Wednesday, 12 November 2014

Resepi : Ayam karamel semudah ABC

Hai.

Sebenarnya nama asal resepi ni ialah ayam goreng karamel tapi aku alter banyak sangat,so dah tak jadi ayam goreng karamel dah.
Sebelum ni,aku suka masak ayam lekat-lekat micha (alah kau google je,femes resepi ni).
Sekarang dah tukar dah,aku suka ayam karamel ni pulak sebab senang oi. Bahan pun tak banyak.

Ok,marilah kita tengok bahan-bahan ayam karamel versi aku ni. Bahan-bahannya terdiri daripada 1/2 kg ayam ( boleh pakai banyak mana ikut suka hati), tiga ulas bawang putih, 5 sudu teh gula,sesudu teh kicap dan sedikit garam.

Hah,tengok..sikit jer kan bahannya?

Cara-caranya :

Rebus ayam bersama bawang putih sampai ayam masak.

Kemudian,di kuali berasingan, karamelkan gula. Cara karamelkan gula ialah dengan masukkan gula dalam kuali dan tunggu gula tu cair hingga gula tu berbuih-buih.

Seterusnya,bila gula dah berbuih,ambil ayam yang telah direbus tadi,masukkan terus dalam kuali berisi gula. Gaul-gaul.

Pastu,ambil air rebusan dalam dua senduk,masukkan dalam kuali. Masa ni boleh masukkan garam dan kicap sikit. Tak payah masukkan banyak sangat kicap,nanti ayam tu hitam. Haha..

Gaul ayam. Pastu sila tutup kuali tu dengan penutup. Tunggu sampai air tu kering. Masa ni,api tu bagi kuat sikit pun takpe. Bila air dah kering,ayam ni dah cantik,maka siaplah ayam karamel kita.

Boleh makan! Yumssss.. ♥