Sunday, 26 January 2014

Apa nak buat bila pasangan curang?

Hah...ni jangan pulak kata laki aku curang.
Tak,asben aku setakat ini baik. Syukur.
Cuma aku saja je nak jadi dr love arini.
Ok..bila cakap pasal pasangan curang lebih-lebih lagi lelaki,apakah tindakan tipikal yang sering perempuan buat?

1. Mengamuk baling hp periuk pinggan mangkuk pasu semua.
Laaaa...dah kenapa buat gitu? Laki tu sedap-sedap dengan perempuan lain,kau pegi baling hp. Nanti hp kau rosak,kau kena beli hp baru. Rugi oi.

2. Menangis,tak nak makan atau paling teruk..bunuh diri.
Bila pasangan kita curang..tu sama gak macam orang tu mengkhianati kita. Lebih-lebih kalau tu suami kita. Mesti kita rasa sangat down. Lojiklah kalau kita nangis meraung tapi macam mana pun..kau kena ingat..dunia ni bukan ada suami kita sorang je. Kita masih ada keluarga,ada anak....jangan sesekali anggap dunia ni berhenti berputar bila seorang manusia buat onar kat kita.

3. Serang orang yang curang dengan pasangan tu.
Ok,kalau ada perempuan yang saja nak berskandal dengan laki aku,adakah aku akan serang dia?? Of courselah!! Takkan nak biar jer dia senyum senang hati? Tapi kau kena bijak. Jangan serang melulu. Takk...aku bukan suruh kau pegi bomohkan dia.

Kau tengok dia dulu. Kalau dia jenis bitch..jenis hot stuff dan kau pulak jenis lemah lembut pendiam..kau jangan pulak pegi serang marah dia cakap kenapa kau kacau laki aku? Nanti kompem dia jawab..dah kau tak pandai jaga laki/laki kau yang cari aku,aku tak hadap pun dia tu..hah,kau nak jawab apa?

Perempuan jahat gini,kau pegi ofis dia...lepas tu kalau kau nak bagi effect lebih,kau usung anak kau sekali. Pastu buat sedih. Nangis. Cakap kesian anak akak ni....bla bla bla..pastikan orang ramai (terutamanya bos dia) nampak dan dengar apa kau buat. Nanti mesti dia malu. Silap-silap kena transfer.

Tapi kalau dia jenis slow dan lemah lembut,yang ni kau boleh serang dia. Selalunya perempuan perampas ni,bukan yang lembik-lembik ni. Apapun...ini adalah tindakan terakhir yang kau patut buat sebab ni menjatuhkan maruah perempuan hokey.

Jadi bila pasangan curang,apa yang patut dibuat?

1. Siasat dan pastikan dulu.
Kalau kau rasa semacam,kau check hp dulu. Check sms,call,whatapps,contact enset dia,fb,friendlist..hah...kau check semua tu. Kalau perlu,tanya kawan dia. Dah buat semua tu dan kau dah dapat bukti? Ok..next.

2. Sekarang sila fikir,adakah kau nak pasrah dan tunggu jer laki kau berubah dan semoga dia akan balik kat kau? Atau kau nak give up dan berpisah dengan laki kau? Atau kau nak kekalkan hubungan ini?

Apapun keputusan kau,aku berpendapat,suami kita ni hak kita. Tuhan dah jodohkan kita. Kita kena pertahankan hak kita! At least suatu hari nanti,bila kau ingat balik kegagalan rumah tangga kau,kau boleh cakap kat diri sendiri,sekurang-kurangnya kau dah berjuang untuk hak kau. Kau bukan menyerah jer dan cakap tu takdir.

3. Ok sekarang kau dah decide nak berjuang? Good. Benda pertama,jangan serang laki kau. Dia confirm tak ngaku. Kalau dia mengaku,ini lagi horror. Aku sendiri pun tak dapat nak berjuang kalau laki aku terang-terang cakap tak nak kat aku. Kau buat baik dengan laki kau. Kau ajak dia selalu keluar. Ajak pegi bercuti. Sampai dia takde masa nak keluar dengan perempuan tu. Perempuan tu satu pejabat dengan laki kau? Jumpa bos diaorang.

4. Kau gunakan anak. Selalunya lelaki ni sayangkan anak,jadi confirmlah dia tak sanggup nak berpisah dengan anak dia.

5. Sambil tu,kau jangan lupa berdoa tau. Dan kalau boleh,kau jangan cerita masalah kau kat orang yang memang suka keruntuhan rumah tangga orang lain. Kau bolehlah bagi hint kat laki kau yang kau dah tau. Tapi jangan asyik sindir aje. Agak-agaklah. Lepas tu,cuba pandang diri kau semula. Apa yang tak betul..kau cuba betulkan.

6. Dah buat semua tapi laki kau confirm dah tak nak kat kau. Sedih pulak aku membayangkan. Masa ni,kau cubalah untuk tak melenting. Jangan sampai kau jadi mangsa penampar pulak. Kau cakaplah kat laki tu baik-baik. Cakap kau dah tau dia ada orang lain. Tanya dia..nak berpisah ke..kalau dia cakap ya,kau suruhlah dia bagitau anak..bagitau family masing-masing. Lepas tu,kau jangan sesekali tak tuntut hak kau. Nafkah kau. Semua tu kena tuntut. Kau jangan diam jer.Last sekali...kau move on. Kuatkan diri. Jangan bunuh diri. Dunia belum berakhir kan...

7. Situasi lain..laki kau menyesal. Camna kau nak terima dia balik lebih-lebih lagi kalau dia dah tido dengan orang lain? Yang ni..apa yang aku boleh cakap..beri ruang. Setiap orang akan buat silap.

Itu sahaja bebelan doktor love arini. Ingat ye..masa akan mengubati semua luka. Beri masa untuk diri sendiri..banyakkan bersabar..

Friday, 24 January 2014

Tia Clarissa : 1 tahun 3 bulan

Hai.

Rissa nak masuk 1y4m baru sibuk nak update perkembangan.
Update sikit-sikit setakat yang aku ingatlah ye.

Makan.
Rissa sekarang tengah susah sangat nak makan.
Susah gila.
Dia makan sesuap dua sahaja.
Ko bagilah ayam ikan roti nasi..sume dia tak layan.
Tapi dia suka buah.
Buah pisang dan kiwi. Hah..yang tu dia suka.
Jadi tiap ari aku bagilah dia makan buah.

Susu.
Arini 24.1.2014 aku tukar susu rissa kepada dugro.
Sebelum ni,rissa minum dutch baby langkah 2.
Kenapa tukar?
Sebab dia selalu sangat sembelit..risau aku.
Jadi sebab kat pek dugro tu dia ada mention pasal penghadaman,aku pilihla dugro.
Dia baru minum sekali,dia dapat accept.
Tak tahulah poopoo dia cane.
Nantilah kalo rajin aku buat review..

Rissa dah pandai cakap?
Erk...antara perkataan feveret rissa ialah no.
Kalau kita buat sesuatu yang dia tak suka,dia akan cakap no no no kat kita.

Pastu peristiwa yang berlaku masa rissa setahun tiga bulan ni ialah montot dia melecet dengan teruk. Dan dia sembelit. Sian sangat. I terpaksa beli drapolene untuk rissa,tu pun tak tahu ok ke tak. Poor little girl..

Oh ya,tadi timbang..berat rissa sekarang 13.5kg..tinggi 80cm..

Thursday, 16 January 2014

Review : Doll skin foundation sendayu tinggi

Hai.

Kali terakhir aku beli bedak ialah sebelum mengandungkan rissa. Pastu nan hado. Jadi aritu,masa pegi watson,aku gigihlah nak beli barang mekap. Nak beli bedak,tak jadi sebab ada kawan aku yang cun tu (kena puji lebih sikit) kata nak bagi aku bedak. Haha. Jadi aku beli foundation. Ni 1st time aku guna foundation tau. Biasa aku beli two way cake je.

Baiklah. Terus kepada tajuk ye. Foundation ni katanya 3 in 1. Boleh jadi foundation,concealer dan sunsceen. Packaging dia comel. Kotak pink hijau polkadot. Bekas dia pun comel..warna pink. Iols suka sangat.

Aku pilih kaler too pretty sebab aku sedar aku cantik sangat..eh?? Taklah. Aku pilih sebab base dia cam kuning..yang lagi dua tu (too cute dan too sweet) kaler dia cam kemerahan. Itu aku tengok di bawah lampu watson. Sekali sampai rumah,aku tengok di bawah lampu kalimantang rumahku, kaler dia gelap semacam jer. Pffft!! Rupanya too cute tu yang paling cerah,too sweet sederhana dan too pretty yang paling gelap.Bila try kat tangan,nasib baik kaler dia just nice sesuai untuk kulit aku.

Ni review dari aku selaku pengguna doll foundation sendayu tinggi ni ye..

Apa yang aku suka?

-Tak buat muka nampak kelabu.
-Lepas pakai,muka tak oily atau berpeluh.
-Coverage dia bagus.
-Tahan 8 jam.
-Muka nampak natural.

Yang aku tak suka?

-Susah nak dapat. Aku setakat ni cuma pernah nampak foundation ni kat watson je.
-Ada 3 warna sahaja. Tak banyak pilihan. Bayangkan..untuk kulit aku yang orang selalu cakap cerah ni,aku kena pilih the darkest shade. Aku tak tahu ni disebabkan orang suka pakai foundation yang kalernya cerah dari kulit ke apa.

Harga?
Aku beli kat watson. RM34.95..

Apapun..ini pandangan aku hasil dari penggunaan sendiri. Aku suka doll foundation ni sebab kebetulan,dia sesuai untuk tone kulit aku dan paling penting,dia tak buat muka aku pucat atau kelabu.

Wednesday, 15 January 2014

Tips memilih perfume untuk lelaki dan perempuan

Hai.

Rasanya semua orang suka wangi-wangi kan? Aku pun suka. Dan sebab perfume aku dan asben dah abis,maka aku pun gigih mencari perfume baru. So kat sini aku review perfume yang aku dan laki aku pernah guna.

Oh ya,seperti yang kebanyakan orang tahu,perfume ni ada 2 jenis iaitu edp dan edt. Edp ni baunya lagi lasting dan boleh tahan 7-8 jam manakala edt pulak dalam 3-4 jam. Tapi ni bergantung pada badan korang gak ar. Pastu kalau untuk lelaki,memang takde edp. Semua edt. Dont ask me why..aku pun tak tahu. Wakaka..

Perfume for her

Miracle by lancome
Ni ialah favourite aku. Bau dia clean dan tak kuat..takde bau bunga jauh sekali bau buah. Aku tak suka bau buah,harap maklum. Sembur sekali jer,bau dia tahan sampai ke petang. Yang aku suka,bau first note sampai ke last note dia..maintain jer sama. Maksudnya camna ko sembur masa memula tu,camtulah bau dia sepanjang hari. Kalau ko jenis yang tak suka perhatian sangat tapi nak jugak orang sedar kehadiran ko,sila beli perfume ni. Faham tak maksud aku? Orang kena berada dekat dengan ko,baru boleh cium bau ni. Bukan yang jenis sebatu dah boleh hidu bau ko. Harga dia mahal sikit tapi highly recommended!

Tresor by lancome
Ni 1st perfume aku.Bau dia kuat gila hoi. Nyesal aku beli. Memula ko sembur tu,memang ko rasa nak pitam. Tapi lepas dua tiga jam,baru bau dia akan jadi lembut dan sedap. Asben aku suka bau perfume ni so kalau aku nak pakai,aku sembur baju aku siap2 malam ni,esok baru aku pakai baju tu. Bau dia lasting melampau. Aku rasa 2-3 hari pun ada lagi. Lepas mandi pun ada lagi tau tak. Bau dia jenis flowery dan sesuai untuk golongan dewasa,langsung tak sesuai untuk pompuan yang ala2 nak perasan muda cam aku.Tips : jangan sembur banyak nanti ko mabuk sebab siyes,bau dia kuat!

Hypnose by lancome
Aku tak pernah guna tapi bestfriend aku guna perfume ni so tiapkali orang yang pakai perfume ni,aku akan cakap...awak guna hypnose kan? Aku dah jumpa 5-6 orang yang guna dan semuanya aku tegur. Hahaha.. bau dia kuat gak dan jenis bau bunga. Sesuai untuk dewasa. Aku tak berapa gemar sangat. Yang ni pun lasting..

Lovely by sarah jessica parker
Aku sukaaaaa sangat bau perfume ni. Bau dia lembut,bau bunga dan bersih...tak kuat,tak sakitkan hidung. Best sangat. Kekurangan dia..tak lasting langsung walaupun dia edt. Sembur sekali,dalam sejam..bau dia dah hilang. Sedih!!

Gucci rush by gucci
Aku suka sebab botol dia pelik bentuk macam kaset. Bau dia jenis bungaan la tapi bau dia cam untuk orang dewasa. Aku kureng sikit bau jenis gini. Tak sesuai dengan personaliti aku gitew.. wakaka.. gucci rush ni bau dia sangat lasting.

Fantasy dan midnight fantasy by britney spears
Bau buah dan bau dia kuat gila melampau. Aku rasa jarak 10 meter pun ko dah boleh hidu. Perfume britney ni kira murah walaupun dia edp dan bau dia tahan lama. Apapun,nasib baik kawan aku takde yang pakai perfume ni. Aku tak tahan langsung dengan bau dia sebab kuat. Oh ya..antara fantasy dan midnight fantasy,aku pilih yang midnight. Sebab bau dia tak setajam fantasy.

Pleasures by estee lauder
Bau bunga yang sesuai untuk wanita dewasa. Bau dia lembut jer dan lasting,of courselah kan..aku suka gak cuma aku rasa bau dia cam bau orang dewasa je.

Paris hilton for women
Bau dia cam buah..cam bunga. Aku pun tak tau nak describe tapi bau dia macam ko nak makan jer. Aku suka gak la bau dia tapi perfume paris ni bau dia agak kuat. Orang boleh hidu dari jauh. Asben aku tak suka. Menonjol sangat bau dia..

Perfume for him

Hugo boss 6
Awwww...bau dia omg best giler!! Bau dia clean,tak kuat,sweet..lembut je tapi lasting dalam 4-5 jam gitu. Asben aku punya tapi aku pun pakai. Haha..kalau dari 10 markah,aku bagi 8. Bila asben pakai,aku asyik hidu-hidu dia. Eh macan boleh tambah adik rissa je ni..wakakaka..

Starwalker by mont blanc
Ini perfume lelaki yang aku terpaling suka ever. Bau lembut. Best ok. Bestttttt!! Dari 10 markah,aku bagi 9.5 dari segi bau. Tapi kekurangan dia yang paling aku benci ialah bau dia tak lasting langsung. Grrr!!

Oh ya...sebelum beli perfume,eloklah kiranya buat review secara online dulu. Jangan beli melulu sebab mahal oi.
Pastu kalau ko memang nak beli perfume dan ko dah ada bajet,aku nasihatkan belilah di kaunter yang kat mall tu. Sebab kalau beli secara online,pastu ko bayar dua tiga ratus..sekali sampai perfume tiruan..hah acaner?
Bila beli perfume kat kaunter,sila minta miniature. Rugi wei kalau tak minta. Pastu sembur banyak-banyak perfume tu. Haha..

Erk sampai di sini sajalah yer..
Ko nak gambar perfume ke? Alahhhh..aku malaslah nak tepek gambar. Wakaka..lagipun nanti aku ambik gambar kat google gak. Aku tepek gambar perfume yang aku suka je lah ye.Sampai di sini saja kerajinan aku. Bye.

Sunday, 12 January 2014

Perkara yang aku tak sedar tapi aku lakukan

Lama hilang tapi taip pasal ni jer?
Apa-apalah.
Baiklah,asben aku tanya apa hadiah birthday yang aku nak tahun ni?
Aku jawab jer tak tahu sebab aku siyes memang takde idea.
Ikut ati,aku nak pegi kl sebab nak sambut birthday anak kengkawan. Tapi asben susah sikit nak gi kl sebab jauh.. :(
Ok fine,takpe.
Asben nak belikan aku jam.
Sebab aku dah guna jam yang sama dari form 5.
Gila bapak lama..dari umur 17 sampai sekarang masuk 26. 9 tahun ok??

Sebelum ni,asben pernah hadiahkan aku jam masa kami couple tapi aku tak pakai gak jam tu.
Masih gak aku pakai jam ni atas alasan..selesa.
Dan aku takde hati pun nak tukar.
Tadi aku bercerita dengan kawan pasal benda yang sama....

Baru aku perasan sesuatu..
Jam ni...jam mummy aku..

Aku dapat jam pertama masa umur aku 7 tahun.
Masa tu mummy dan uncle belikan.
Then pastu...aku pakai jam mummy.
Masa aku darjah 5,mummy beli jam lagi.
Aku rembat jam tu...pakai sampai aku form 5.
Pastu bila aku form 5,mummy beli lagi jam.
Aku rembat lagi dan guna sampai sekarang..
Sebab jam yang aku pakai sebelum tu,skrin dia pecah time aku berjalan terlanggar tiang.

Walaupun hubungan aku dan mummy ada up and down tapi aku tahu...jauhhhhh di sudut hati aku ni,aku nak pakai something yang buat aku rasa,dia selalu ada.
Touching pulak hati ni.
Even aku sayang laki aku,tapi aku tetap sayang mummy jugak.
Kalau nak tukar jam,aku nak tunggu mummy beli.
Hihihi.. :)
Nanti rissa pun aku nak buat ginilah....

Aku sebenarnya tak perasan pun yang aku gini.
Aku masih pakai cincin stainless steel yang bf aku (asben sekarang) bagi time kami couple.
Aku pakai cincin kawen sebab ntah...aku sayang cincin tu..
Pastu aku pakai cincin pregnant sebab masa peknen..aku ngidam nak beli cincin. Cincin tu remind aku yang aku pernah pregnant.
Rantai pulak aku beli dengan duit sendiri..guna duit epf.
Pendant rantai tu,aku beli guna duit datuk. Duit yang dia bagi kat aku.

Nampak tak yang aku ni sentimental punya orang?
Wakakaka...aku pun tak sedar sebenarnya...
Jadi sekarang aku nak cari hadiah yang aku akan guna selamanya untuk minta dari asben.
Ok tu jer nak membebel..
Bye.