Wednesday, 8 October 2014

Resepi daging dendeng simple

Hai.

Hari tu masa pegi melaka,mak lin (kawan blogger) sempat masak ayam dendeng untuk hidangan kami. Sedap sangat tau. First time aku makan ayam dendeng. Sampai kat jb ni,rasa teringin nak makan lagi tapi aku guna daging pulak. Nah,ini resepinya. Resepi ni aku google jugak tapi aku alter sikit ikut selera aku.

Bawang putih 3 ulas
Halia 2 inci
Bawang merah yang kecil tu 15 biji
Sedikit asam jawa
Daging setengah kilo
Sedikit gula melaka
Kicap manis
Cili kering segenggam

1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian hiris nipis-nipis dan ketuk daging guna lesung batu.

2. Kisar halus bawang putih,halia dan cili kering.

3. Kupas bawang merah dan hiris halus.

4. Goreng daging hingga agak rangup. Jangan rangup sangat. Agak-agaklah daging macam kering tu,cukuplah tu.

5. Goreng bawang merah hingga naik bau. Aku suka bawang merah kecil sebab rasanya manis. Setelah siap,ketepikan.

6. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit gula melaka dan asam jawa. Masukkan daging yang telah digoreng tadi. Masukkan kicap. Gaul.

7. Masukkan garam/perasa. Last sekali masukkan bawang yang telah digoreng tadi. Aku masuk last sebab takut bawang hangus.

8. Gaul dalam seminit dua,angkat. Kalau kau prefer daging tu basah,lepas masukkan bawang tadi,boleh terus tutup api. Tapi aku suka daging tu cam garing sikit,so aku masak lama sikit.

Aku suka daging dendeng ni. Sedap woooo...masa first time buat tu,aku tak kisar halia dan bawang putih jadi aku rasa tak best sebab aku tak suka makan halia dan bawang putih gitu aje. Sebab tu aku prefer kalau dikisar. Tepuk dada,tanya selera..