aku buka baju dia dan bagi dia pakai pampers je dan aku bawa rissa ke bilik mandi.

Memula dia takut.
Rissa cam eh..mama bagi tangan iols kotor? Biar betul mama ni??
Aku cakapla kat dia warna tu..
Red green yellow.
Dah lama-lama,dia teruja.
Conteng muka. Conteng kaki. Conteng mama. T__T
Aku cakap rissa,ni brush....dan tunjuk kat dia berus tu.
Dia terus masuk dalam mulut. Sebab ingatkan tu berus gigi.
Yelah,mama tau mama suka cakap brush your teeth kan? Tapi this is not that kind of brush lah rissa...

Dah habis main,aku cuci gitu jer.
Ajar rissa wash hand..
Guna air,cat terus tanggal.
Senang hati mama.
Senang hati rissa.

Selamat mencuba dengan anak korang. Gambar rissa tak cantik sebab bilik mandi aku gelap.huhu..

Wednesday, 26 March 2014

Jom tengok barang mekap aku!

Hai.

Aku adalah perempuan pemalas tahap dewa.
Koleksi mekap aku adalah nan hadooo...dari dulu lagi memang gitu.
Tapi aku pakailah sikit-sikit.
Aku sharelah apa jenis mekap aku tepek kat muka aku untuk tahun 2014 ni.

Bedak two way cake pixy.
Aku sebenarnya paling suka bedak in2it yang penutup dia warna pink tu sebab dia untuk dry skin tapi pixy ni pun ok. Aku dapat ni dari rara. Dia bagi aku. Thanks ra! Aku pakai bedak sekali sehari je. Lepas aku completekan skincare,aku sapu bedak guna brush kat muka.

Eyebrow liner silkygirl.
Sebelum ni aku guna elianto. Tapi bila rissa nampak,dia cakap pen pen pen sambil tunjuk dan jerit minta,aku pasrah bagi kat rissa. Pastu aku pasrah lagi tengok dia conteng kertas guna eyebrow liner aku sampai patah. Jadi aku beli silkygirl ni sebab murah. Aku guna kaler hitam. Eyebrow liner adalah sangat penting ever bagi aku sebab kening aku buruk. Ini item wajib ada.

Eyeliner in2it all black.
Pemilihan eyeliner yang betul adalah SANGAT PENTING bagi aku. Salah beli benda lain takpe tapi jangan salah beli eyeliner. Sebab aku selalu menangis,selalu buka contact lense dan selalu basahkan muka bila aku rasa panas. Bayangkan kalau eyeliner tu tak kalis air. Abis sememeh muka aku nanti. So far eyeliner in2it ini adalah yang paling hitam,paling kalis air dan paling senang disapu ever. Tapi memandangkan dia sangat kalis air,nak tanggalkan dia memerlukan nake up remover. Aku tak suka.

Lip balm nivea.
Aku tak pakai lipstik dan aku tak ada lipstik. Jadi aku guna lipbalm. Aku beli lipbalm sebulan sekali sebab rissa suka hilangkan lipbalm aku. So far lipbalm kegemaran aku adalah nivea dan in2it.

Erk,ok. Itu jerlah yang aku tepek di muka setiap hari. Kalau nak special sikit,aku apply maskara. Tapi ni jarang sangat. Maskara yang aku rasa ok ialah maybelline.

Okeyyyy...pastu di suatu pagi yang hening,puas ku cari mekap ku tapi tetiba takde. Aku tanya asben....mana semua mekap aku? Nak tau dia jawab apa?

SAYA DAH BUANG.

Aku dah hahhh? Apa?? Buang?? Dia kata dia buang sebab aku sepahkan. Ok fine. So aku pun beli barang mekap baru. Aku share la sekali kat sini.

Bedak two way cake pixy.
Beli ni sebab murah.

In2it sheer eye colour.
Ni eyeshadow lama aku. Tapi aku guna sebab aku buat dia untuk eyebrow aku. Aku rasa cam lagi natural kalo aku guna brush pastu sapu eyeshadow kat kening berbanding kalo aku guna pensil eyebrow ni. Lagi satu..jimat sebab bila rissa tengok,dia tak cakap tu pen. Pastu menjerit nak pen nak pen... T___T

Precision liquid eyeliner silkygirl.
Liquid eyeliner paling best pernah aku pakai. Nanti ada masa,aku buat review.

Silkygirl eye opener waterproof mascara.
Walaupun harganya murah gila,tapi aku suka sangat mascara ni. Best oi!!

Lipbalm nivea.
Must have item.

Wet tissue.
Ni kena ada dalam simpanan..biasalah perempuan..
Baiklah..setakat ni,ini jer barang mekap aku. Nak beli banyak-banyak,nanti tak pakai plak..hehe..ok bye..


Monday, 24 March 2014

Resepi ketam masak sambal yang paling simple

Hah...ni nak share resepi mummy mertuaku yang dia masak sabtu lepas.

Resepi ini teramatlah simple dan senang...guna 4 bahan sahaja. 

Ya, 4 bahan sahaja  tau.
So ini resepinya..

Bahan-bahan terdiri daripada 4 ekor ketam hidup, 1 tin sambal udang yeo's, tiga biji telur ayam dan sedikit garam/perasa.

Cara masak.

1. Potong ketam.

2. Panaskan minyak. Masukkan sambal udang yeo's. Kemudian,masukkan ketam. Gaul hingga sambal udang tersebut sebati dengan ketam.

3. Bila ketam dah masak (kulit dia dah kemerahan),pecahkan 3 biji telur dan kacau.

4. Rasa sikit. Kalau tak cukup masin,tambah garam. Tapi selalunya tak perlu pun. Sebab sambal udang tu dah masin.

5. Sedia untuk dimakan.

Nampak tak betapa senang gila? Masak tak sampai 10 minit pun. Bagi orang yang tak reti makan ketam macam aku,aku makan jer isi telur ni tadi. Wakaka..
Aku tak kata ni masterchef punya resepi. Ni resepi senang sedap simple jer...cuba tau!

Thursday, 20 March 2014

Produk muka terbaik yang pernah diguna

Hai.

Seperti wanita lain,aku juga teruja untuk cantik. Maksud cantik bagi aku ialah kulit halus licin takde bintik hitam jerawat sume tu tau. Aku tak kata cantik macam pelakon korea. Jadi aku ni selalu sangat bertukar produk muka. Tak,aku tak guna produk sembarangan jer,aku pilih produk yang selamat..sebab cantik jer tak guna kalau tak selamat..ye tak?

So bila aku tengok perubahan wajah kakak blogger ni (kak siti)..aku tengok kulit dia dari biasa kepada luar biasa. Cewah! Cantik cerah berseri jer...maka aku pun tanya,apa rahsianya? Kak siti kata...dia guna produk Nour Ain.

Aku masih gak skeptikal. Lepas tu,aku cuba set collagen vit e. Ye,kulit aku improve tapi bila dah macam-macam cerita keluar pasal produk tu,aku takut gak. So aku pun akhirnya bertekad nak guna produk Nour Ain.

Aku dah buat review mengenai produk nour ain sebelum ni. Aku dapat rasa muka aku lagi halus sekarang berbanding dulu. Ni aku baru guna trial pack jer. Pastu asyik skip krim malam. Tu yang muka masih kureng. Wakaka..Kalau aku guna dengan rajin full set tu,mesti hasilnya lagi best...

Tapi kat sini..apa yang aku nak ceritakan ialah produk nour ain ini telah lama berada di pasaran malaysia (lebih 8 tahun rasanya). Produk nour ain memang dihasilkan di penang dan dipacking di malaysia juga. Nour ain bukan produk made in thailand/indonesia/bangladesh/apa-apa negara yang dipacking di malaysia. Dan yang paling penting ialah..

PRODUK NOUR AIN TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

So takde orang boleh cakap dalam ni ada merkuri lah..ada hydroquinone la...selamat ok..selamat..boleh guna tanpa was-was.

Oleh itu,jom beli nour ain kat aku. Harga berpatutan. Disebabkan aku baru start jadi agen nour ain ni,kalau korang beli full set..akan aku beri diskaun hebat tau! Tapi kalau nak cuba-cuba,boleh beli trial pack dulu. Kalau nak lagi best,beli yang full set..

Korang boleh tinggalkan komen kat entri ni dengan emel korang...dan aku akan emel korang balik..

♥♥

Wednesday, 19 March 2014

Jom bergaya dengan peplum moden!



Siapalah yang tidak kenal dengan empunya kepada gambar ini. Baik generasi lama mahupun baru, malah hingga kanak-kanak pun semua tahu tentang figura terkenal ini. Biduanita unggul Saloma sangat terkenal pada zaman kegemilangannya. Malah auranya merentasi generasi sehinggi kini. Apabila disebut sahaja tentang beliau pastinya ada dua perkara yang akan terus terlintas di fikiran kita iaitu ‘suara emas’ dan ‘ikon fesyen’.


Saloma amat dikenali kerana dianggap sebagai fashion icon pada zaman generasinya dan tidak keterlaluan jika dikatakan trend peplum dicetuskan oleh beliau. Kini trend tersebut tercetus kembali dan menjadi kegilaan para wanita di luar sana. Di merata tempat ‘style Saloma’ digabungkan dengan pakaian-pakaian tradisional dan diberikan sentuhan yang lebih segar dan moden.

Sebagai contoh style peplum digabungkan dengan baju kurung moden dan menjadi peplum kurung atau baju kurung peplum. Gabungan style lama dan baru ini mencetuskan fenomena dalam dunia fesyen. Jika diperhatikan semua pereka fesyen juga mengambil peluang atas kehangatan ini untuk mencipta koleksi indah mereka sendiri. 



Bagi penggemar fashion atau fashionista trend seperti ini sentiasa dinantikan oleh mereka. Kerana kemunculan trend baru atau kemunculan semula trend lama yang diberi nafas baru bermakna mereka dapat menggayakan style yang sedang hangat di pasaran.

Ramai selebriti tempatan turut mengenakan persalinan yang mempunyai ciri-ciri style peplum. Antara contoh paling menonjol ialah penyanyi nombor satu tanah air Dato’ Siti Nurhaliza dan si jelitawan Nur Fazura. Mereka berdua tampak selesa menggayakan style tersebut. Malah ianya menyerlahkan keanggunan dan personaliti mereka sebagai artis terkenal dan tersohor Malaysia.


Selain daripada ‘fusion’ style peplum dengan pakaian tradisional, style ini juga digabungkan dengan persalinan moden dan dijadikan top menggantikan blouse atau t-shirt wanita biasa. Kini anda boleh tampil lebih menarik dengan peplum top yang terdapat di Zalora. Mereka menawarkan peplum top dengan pelbagai warna dan rekaan daripada jenama-jenama terkenal. Shopping online adalah jawapan kepada mereka yang tidak mempunyai masa dan mahu menjimatkan wang.

Pfffttt! Nampak tak betapa skema abis macam text ucapan menteri jer? Hahaha...apa pun, nak bagitau korang..servis Zalora sekarang dah tip top okey? Dulu aku pernah buat entri kutuk zalora kan? Wakakaka...sekarang semuanya telah berubah. Diaorang dah upgrade servis dah.

YA....PERKHIDMATAN ZALORA TELAH DITINGKATKAN!

Sekarang ni,tengah ada sale kat zalora malaysia. Korang pegilah tengok. Next week pun dah gaji kan? Jom shopping peplum! Kita try guna peplum plak pasni..

Cara mudah ajar anak kenal nombor,warna dan abjad

Hai.

Sebagai ibu bekerjaya,aku selalu takde masa nak ajar rissa abc,nombor dan warna.

Dengan munchkin alphabet and number ini,senang aku nak ajar rissa. Kira kerja aku lebih mudah la.

Sambil mandikan rissa,boleh lekatkan benda ni kat dinding tiles bilik mandi dan ajar dia abc dan 123...boleh ajar warna sekali sebab benda ni colourful!

Sambil mandi,sambil belajar.

Jom beli untuk anak korang. Harga RM25 (belum termasuk pos). Ada 36 huruf dan nombor untuk satu pek. Benda ni bila kena air,dia akan melekat di dinding tiles..

Kalau berminat,meh tinggalkan komen dengan emel korang. Nanti aku emel korang. Jangan risau,aku tak publish emel korang tu.. :)

Tuesday, 18 March 2014

Sepetang di country garden, danga bay

Hai.

Ini entri bergambar.
Semalam asben cakap rissa nak bubuuu (jalan-jalan.ini bahasa rissa,bukan bahasa iban ye)
So aku balik kerja jer,terus direct pegi country garden, danga bay ni.

Aku suka tempat ni sebab bersih dan cantik.
Paling teruja,dapat guna monopod!!
Dapat ambik gambar sefamily.
Aku suka gambar rissa yang 1st ni..haha..
Pandai tak aku ambik gambar? Cantik kan? Boleh nampak swan tu.. ♥

Aku ada jual monopod tau..kalau nak,sila tinggalkan komen dengan emel uols,nanti aku emel korang. Jangan risau,aku tak publish emel korang tu.

Pastu kami dinner di restoran zz sup tulang. Masa sampai situ,aku terkejut. Lalat banyak gila tau. 

Banyak tahap satu meja tu penuh dengan lalat. Aku dah rasa nak balik tapi nanti asben confirm bising so aku redha jelah.

Kami order nasi putih ayam kunyit untuk aku dan rissa. Tomyam daging. Kailan ikan masin. Nasi goreng kampung dan mee rebus daging. Ada otak-otak gak. Total RM32.

Rissa makan dua suap jer. T_T
Pastu dia sibuk ke sana sini.

Paling aku rasa kelakar ialah terjadinya peristiwa ini :
Tangan rissa kotor sebab dia baru selamba jer ambik mee rebus nenek dia guna tangan. Aku baru nak capai wet tissue nak bersihkan tangan dia sekali tu dia pegi kat air suam yang aku order untuk dia dan terus celup tangan dia dalam tu. Siap percikkan air tu kat nenek dia lagi. Pastu dia senyum. Sebab tangan dia dah bersih. T_T

Good girl.

Monday, 17 March 2014

Kenapa bila masak makanan...selalu tak jadi?

Hai.
Masa mula kenal asben,aku cuma reti masak yang simple jer. Masak air,nasi,nasi goreng,goreng hotdog nugget..hah..yang tu jelah.
Pastu bila aku masak,selalu sangat tak jadi.
Jangan cakap sebab aku tak ikhlas,sentap aku kang. Haha..

Ok...so aku ada jawapan pasal beberapa persoalan mengenai masakan yang aku dah tahu setakat ini. Aku share yer..

Q : Tangan saya pijar kena cili. Omg!!!
A : Ni sangat selalu jadi kat aku sebab aku tak suka ambik cili guna sudu. Caranya mudah saja...rendam jari tu dalam air garam. Dalam 10 minit dah lega.

Q : Apakah maksud tunggu sampai pecah minyak?
A : Dulu aku ingat pecah minyak ialah minyak tu berpecah-pecah. Direct translation katanya. Tapi sebenarnya pecah minyak ialah istilah yang digunakan bila kita tumis sesuatu pastu bila minyak tu dah start terpercik-percik,itulah pecah minyak.

Q : Kenapa ayam yang saya goreng tidak masak walaupun dah 15 minit? Pucatttt jer ayam tu.
A : Ini terjadi kat aku. Hoho..Mil aku kata aku kena besarkan api dan tutup kuali dengan penutup kalau nak cepat. Aku plak guna api paling kecil. Hahah..

Q : Saya beli cili padi seplastik besar. Tapi saya letak dalam peti ais..tiga empat hari dah rosak. Dahlah cili mahal. Grrr!
A : Mil aku ajar gak. Amik cili tu dan bersihkan. Pastu dalam satu bekas kecik,sediakan air garam dan simpan cili dalam tu. Cili tahan lama dan kepedasan dia maintain.

Q : Apa rahsia penting buat asam pedas yang sedap?
A : Tumis rempah dia sampai garing dan pecah minyak. Nak cepat garing,besarkan api.

Q : Bawang merah ada 2 jenis,apa bezanya?
A : Bawang merah besar lebih murah dari yang kecil tapi bawang merah kecil lebih manis dan wangi daripada bawang merah besar.

Bawang merah yang besar adalah berbeza dari bawang holland ye. Bawang holland tu bawang yang orang selalu campur sardin. Yang kulit dia kaler oren.

Q : Kenapa magic pan saya cepat rosak?
A : Lepas guna,time dia masih panas,jangan terus curah air. Tunggu magic pan tu sejuk dulu.

Q : Bagaimana cara menghilangkan kunyit di tangan?
A : Tak payah hilangkan pun. Kunyit di tangan means kita masak dan kunyit takde efek buruk untuk kesihatan pun. Bukannya kita cat kuku ke apa. I cannot brain lah orang yang tak suka kunyit di tangan.

Q : Saya ibu bekerjaya. Bagaimana saya nak masak untuk anak saya sebab saya nak dia makan makanan berkhasiat dan selamat?
A : Malam sebelum tido,letak ayam/daging/ikan yang ingin dimasak di bahagian chiller. So esok pagi,senang nak prepare. Next,bangun awal.

Q : Apa itu lengkuas dan macam mana nak handle lengkuas?
A : Aku baru kenal lengkuas 2 tahun lepas. Erk! Lengkuas ni macam halia tapi dia kaler pink. Batang dia keras. Aku tanya mami aku,camna nak potong benda alah ni? Mami cakap, ambik jer bahagian yang lembut dalam batang dia tu. Ok fine. Masalah settle.

Q : Bagaimana nak potong ayam?
A : Ada orang tak pandai potong ayam dan ni pun aku cannot brain jugak. Potong jelah ayam tu. Bukan nak join pertandingan potong ayam paling lawa pun. Apa pun..cara senang..potong ayam di bahagian sendi dia.

Q : Takut siang ikan.
A : Hah...yang ni aku no problem. Bila siang ikan,aku kikis sisik dia dalam besen kecil berisi air. Jadi asben aku takdelah membebel bila sisik ikan tu terpercik ke sana sini. Nak bersihkan ikan,potong bahagian perut dia pastu keluarkanlah segala insang perut dia tu. Senang.

Siang ikan keli leceh sikit. Lepas bersihkan perut dia buang kepala bagai..ambik garam halus dan lumurkan pada ikan keli tu. Macam bagi keli tu skrub badan. Ini untuk hilangkan lendir di badan ikan keli. Tips ini diberi oleh mak mertua ku yang ohsem!

Hmm..apa lagi ye? Itu jelah tips yang aku dapat kongsikan. Aku jenis tak tahu masak langsung tau. Memang zero. Tapi aku belajar sikit-sikit. Belajar pecahkan telur dengan sempurna. Belajar ini..belajar itu. So sekarang ni aku bolehlah masak sikit-sikit. Kalau ada yang tak tau masak,jangan putus asa tau.

p/s : Aku masih tak pandai goreng ayam. T_T

Thursday, 13 March 2014

Apa patut dibuat bila terjumpa pembaca blog kita?

Hai.

Kelmarin balik kerja jer,kami sekeluarga pegi ke aeon bukit indah.
Niat nak ajak rissa makan kfc sebab budak tu tak pernah makan kfc.
Sekali tu..kfc tutup. Last-last makan kat black canyon je.

Masa tengah tunggu order,tetiba ada sorang perempuan lawa ni approach kami.
Dia senyum kat aku...
Aku senyum balik.
Senyum lebar.
Padahal dalam kepala aku..eh sape ni? Lawyer ke..kerani ke..kawan sekolah ke..
Pastu dia kata..saya baca blog awak..
Aku lagilah terkejut.
Hah,ada orang baca blog aku??
Tapi aku control lagilah senyum tu..
Sempatlah dia tanya sket..aku tak keje ke..aku jawab keje. Baru balik la ni..pastu aku terus cam krik krik krik..aku segan sangat. Tak tau nak cakap apa.. sempatla berbual seminit dua.

Laki aku plak sibuk cakap lepas dia pegi..waaahhhh,awak dah glemer sekarang. Puiii..glemer sangat. Haha..dia tak tau bini dia punyalah nebes.

Kalau si dia tu ada baca entri ni...maaf ye awak...saya dahla tak tanya nama awak.tak salam..tak buat apa pun..sorry tau..saya memang tak reti nak bergaul dengan orang sangat..

Tuesday, 11 March 2014

Produk murah yang menghilangkan parut dan stretchmark

Hai.
Adakah korang mengalami masalah stretch mark selepas bersalin? Atau adakah anda mengalami masalah berparut di badan akibat ekzema? Kini aku telah menemui penyelesaiannya..cewah! Tak,aku bukan jual barang. Ini sebenarnya entri review produk.

Meh aku share sikit apa masalah kulit aku.
Sejak dah bersalin ni,badan aku tetiba ada stretch mark kat tepi perut. Jalur putih kat perut,hodoh tau.
Tapi itu takpe lagi.
Masalah yang lagi besar ialah aku ni penghidap ekzema.
Badan aku banyakkkk sangat parut-parut kehitaman.
Tak caya sila tanya laki aku.

Tapi aku taklah kisah sangat pasal tu.
Lantak lah..laki aku pun tak kisah.
Cuma kebetulan lately ni aku terfikir...aku dah tua dan aku takde makan apa-apa supplemen pun.
Aku nak cari supplemen yang murah dan selamat sebab aku masih menyusukan rissa.
So kawan blogger suggest kat aku cuba virgin coconut oil. Thanks iza....

Sebab aku tak dapat nak telan biji pil yang besar gabak macam shaklee walaupun shaklee pun bagus gak sebenarnya.
Jadi aku pun beli vco catalyst. Harga dia dalam 30++ gitulah. Lupa pulak. Dalam satu botol ada 60 capsule dan untuk dimakan 2 biji sehari. Tapi tahu jelah aku ni tak suka telan pil so aku makan sebiji sehari. Tu pun kekadang aku tercekik gak walaupun capsule dia kecik je pun. Aku makan dengan niat nak bagi supplemen untuk badan..tak terlintas pun nak percaya apa khasiat vco ni sebenarnya.
Dah almost 3 minggu aku makan vco catalyst..aku tetiba perasan kesannya..

Meh aku review vco catalyst ke atas badan aku ye.

Stretch mark aku yang berjalur-jalur kat perut 80% hilang. Kalau nak tengok stretch mark aku sekarang..kena perati betul-betul padahal dulu sebatu dah nampak.

Parut ekzema aku yang hitam (banyak sangat ok) dah kurang sangat. Almost 70% kurang. Dulu parut tu hitam..sekarang tinggal bekas sikit-sikit jer..laki aku pun tegur. Dia kata parut kat badan aku jelas dah kurang.

Parut ekzos (hah,parut ni rasanya mostly bebudak seusia aku ada) kat kaki aku dah pudar.Dulu parut ni clear sangat sebab kaki aku kan konon-konon cerah. 

Parut bekas bisul kat pun berkurang. Masa form berapa ntah..aku pernah kena bisul yang teruk di kaki. Dia meninggalkan parut buruk warna itam. Sudahlah buruk,bila disentuh,permukaan dia cam kasar. Sekarang..permukaan dia halus jer uolsss..

Itu jelah setakat ni hasil vco kat aku. Kalau nak kata lepas makan vco..muka aku tetiba jadi berseri bagai tu,setakat ni aku nampak biasa jer. Rambut aku pun buruk jer macam biasa tapi yang pasti,rambut aku dah tak gugur. Tak taulah sebab vco atau shampoo.
So kalau ada yang rasa nak hilangkan parut di badan dia,tryla makan vco. Murah jer pun. Selamat untuk ibu mengandung dan menyusukan anak. Sedikit tips (padahal satu tips jer.hahahha)...kawan aku, etty (mama umar raihan) kata..kalau nak pilih vco,tak kisahlah jenama apa,pastikan vco tu tak wangi. Takut ada campuran benda lain dalam tu. Pilih yang 100% pure virgin coconut oil.

Ok sekian review vco catalyst aku. Bye! ♥

Sunday, 9 March 2014

My protective daughter

Hai.

Tajuk omputeh tapi isinya melayu?
Tetttt!
Aku nak cerita pasal tia clarissa ni.
Dah lama perasan perangai dia yang satu ni tapi tadi 1st time aku nampak dia betul-betul menunjukkan sikap dia tu.

Tadi,aku bergusti lengan dengan asben.
Wakaka..aku memang takde keje..saja nak test power.
Pastu bila dah nak kalah,aku terjerit...
Sekali tu,rissa terus melalak nangis.
Sebab dia ingat aku sakit.
Terus aku peluk dia pujuk dia.
Tersedu-sedu dia nangis bercucuran air mata.

Itu yang paling obvious la.

Yang lain,bila papa dia urut aku.
Dia tak bagi hokey.
Bukan main dia tolak tangan papa dia.
Pastu membebel bahasa jerman.
Aku tau,dia ingat papa dia pukul aku sebab dia tahu pukul tu sakit..
Errr cane dia tau?
Sebab aku kekadang terpukul dia.
TER ya..aku bukan sengaja dan bukan belasah dia pun.

Risau aku. Yelah...bukan tabiat yang baik bila dia terima bahawa makna marah ialah pukul. Aku kena jaga tangan aku pasni. Tak nak terpukul rissa lagi. Sorry baby.

Pastu bila aku marah dia,dia tahu gak.
Selalu situasi gini berlaku :
Mama : Haip rissa!! Noooo..
Rissa : noooo.
Mama : mama marah nanti.
Rissa : (terus pukul aku)
Mama : rissa tak boleh pukul mama.tak baik.
Rissa : #@%&#* (bahasa jerman)
Mama : awak bad. Mama marah nanti.
Rissa : bad bad bad.

Terus cebik mulut nangis huwaaaaaaaa!
Kalau nenek dia marah dia,dia marah nenek dia balik.
Siap pakej baling barang bagai.
Hai lah anak!
Tapi pastu aku salu cakap kat dia...rissa good girl kan? Good girl tak marah mama. Good girl dengar cakap. Good girl sabar. Mama sayang rissa tau.

Kami sekeluarga usaha nak didik rissa. Semoga dia jadi anak yang baik. Anak yang sabar. Anak yang menyenangkan hati. Walaupun sukar,tapi at least kita cuba kan?

#prayformh370

Saturday, 8 March 2014

Masalah aku yang paling besar

Hai.

Tahu tak...aku sejak masuk umur 26 tahun ni,aku punya self confidence memang jatuh merundum.
Aku rasa tak cantik,rasa gemuk,rasa tua.
Yerrr...aku tau orang akan kata...baru 26 kot,relax ar.

T______T

No.
Aku dari kecik memang fizikal besar.
Aku jenis rangka badan besar.
Dan rissa jenis ikut genetik aku,poor babygirl.
Walaupun aku makan sikit,aku tetap nampak besar.
Dan metabolisme aku sangat rendah.
Sangatttt rendah tahap kalau orang lain joging dah basah lencun peluh,peluh aku baru setitik jer kuar.
Sejak aku dewasa,paling kurus ever aku ialah 55kg.
Dan pastu terus naik dan naik dan naik.
Sekarang mimpilah aku nak berat 55kg tu.
Berat peha kiri aku jer kot 55kg tu.

So apa masalahnya kalau aku besar?
Masalah paling aku benci ialah aku nampak gemuk gila dalam gambar.
Pastu bila nak pakai tshirt,lengan aku besar macam bodybuilder.
Haih!

Itu belum lagi aku cerita pasal muka aku.
Kalau orang tengok dalam gambar,orang kata kulit aku licin lawa.
Laki aku kata aku cantik dalam gambar walaupun realitinya aku tak cantik pun.
Cis! (Aku tak edit gambar aku dan hp aku takde 360. Sekian)
Gambar aku nampak ok sebab kamera samsung note 2 ni adalah sangat terbaik ever.
Kalau orang tengok depan-depan pun,orang cakap lawa kulit aku walaupun orang salu kata muka aku pucat sebab aku malas bermekap.
Tapi realitinya,aku tengok kulit aku banyak bintik hitam dan pores aku besarrrrr.
Pastu aku dah ada kedutan.
Bawah mata aku banyak seed oils.
Aku memang takde jeragat atau jerawat sebab kulit aku memang jenis kering.
Tapi uhhhh...aku nak kulit cantik tanpa bintik hitam!

Jadi sekali lagi aku cakap,aku nak makan collagen.
Tapi aku tau,collagen takkan buat magic kat muka aku.
Errrr..walaupun aku harap sangat collagen buat magik.
Aku teringin bila orang teka umur,diaorang kata aku 23..atau 26..dan bukannya 30-an seperti yang orang selalu cakap.
Sedih tau tak bila orang asyik cakap aku ni 30 an!
Ya,aku nampak tua. Aku tahu.
Huwaaaaaa...

Takpe,sekarang aku tengah survey collagen yang paling murah dan berbaloi.
Nanti aku share.
Payday ni aku beli.
Dan aku nak kurus.
Rara,pasni siaplah..i nak join u diet gak! *sambil bayang rara komen....tulah orang suruh diet tak nak*
Bye roti canai garing dua keping extra kuah kari...
Bye mega mac.
Sobss.

Thursday, 6 March 2014

Kisah membeli kek

Hai.

Aku nak cerita ni.
Semalam aku pegi beli kek di Plaza Angsana, JB.
Bukan kek birthday..tapi kek swiss roll murah jer.
Kedai kek tu betul-betul tepi UO..ground floor.
Pastu..ada lah sorang perempuan ni keje kat situ.
Aku cakap kat dia..dik,akak nak kek ni dan ni (sambil tunjuk)..
Pastu dia tak senyum tak cakap apa..ambik kek tu.
Pastu aku cakap lagi..dik,akak nak swiss roll tu jugak.
Pastu dia pandang aku tapi tak senyum langsung.
Terus aku cakap...akak nak perisa coklat ye..
Dia pun ambik la kek tu.

Kau bayangkan..dekat 5 minit..dia langsung tak cakap sepatah kata langsung..senyum apatah lagi. Memandangkan aku ni mood tak berapa nak baik semalam..terus aku cakap kuat-kuat kat asben yang tengah dukung si rissa...kami masa tu tengah berdiri depan budak tu.

Rupanya dia ni bisu. Kenapalah kedai ni ambik orang bisu buat kerja. Kesian betul.

Laki aku pulak boleh tanya..mana awak tau dia bisu?

Aku jawab jer..tengok,dia cakap langsung.

Pastu kan..masa bayar kek tu,budak ni masih jugak buat muka kerek kat aku. Tapi aku tak layan dia. Koser!! Dan aku confirm dia tak bisu ok. Jangan kata aku mengutuk OKU pulak. Sebab aku nampak dia elok jer bercakap dengan pelanggan lain sebelum aku. Ntah apa yang dia tak kenan tu..aku tak taulah.

Lain kali tu..kalau orang nak beli barang,sila senyum hokey. #customerisalwaysright

Tuesday, 4 March 2014

Review : Nour ain skincare

Hai.
Aku memang suka tukar produk muka.
Kalau hari ni kau tengok aku pakai produk korea,esok aku pakai olay..lusa aku pakai benda lain.
Hah...aku memang camtu.
So sila jangan heran kalau aku selalu update pasal skincare.
Sebelum ni,aku guna set collagen vit e plus.
Tapi pastu aku stop.
Tak,bukan sebab ada side effect ke apa tapi sebab aku boring.
So aku beli set kecantikan nour ain ni.
Aku beli set yang murah jer...ada sabun,krim siang dan krim malam.
Aku dah pakai almost sebulan.
Ini review aku.

Sabun pencuci muka
Sabun nour ain ni katanya dibuat dari ektrak minyak zaitun. Yang aku suka pasal sabun ni ialah dia tak mengeringkan kulit. Lepas cuci,muka rasa bersih lembut je. Tapi keburukan dia,dia buat mata aku sakit oi.

Krim siang
Aku suka krim siang nour ain ni sebab dia cam bb cream. So aku tak payah pakai bedak ke hapa..pakai jer krim siang dia,dah ok dah. Macam kita guna bb cream. Krim ni serasi dengan kulit aku. Lepas pakai,tak rasa kulit kering atau rasa berminyak. Dia cepat meresap dan muka pun tak cakey..

Krim malam
Krim malam nour ain bekas dia kecik gila sebesar coin 20 sen. Sedih aku. Tapi krim malam ini memang berbeza tekstur dia dengan krim malam collagen vit e plus. Memang lain. Result dia lebih kurang sama.

Keseluruhannya,lepas pakai nour ain,kulit aku taklah cantik flawless tapi bintik putih kat dagu memang hilang. Kulit rasa lebih lembut. Pastu bila kena matahari,kulit aku tak rasa perit. Rasa biasa-biasa je. Cuma dark circle masih ada. Dan garis bawah mata pun ada lagi. Huwaaaaa...
Aku rasa aku akan kekal kot dengan nour ain ni. Agaknya. Sebab harganya berpatutan dan aku boleh nampak kesan dia walaupun takla drastik..tapi oklah. Yang penting,produk ni selamat.


Lepas ni aku nak minum collagen. Korang suggest ye apa collagen yang best..