Wednesday, 26 February 2014

Bekas comel boleh simpan macam-macam

Hai.

Aku ni failed bab deko.
Tapi ada satu benda yang aku sedar..
Barang kecik-kecik kena letak dalam satu tempat.
Senang bila nak cari.
Senang supaya rissa tak termakan.
Senang supaya tak hilang dan aku end up kena beli lagi.

Aku ada cakap kan..yang aku nak start ajar rissa kenal warna.
Jadi aritu aku pegi diy..aku beli sikit barang untuk rissa belajar.
Alah..murah jer pun.
Yang penting effort tu kena ada..ye dok?

Masa tengah berpusing 100 kali dalam diy,aku ternampak bekas comel ni..
Awww...best sangat..
Boleh simpan barang rissa.
Siap ada compartment..pastu boleh lock macam mangkuk tingkat.
Tapi ada warna pink jer..padahal aku lagi suka kalau ada warna lime.
Takpelah...ambik jer..
Harga RM11.80.

Camna aku guna?
Aku asing jer bebola kecik tu ikut warna dalam ni.
Senang.
Pastu penyepit aku letak kat tingkat 1.
Tingkat 3 yang kosong tu..aku jadikan tempat rissa susun ball tu hah..
Ajar dia asingkan ikut kaler.
Setakat ni..dia belum pandai lagi tapi takpe.
Slow-slow.

Lupa nak cakap.
Bahagian-bahagian yang untuk asingkan dalam bekas ni boleh ditanggalkan.
Yang bahagian ni rissa suka..
Suka gigit.
Adoiiii..

Tuesday, 25 February 2014

Sharnaaz ahmad bergaduh lagi??

Aku kan sakit hati betul dengan gosip terbaru sharnaaz ni.
Eeeee..tu yang sampai buat entri tu.
Kesian abang jebat. :(
Korang tahu kan apa yang aku maksudkan?
Alah kes dia dengan lisdawati/nisdawati dengan fauzi nawawi tu.
Seperti yang semua orang tahu,sharnaaz ni jenis takkan kacau orang kalau orang tak kacau dia.
Pastu fauzi pulak tunjuk sms yang sharnaaz bagi dia..takde pulak dia tunjuk apa sms dia kepada sharnaaz.
Kan??

Sabar ye abang jebat..
#sharnaazahmadsupporter

Monday, 24 February 2014

Tia clarissa : 1 tahun 4 bulan

Haiiiii....

Sebelum apa-apa..entri ini ditaip sebab aku nak rekodkan perkembangan anak aku. Bukan sebab nak riak. Bukan sebab nak menunjuk dan paling penting bukan sebab alaaaa..anak aku baru sorang,bolehlah update cenggini. Cuba kalau anak dah 10. Ntah apsal orang suka cakap gitu. Haih!

Dahlah..kembali pada tajuk.

Berlari. Ye..rissa dah pandai berlari tapi belum terer sangat.

Memanjat. Aku cam tak percaya yang dalam satu hari,aku akan tengok anak aku yang aku anggap baby 3 bulan sepanjang masa tu akan mula panjat kerusi,panjat meja,panjat sofa. Dah besar anak mama.. :')

Suka pakai topi.
Dia panggil topi sebagai hat. Apa-apa objek seperti gayung mandi,periuk,mangkuk..hah..semua dia letak atas kepala dan cakap hat. Tapi kalau topi betul-betul,dia tak nak pakai. Bayangkan dia ke sana sini pakai periuk. T___T

Mengenal objek.
Yang ni kan..memang betul orang kata. Buku itu bagus. Flash card tu elok. Tv tu elok. Banyak sangat benda yang rissa kenal melalui 3 medium ni. Antara yang dia kenal dan pandai sebut ialah animals iaitu duck,bee,sheep (dia kenali sheep sebagai baaaaa),cow (rissa panggil cow tu moo) ,pig, bird, snake, mouse,bear, chick,horse..pastu apa lagi ek...

Rissa kenal egg. Pastu istilah sit,jumping,spinning..yang tu dia reti dan pandai sebut. Tapi dia sebut jumping sebagai ping dan spinning sebagai pin...Yang satu kelakar sikit. Aku kan ada bagi rissa tengok video yang mimi mama rafif share tu kan..yang A is for apple..a a apple..apa ke nama ntah video tu. Lupa pulak..so selalunya kalau dia tengok apa-apa..dia mesti akan ulang tiga kali. Contoh ball. Rissa akan cakap ball ball ball..haha..Lately ni jer dia boleh jawab dengan betul iaitu sepatah perkataan jer. Takyah dengar ball ball ball
..cat cat cat..dog dog dog.. T___T

Sekarang aku cuba dan usaha untuk tunjuk flash card abc kat rissa. Walaupun aku balik 5 petang dan rissa tido selalunya pukul 8 malam. Dia belum kenal abjad pun. Aku saja je nak biasakan dia kenal buku..setakat ni,dia cam burung tiung. Aku cakap A..dia sebut A. Aku cakap B..dia sebut B..hehe.

Itu jelah kot..nanti update lagi..

Sunday, 23 February 2014

Pernahkah kau rasa apa yang aku rasa?

Hai.

Pernah tak orang ada orang yang korang terlalu sayang...lepas tu satu masa tu..korang terpaksa lepaskan dia pergi?

Aku bercakap pasal anak yer..bukan kekasih. Huhu.
Tia clarissa sekarang dah besar.
Dah berani.
Dah pandai berjalan dan berlari.
Dulu..kalau keluar,rissa nak mama dukung.
Takpun..rissa nak mama pegang tangan.
Sebab dia takut kat orang..

Sekarang....
Rissa dah tak takut kat orang.
Orang pegang dia..dia buat muka selamba jer.
Kalau keluar,rissa dah berani berlari ke sana sini.
Pegang itu ini.
Ambik barang kat mall.
Dah tak nak mama pegang tangan dia.
Dah pandai nak jatuhkan diri kalau kita dukung.

Huwaaaaaaaa....

Tak. Aku bukan marah dia gitu.
Aku sedih sebab macam rissa dah tak perlukan aku.
Kau tahu tak..bila rissa berlarian sendiri,aku risau sangat tahap macam nak gugur jantung aku ni..
Sampai asben aku cakap..rissa boleh buat. Jangan risau. Percaya kat dia..
Isk! Aku bukan tak yakin dengan rissa tapi aku risau kalau dia jatuh..kalau dia sakit..kalau dia tetiba kena culik ke hapa.. erk padahal dia berlarian tu depan mata aku je pun..

Bila rissa jalan sendiri di tempat awam..aku sampai tahan nafas dan menahan diri dari lari kat dia dan pegang dia. Sebab aku risau.

Dah lumrah kita mak-mak ni kan?
Nak lindungi anak.
Yelah...dari dalam perut,kita yang jaga dia.
Kita yang melindungi dia,bagi dia makan.
Kita yang lahirkan dia.
6 bulan pertama,kita yang bagi dia makanan dari susu kita.
Dia bergantung sepenuhnya kat kita.
Ni dah besar sikit,bila kita nak lepaskan anak kita,kita rasa sedih dan terharu..
Itu apa yang aku rasalah. Tak tahulah orang lain.

Patutlah mami aku pernah cakap..
Nanti kau dah jadi mak,baru kau rasa sendiri.

Wednesday, 19 February 2014

Jom beli monopod murah

Hai.

Korang selalu tak kalau pegi bercuti dengan famili,nak ambik gambar ramai-ramai tapi terpaksa suruh orang lain ambikkan?
Atau masa korang tiga beranak nak ambik gambar, tapi tak muat dalam satu gambar sebab tangan korang pendek macam aku?

Aku sebenarnya tak tahu kewujudan monopod ni dulu. Sekali tu bila tengok instagram tomok,barulah macam waaaaaa...kagum gila seh..boleh ambik gambar famili siap ada view lagi. Kalau kita sendiri pegang hp sambil ambik gambar sendiri..kan susah nak ambik view belakang.. ye dok?

Jadi..jomlah beli monopod ni. Murah jer. Saiz dia kecik...boleh simpan dalam handbag jer uols. Senanglah nak selfie pasni.. :)

Harga RM50 ke semenanjung dan RM53 ke sabah sarawak termasuk pos..kalau berminat..tinggalkan emel kat komen,nanti iols emel korang ye..

Bye!!

Monday, 17 February 2014

Public display affection

Hai.
Biasa depan anak,korang bermesra laki bini tak? Takkk..aku tak kata bermesra tu bermoren (bak kata kawan2ku) tapi mesra seperti pegang tangan atau peluk-peluk gitu.

Dalam famili aku,langsung takde PDA ni. Aku dibesarkan dengan keadaan gitu. Even nak peluk mummy pun aku malu. Aku jenis sangat segan nak sentuh orang sampai aku pelik cane orang boleh bercakap sambil pegang each other.

Bila dah start bercinta,baru aku reti cakap sambil pegang tangan. Tapi taklah macam drama korea,berbual sambil pegang-pegang muka pasangan. Rosak mekap mak jemah nanti.

Aritu mil aku citelah kat aku ada jiran ni..masa nak pegi keje,lepas bersalam,laki dia cium bini dia depan anak-anak. Mil cakap tak malu ke cium depan anak? Hahaha. Iye,kan dah cakap tadi,family aku konservatif. Aku jawab je..alah,cium pipi je. Biasa orang memang buat gitulah.

Pastu bila tengok orang putih,mereka cool je kissing/hugging depan anak. Elok je mak bapak peluk anak. Cakap i love u. Ni masyarakat kita,ucap i love u kat mak tapi dalam fb. Dahla mak kita tu pulak takde fb. Ucap birthday kat ayah pun kat fb. Padahal boleh call. Kenapa tak nak? Sebab segan. Aku tak naklah rissa jadi gitu dengan aku dan asben.

Aku nak anak aku selesa cakap love u mama walaupun dia dah besar.
Aku nak rissa selesa peluk ayah dia walaupun nanti papa dia dah tua.
Jadi bagaimana nak didik anak ni ya?

Apa yang aku buat sekarang,aku buat cam biasa jer depan anak. Tapi takdelah beromen depan rissa..coii! Haha..aku cuma peluk-peluk jer. Kekadang saja tunjuk kami laki bini peluk sambil panggil rissa...come rissa..Yang rissa nya..selagi tak dipanggil,selagi tu dia terkebil-kebil. Hehe..

Aku nak rissa jadi seorang yang tak malu luahkan kasih sayang...tapi siyes,aku pun tak tahu cane nak ajar dia..hmm..

Friday, 14 February 2014

Kau pergi jua

Ini entri panjang..

Aku bukan orang yang jenis meluahkan sesuatu secara berdepan..
Jauh sekali kau nak harap aku peluk orang yang aku sayang...termasuk mak aku.
Tak...aku tak biasa gitu.
Aku berani peluk laki aku dan rissa sahaja.
Aku officially keyboard warrior.
Jadi entri ini aku nak luahkan perasaan aku..

Kematian.
Selama ni..aku selalu bayangkan..bila kita mati,badan kita akan dikebumikan dan reput dimakan ulat.
Aku tak pernah fikir perasaan tu camna..
Sekarang,baru aku faham kesedihan bila hilang orang yang kita sayang.

11.2.2014
Hari ini hari lahir adik bongsu ku yang ke tujuh. Selamat hari lahir alyaa...kakak sayang awak..

12.2.2014

8.00 pagi
Mami sms aku. Beritahu yang nenek cakap,datuk aku sakit tenat. Datuk memang sakit dah bertahun-tahun tapi kali ni,nenek cakap dah tenat.

9.00 pagi
Aku call nenek. Nenek cakap datuk dari malam tadi memang asyik meracau. Nenek cerita yang dia pening sebab tak cukup tido. Datuk asyik menjerit-jerit tengah malam cakap ada orang nak bunuh dia la..curi duit dia la. Siang tu pulak datuk jalan ke sana sini guna kerusi roda dia. Bercakap pasal nak berjalan-jalan. Nenek kata,datuk tak nak makan. Nenek bagi dia soya bean pun dia minum sikit je.

2.00 petang
Mami nangis call. Cakap datuk kuarkan air mata berdarah. Nenek cita,tak taulah sama ada dia tercucuk mata ke apa,tapi air mata datuk menitik jerrrr..

5.00 petang
Aku balik kerja. Dalam kereta,aku call nenek lagi. Nenek kata,datuk makin tenat. Tapi nenek offer aku cakap dengan datuk. Aku mulanya tak nak..sebab takut mengganggu. Tapi nenek bagi gak. Aku tanya datuk..dia rasa camna..dia kata dia rasa nak mati. Pastu dia gelak. Pastu dia kata,aku patut beli tiket flight untuk balik. Dia kata,kirim salam kat tony kong (dia suka nganjing tony panggil tony tu tony kong) dan tia (datuk panggil rissa tu tia). Percakapan datuk masa ni dah tak jelas. Aku susah sikit nak faham apa yang dia cakap....

7.00 petang
Mami call. Cakap datuk dah takde. Aku terkejut. Aku tanya lagi...betul ke takde? Pastu mami kata...belum lagi tapi dah nak mati.. =.=

Ya aku tau,mami punya sense of humour memang pelik dan tak kena masa. Jujurnya masa ni aku tak rasa pelik pun. Sebab sebelum ni pun datuk pernah tenat tetiba.

10.15 malam
Hp aku berbunyi. Masa ni aku tengah baca wattpad. Mummy. Aku jawab..mami kata datuk dah meninggal dunia sebentar tadi. Aku rasa blur. Letak jer hp,air mata aku laju jer turun walau aku rasa kosong.

Datuk aku dah pergi. Dia dah meninggal. Aku dah takde datuk. :(

11.00 malam
Nenek aku call aku. Menangis meraung cakap datuk dah meninggal. Hancur sangat hati aku ni. :'(

Datuk.
Aku pelupa sangat,aku risau aku lupa pada datuk aku. Aku takut aku lupa wajah dia macam mana. Aku risau aku lupa suara dia macam mana..seperti aku lupa suara daddy camna.. :(
Hari tu,last aku jumpa datuk masa balik julau,aku dah cakap..kalau apa-apa jadi,aku tak dapat balik. Sebab kos tinggi dan aku tak boleh nak tinggalkan rissa. Kalau bawa dia,aku tak boleh handle dia seorang diri. Datuk kata tak apa. Aku ingat lagi..masa tu pukul 2 pagi dan datuk bangun. Dia pegi ke ruang tamu. Aku ikut. Kebetulan ayam berkokok masa tu. Datuk kata jam dah 5 pagi. Aku pun percaya. T___T

Kami berbual. Pasal ikan. Pasal harga barang. Hmm. Tau tak,ini kali pertama aku berbual panjang dengan datuk. Aku dah cakap kan..aku bukan jenis yang luahkan kasih sayang. Masa aku nak balik jb,aku sempat cuci kaki datuk yang luka. Itu jer satu-satunya benda baik yang aku buat. :(

Tapi aku tahu. Orang yang paling penting dalam perkara ini ialah nenek. Dia yang hilang suami. Dia yang paling sedih. Masa aku balik aritu,nenek minta aku teman dia beli baju datuk. Aku pilih. Aku teman nenek beli keranda. Aku sempat ambik gambar keranda datuk..tunjuk kat dia. :)

Datuk lega. Keranda dah ada. Cuma dia marah sikit sebab katanya membazir beli baju. Aku rasa sedih sebab aku tak belikan apa-apa. Tapi huwaaaaa...aku harap datuk faham. Aku dah beli tiket flight airasia yang bapak mahal sebab time tu balik last minute. Time aku balik tu datuk sakit tenat gak. Jadi aku tak mampu nak spend lebih-lebih. Aku bagitau datuk. Gaji kami suami isteri tak besar,dengan barang semuanya naik ni..datuk faham,aku tahu.

Aku sayangkan datuk sebab ayah aku lama sangat dah takde. Datuk dan nenek yang bela aku dari kecil. Sekarang ni,aku rasa cam datuk masih ada..masih hidup. Hmm ntahlah. Aku harap datuk okey. Harap dia maafkan salah silap aku..harap dia maafkan aku sebab tak pegi pengembumian dia. :(

Bye datuk..
Nanti kalau ada baby boy...saya janji..saya letak nama dia vincent..macam nama datuk..love u and thank you!

Wednesday, 12 February 2014

Waktu pengambilan ubat yang betul

I dapat dari fb doktor zubaidi...
Untuk panduan bersama sempena wordless wednesday.  :)

Monday, 10 February 2014

Produk penjagaan diri tia clarissa

Amaran..ini entri panjang.

Hah..kau ingat maknya aje ada produk muka nak cantik-cantik ni?
Anak dara iols pun ada tau.
Sekarang aku bagi scene ok..sila bayangkan!

Tia clarissa baru selesai dimandikan oleh aku. Dia mandi guna moogoo milk body wash. Sambil terkedek-kedek,dia pun berjalan sambil diiringi maknya untuk bersiap. Ok,selepas dibaringkan...maka cara-cara rissa bersiap pun dimulakan.

1. Mula-mula aku akan lap rissa sampai kering. Ingat ye..kalau lap anak,jangan gosok badan dia. Tapi tekap-tekapkan ajer tuala tu. Kulit baby kan sensitif.

2. Kemudian, aku pun mula sapu losyen. Sapu di bahagian kaki dulu..pastu diikuti dengan perut,lengan dan tangan.

Aku guna losyen pigeon sakura. Sebelum ni aku guna full cream moogoo. Aku tukar-tukarla sebab boring asyik guna losyen yang sama. Kalau pilih toiletries anak,pastikan pilih yang tiada paraben. Pilih yang selamat untuk anak. Jangan berkira part ni tau. Kulit kan organ terbesar di badan kita..

3. Next aku picit sikit minyak jerslin. Sapu kat belakang buku lali rissa dan pipi dia. Minyak jerslin ni sangat bagus tau. Memula aku pun tak confident nak beli tapi bila baca review yang elok,even kak mimy hamid pun suggest..maka aku beli gak. Sangat berkesan. Aritu pipi rissa ada merah,cam ruam apa ntah..aku sapu macam-macam termasuk tepung ubi tapi tak hilang. Pastu aku sapu minyak jerslin,hilang dan licin pipi anak dara aku. Waaaa...kagum!

Aku beli jerslin oil di kiosk biasa jer. 40ml harga RM25. Aku cuma kureng gemar dengan bau dia jer. Kuat gila.

4. Buat masa sekarang,bawah pusat rissa ada bintik-bintik sikit jadi next step,aku sapu isb moogoo. Isb ni bagus. Menghilangkan gatal. Buku lali rissa ada cam gatal tau. Sebab tu dia tak boleh guna kasut bertutup. Jadi bila dia tergaru-garu,aku sapu jer isb. Kena kerap sapu la. Dalam sejam sekali. Produk moogoo ni semuanya elok ye. Selamat kalau anak kita termakan. Cuma dia fragrance free.

Okey,sekarang masa untuk pakaikan rissa pampers. Siang aku pakaikan dia pet pet/drypers..malam rissa guna mamypoko.

5. Last sekali,aku sapu minyak yu yee. Kat perut..dada..tapak kaki..lutut dan ubun-ubun kepala. Nenek rissa cakap,even kalau cuaca tak elok/sejuk/hujan..dia pun akan sapukan yu yee kat rissa. Takut budak tu sakit perut. Hah,lagi satu..tiapkali tukar pampers anak time dia berak ke apa..sapu gak minyak yu yee ni. Seperti yang semua orang tau,minyak yu yee sangat elok untuk perut kembung. Sangat bagus!

6. Ini rutin pagi jer..kalau malam tak buat yer. Lepas mandi pagi,i akan sapukan minyak kelapa pada rambut rissa.

7. Ini tambahan ye. Hari tu punggung rissa melecet sebab dia sembelit asyik berak sikit-sikit. So setelah fikir panjang,aku beli drypolene. Aku tak cadangkan drypolene untuk rashes lebih-lebih lagi kalau anak masih baby sebab produk gini tak elok. Takut ada steroid. Unless terpaksa. Terpaksa. Aku sapu gak la..dalam seminggu..syukur dah sembuh.

Kalau banyak sangat nyamuk,aku pakaikan mozzie buds ni. Mozzie ni takdelah berkesan menghalau nyamuk tapi bolehlah. Aku takkan beli lagi produk ini.  Yang last ni,angel baby earth mama. Balm ni bagus tapi dah habis pulak. Kalau rashes yang serius gila,takleh pakai ni. Kalau takat belas gigitan nyamuk atau luka kecik,boleh pakai balm ni. Elok.

Ok..sekarang barulah pakaikan baju dan seluar. Hah,masa ni rissa selalunya akan meragam nak lari ke sana sini. Melalak nangis semua ada. Haih! Selalunya aku takkan dapat nak sikat rambut dia pun. Wakaka..

Apapun...cara-cara penjagaan diri anak aku yang tersayang dah siap!

Thursday, 6 February 2014

Rasa tertipu oleh doktor

Aritu berborak dengan syima (kawan blogger aku) pasal dia kes lebih kurang sama gak tapi ni aku saja nak share pengalaman aku.
Masa tu,punggung rissa melecet dan dia sembelit.
Melecet yang teruk gak.
Satu malam dia menangis,pukul 3 pagi baru tido.
Ohoiii..ko bayangkan..
Kejadian ni berlaku masa maharajalawak suku akhir yang tema silent tu *eh apa kena mengena?
Memandangkan ari sabtu dan hospital yang aku selalu pegi tutup time tengah hari,so aku decide pegi hospital yang dekat jer.
So kami pun pegilah.
Sampai kat hospital tu (hospital swasta,aku tak nak gi hospital kerajaan sebab dah tengah hari,nanti lama nak tunggu)..kami register macam biasa..timbang rissa..ukur rissa..

Pastu jumpa doktor.
Doktor tanya sakit apa.
Aku pun explainlah.
Pastu doktor suggest bagi rissa frisolac comfort..
Dan pasal melecet dia tu,doktor nak bagi hydrocort.
Aku dah cam nak terpitam pun ada..
HYDROCORT!!
Aku ni ada ekzema dan bila doktor bagi aku hydrocort,dia siap explain SAPU NIPIS,JANGAN APPLY BANYAK.
Tapi doktor ni senyap jer..macam dia bagi krim biasa yang takde apa pulak kat rissa.
So aku tanya...boleh ke bagi baby hidrocort?
Hah..ni baru dia cakap boleh. Sapu nipis.
Oklah..fine.
Lactulose dia tak bagi sebab rissa dah ada ubat tu.

Kenapa aku cakap aku rasa ditipu?
Sebab....that's all!!
Bila aku jumpa doktor razlina yang kat columbia asia tu,walaupun aku cakap rissa sembelit,tapi dia siap check badan rissa..degupan jantung bagai.
Doktor ni..sentuh rissa pun sekali jer.
Dengan tak friendly..dengan mainan yang dia sediakan dah buruk..berconteng..
Mungkin sebab dia doktor lelaki.
Pastu dia nak caj 100++.
Kau nak aku bayar?
Kirim salam.
Aku tak ambik pun ubat tu.
Sebab aku tau dia nak bagi hydrocort dan sampel frisolac comfort.

Aku akui aku bukan jenis parent yang banyak tanya.
Dan bukan jenis parent yang pakai baju mahal-mahal mekap seinci perfume menusuk idung tapi tak bermakna aku tak tahu langsung pasal ubat.
Even doktor kerajaan pun jauh lagi bagus tau! Selalu explain nak bagi ubat apa kat aku.
Aku cukup tak gemar orang gini yang bila bercakap...kau sebut pelbagai istilah perubatan kat aku yang naif pasal perubatan dan kau tak explain kat aku apa baik dan buruk ubat tu.
Kau ingat aku kagum sebab nama ubat tu canggih?
Hello!

Kau jangan cakap..kalau aku bijak sangat,kenapa nak sibuk jumpa doktor?
Tak..bukan gitu.
Aku tak salahkan keputusan doktor nak bagi ubat kat anak aku.
Aku cuma harapkan penjelasan pasal ubat dan aku harapkan dia check anak aku dan bukan sentuh dengan hujung jari saja.
Sebab aku bayar mahal untuk servis dia.

So kepada parents,korang jangan simply bagi sebarang ubat/makanan/apa-apa kat anak.
Apa-apa bahan yang kau tak tahu berasal dari mana dan diperbuat dari apa,eloklah kau tak payah ambik unless kalau betul-betul perlu.
Dan minta layanan yang baik dari doktor yang kau bayar.
Dia tak layan...kau tak payah bayar servis dia.

Wednesday, 5 February 2014

10 kesalahan mendidik anak

Meskipun banyak orang tua yang mengetahui, bahwa mendidik anak merupakan tanggung jawab yang besar, tetapi masih banyak orang tua yang lalai dan menganggap remeh masalah ini. Sehingga mengabaikan masalah pendidikan anak ini, sedikitpun tidak menaruh perhatian terhadap perkembangan anak-anaknya.Baru kemudian, ketika anak-anak berbuat durhaka, melawan orang tua, atau menyimpang dari aturan agama dan tatanan sosial, banyak orang tua mulai kebakaran jenggot atau justru menyalahkan anaknya. Tragisnya, banyak yang tidak sadar, bahwa sebenarnya orang tuanyalah yang menjadi penyebab utama munculnya sikap durhaka itu.Lalai atau salah dalam mendidik anak itu bermacam-macam bentuknya ; yang tanpa kita sadari memberi andil munculnya sikap durhaka kepada orang tua, maupun kenakalan remaja.Berikut ini sepuluh bentuk kesalahan yang sering dilakukan oleh orang tua dalam mendidik anak-anaknya.

[1]. Menumbuhkan Rasa Takut Dan Minder Pada Anak
Kadang, ketika anak menangis, kita menakut-nakuti mereka agar berhenti menangis. Kita takuti mereka dengan gambaran hantu, jin, suara angin dan lain-lain. Dampaknya, anak akan tumbuh menjadi seorang penakut : Takut pada bayangannya sendiri, takut pada sesuatu yang sebenarnya tidak perlu ditakuti. Misalnya takut ke kamar mandi sendiri, takut tidur sendiri karena seringnya mendengar cerita-cerita tentang hantu, jin dan lain-lain.Dan yang paling parah tanpa disadari, kita telah menanamkan rasa takut kepada dirinya sendiri. Atau misalnya, kita khawatir ketika mereka jatuh dan ada darah di wajahnya, tangan atau lututnya. Padahal semestinya, kita bersikap tenang dan menampakkan senyuman menghadapi ketakutan anak tersebut. Bukannya justru menakut-nakutinya, menampar wajahnya, atau memarahinya serta membesar-besarkan masalah. Akibatnya, anak-anak semakin keras tangisnya, dan akan terbiasa menjadi takut apabila melihat darah atau merasa sakit.

Yang ni laki aku sukaaaaa sangat buat. Geram!

[2]. Mendidiknya Menjadi Sombong, Panjang Lidah, Congkak Terhadap Orang Lain. Dan Itu Dianggap Sebagai Sikap Pemberani.
Kesalahan ini merupakan kebalikan point pertama. Yang benar ialah bersikap tengah-tengah, tidak berlebihan dan tidak dikurang-kurangi. Berani tidak harus dengan bersikap sombong atau congkak kepada orang lain. Tetapi, sikap berani yang selaras tempatnya dan rasa takut apabila memang sesuatu itu harus ditakuti. Misalnya : takut berbohong, karena ia tahu, jika Allah tidak suka kepada anak yang suka berbohong, atau rasa takut kepada binatang buas yang membahayakan. Kita didik anak kita untuk berani dan tidak takut dalam mengamalkan kebenaran.

[3]. Membiasakan Anak-Anak Hidup Berfoya-foya, Bermewah-mewah Dan Sombong.
Dengan kebiasaan ini, sang anak bisa tumbuh menjadi anak yang suka kemewahan, suka bersenang-senang. Hanya mementingkan dirinya sendiri, tidak peduli terhadap keadaan orang lain. Mendidik anak seperti ini dapat merusak fitrah, membunuh sikap istiqomah dalam bersikap zuhud di dunia, membinasakah muru’ah (harga diri) dan kebenaran.

[4]. Selalu Memenuhi Permintaan Anak
Sebagian orang tua ada yang selalu memberi setiap yang diinginkan anaknya, tanpa memikirkan baik dan buruknya bagi anak. Padahal, tidak setiap yang diinginkan anaknya itu bermanfaat atau sesuai dengan usia dan kebutuhannya. Misalnya si anak minta tas baru yang sedang trend, padahal baru sebulan yang lalu orang tua membelikannya tas baru. Hal ini hanya akan menghambur-hamburkan uang. Kalau anak terbiasa terpenuhi segala permintaanya, maka mereka akan tumbuh menjadi anak yang tidak peduli pada nilai uang dan beratnya mencari nafkah. Serta mereka akan menjadi orang yang tidak bisa membelanjakan uangnya dengan baik.

[5]. Selalu Memenuhi Permintaan Anak, Ketika Menangis, Terutama Anak Yang Masih Kecil.
Sering terjadi, anak kita yang masih kecil minta sesuatu. Jika kita menolaknya karena suatu alasan, ia akan memaksa atau mengeluarkan senjatanya, yaitu menangis. Akhirnya, orang tua akan segera memenuhi permintaannya karena kasihan atau agar anak segera berhenti menangis. Hal ini dapat menyebabkan sang anak menjadi lemah, cengeng dan tidak punya jati diri.

[6]. Terlalu Keras Dan Kaku Dalam Menghadapi Mereka, Melebihi Batas Kewajaran.
Misalnya dengan memukul mereka hingga memar, memarahinya dengan bentakan dan cacian, ataupun dengan cara-cara keras lainnya. Ini kadang terjadi ketika sang anak sengaja berbuat salah. Padahal ia (mungkin) baru sekali melakukannya.

[7]. Terlalu Pelit Pada Anak-Anak, Melebihi Batas Kewajaran
Ada juga orang tua yang terlalu pelit kepada anak-anaknya, hingga anak-anaknya merasa kurang terpenuhi kebutuhannya. Pada akhirnya mendorong anak-anak itu untuk mencari uang sendiri dengan bebagai cara. Misalnya : dengan mencuri, meminta-minta pada orang lain, atau dengan cara lain. Yang lebih parah lagi, ada orang tua yang tega menitipkan anaknya ke panti asuhan untuk mengurangi beban dirinya. Bahkan, ada pula yang tega menjual anaknya, karena merasa tidak mampu membiayai hidup. Naa’udzubillah mindzalik

[8]. Tidak Mengasihi Dan Menyayangi Mereka, Sehingga Membuat Mereka Mencari Kasih Sayang Diluar Rumah Hingga Menemukan Yang Dicarinya.Fenomena demikian ini banyak terjadi. Telah menyebabkan anak-anak terjerumus ke dalam pergaulan bebas –waiyadzubillah-. Seorang anak perempuan misalnya, karena tidak mendapat perhatian dari keluarganya ia mencari perhatian dari laki-laki di luar lingkungan keluarganya. Dia merasa senang mendapatkan perhatian dari laki-laki itu, karena sering memujinya, merayu dan sebagainya. Hingga ia rela menyerahkan kehormatannya demi cinta semu.

[9]. Hanya Memperhatikan Kebutuhan Jasmaninya Saja.
Banyak orang tua yang mengira, bahwa mereka telah memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Banyak orang tua merasa telah memberikan pendidikan yang baik, makanan dan minuman yang bergizi, pakaian yang bagus dan sekolah yang berkualitas. Sementara itu, tidak ada upaya untuk mendidik anak-anaknya agar beragama secara benar serta berakhlak mulia. Orang tua lupa, bahwa anak tidak cukup hanya diberi materi saja. Anak-anak juga membutuhkan perhatian dan kasih sayang. Bila kasih sayang tidak di dapatkan dirumahnya, maka ia akan mencarinya dari orang lain.

[10]. Terlalu Berprasangka Baik Kepada Anak-Anaknya
Ada sebagian orang tua yang selalu berprasangka baik kepada anak-anaknya. Menyangka, bila anak-anaknya baik-baik saja dan merasa tidak perlu ada yang dikhawatirkan, tidak pernah mengecek keadaan anak-anaknya, tidak mengenal teman dekat anaknya, atau apa saja aktifitasnya. Sangat percaya kepada anak-anaknya. Ketika tiba-tiba, mendapati anaknya terkena musibah atau gejala menyimpang, misalnya terkena narkoba, barulah orang tua tersentak kaget. Berusaha menutup-nutupinya serta segera memaafkannya. Akhirnya yang tersisa hanyalan penyesalan tak berguna.Demikianlah sepuluh kesalahan yang sering dilakukan orang tua. Yang mungkin kita juga tidak menyadari bila telah melakukannya. Untuk itu, marilah berusaha untuk terus menerus mencari ilmu, terutama berkaitan dengan pendidikan anak, agar kita terhindar dari kesalahan-kesalahan dalam mendidik anak, yang bisa menjadi fatal akibatnya bagi masa depan mereka. Kita selalu berdoa semoga anak-anak kita membesar menjadi orang yang berakhlak mulia.

Artikel kredit kepada facebook..untuk perkongsian bersama.

Tuesday, 4 February 2014

Review : Jus bidadari

Panjang cuti...blog pun terbiar jer.
Ni entri dalam draf sebenarnya...aku edit sikit-sikit jer balik.
Ini entri khas untuk suami isteri jer tau!
Oklah...pernahkah korang mengalami masalah kering waktu bersama dengan suami?
Macam aku...lepas aku bersalin,aku memang sakit bila bersama.
Pastu bila penat,takde mood nak bersama.
So...lepas aku minta nasihat kengkawan..diaorang suggest aku minum bidadari ni.
Aku beli kat anis..korang nak beli sila pegi fb dia ni yer.. 
Fb : bintangcomey
Blog : klik sini
Harga bidadari ni lebih kurang 70-90 gitu...wakaka..aku lupa padahal aku dah tanya anis aritu.
Aku dah minum jus bidadari ni lama jugak,dari rissa 10 bulan gitu.
Tapi aku bukan peminum yang tegar.
Aku minum sikit-sikit bila perlu jer.
Aku kan pemalas.
Camna pengambilan jus bidadari?
Masa mula-mula ambik,kena ambil dua kali..30 minit sebelum makan atau sebelum tidur.
Kira waktu perut kosong gitew.
Tapi aku selalu makan time sebelum tidur jer......
Nama pun jus bidadari weiiii...haruslah minum malam-malam. Hihihi..
Tapi tak boleh ambik ni time period tau.
Boleh tak mak yang bf makan jus bidadari?
Aku masih menyusukan rissa. Anis sendiri pun masih menyusukan airell. Dan kami minum jus bidadari ni..ok jer. Takde apa pun..tak mengganggu pengeluaran susu aku.
Jus bidadari ni diperbuat daripada jus kurma,madu,manjakani bagai..so kalau nak minum mesti guna sudu plastik...sebab ada madu kan?
Tapi yang pasti,lepas aku minum ni,aku selesa lah bila bersama asben..tak sakit lagi.
Adakah lepas tu aku hari-hari mau?
Erk...haha. Takla sampai gitu.
So kalau korang ada masalah macam aku,boleh la try..
Kawan-kawan aku banyak yang dah amalkan minum jus bidadari ni,semua bagi feedback positif..siap ada yang peknen balik. Wakaaka...hah,yang tu aku tak tanggung!
Tapi last sekali aku nak cakap...ini adalah berdasarkan review aku...badan aku..kalau kat badan orang..aku pun tak tau.
Oh yer..ini bukan review berbayar ye..
Hihi...ok bye!

Drama bukan aku tak cinta!

Aku tak kira...aku nak jugak buat pasal drama bukan aku tak cinta ni.
Aku dah lama tak layan drama...tapi bila aku tengok iklan shahnaaz ahmad cam handsome gila dalam drama ni,aku dah mula rasa awww...nak tengok!!

Drama ni best giler.
Terkejut aku dengan lakonan shahnaaz dengan nelydia senrose.
Memang patut pun bf nely,qi razali tu tersentap.
Lakonan mas dengan jebat memang hebat tahap real sangat.
Mas yang gedik-gedik manja..jebat yang ala nak kontrol macho.

Tapi banyak yang very typical drama malaysia kat drama ni.
Banyak kelemahan dia tapi aku tutup mata sebab aku suka jebat dan mastura!

Nak cakap gak kelemahan dia...contoh episod semalam..masa jebat dan mas pegi party kat rumah dato jaafar tu. Diaorang kata party besar-besaran dan ramai perempuan seksi.
Yang aku tengok..adalah dalam 15 orang tetamu dan perempuan yang seksi kononnya hanya nelydia jer.
Pastu kawan mastura cakap tengoklah that guy..so hot....erk,cenggitu ke perempuan cakap kalau tengok laki ensem? Kayu kayan sungguh. Macam baca skrip je.

Paling aku stress...dato jaafar tu cakap dia hensem???? Dahlah lakonan kau kayu..adoiii..

Tapi.....

Yang terpaling best ever semalam ialah masa jebat kata... aku cintakan kau mas.sekali aku cintakan kau,sampai mati aku cinta...
Wow!! Cair gila aku.

Dahlah muka mas dan jebat rapat gila masa tu sampai aku ingat diaorang nak bercium. ♡
Oh abang jebat!!

Dan aku snap gambar walaupun kualiti gambar aku tahap tingtong tapi whatever!
Sila tonton drama ni dia saluran 134 isnin hingga rabu jam 10 malam yer.
Macam aku..aku record jer..hihi..
Ok bye!