Tuesday, 7 October 2014

Make up simple ala korea

Hai.

Poyo tak tajuk? Hahaha. Kalau kau kenal aku,kau akan tahu yang aku sangat gemarkan produk korea dan drama korea. Jadi of course lah bila bersolek,aku akan pilih korean style. Aku suka mekap simple-simple jer sebab takde masa nak mekap tebal pastu aku malas nak ambil masa bersihkan mekap tu.

Nah,inilah cara aku bermekap untuk dapatkan hasil yang natural finish gitew. Produk yang aku gunakan semua murah jer,sebab aku kedekut. Haha.

Produk yang digunakan :

Peripera i love bb cream - aku teramat suka bb cream ni.beli kat watsons harga Rm49.90.

In2it waterproff pen eyeliner - Rm16

Blusher beli kat cosway - aku suka blusher yang warna coral instead of pink. Harga blusher ni ialah Rm10.

Cybercolor auto eyebrow pencil - aku salah beli warna sebenarnya jadi aku selalu campur ni dengan eyebrow pencil in2it warna brown. Harga Rm16.

Eye opener maskara by silkygirl - aku suka sebab tak waterproof,senang nak cuci. Harga rm10.

Nyx stockholm - harga rm26
In2it cherry lipbalm - harga rm6

Cara aku bermekap :

Mula-mula sapukan bb cream. Tak payah guna banyak. Pea size pun okey.

Kemudian aku apply lip balm.

Pastu aku akan gariskan kening. Orang korea suka buat kening yang lurus,takde lekuk bagai untuk bagi effect cute. Bagi aku,kening ni yang terpaling penting..salah buat kening kang muka jadi lain. Sebab tu aku utamakan lukis kening dulu. Lagipun kening aku bukan jenis lebat. Sobss!

Lepas tu apply eyeliner. Orang putih suka buat cat eyes.alah,kau tau kan cara ni. Yang eyeliner jenis melentik ke atas tu. Tapi korea suka puppy eyes. Caranya senang jer. Instead of buat wing pada eyeliner tu,tarik hujungnya ke bawah. Ke bawah ye..bukan atas. Ni akan buat muka kau macam sedih comel gitu.

Kemudian,blusher. Orang korea suka letak blusher pada apple cheek,dalam gerakan membulat. Tapi memandangkan muka aku gemuk berlapis,aku sapu blusher pada cheekbone sahaja. Aku pakai blusher ni nipis jer..tak suka terang-terang.

Ok next pakai nyx stockholm. Aku jarang pakai lipstik. Selalu guna lipbalm jer.

Last sekali,guna maskara. Aku tak pakai eyelash curler sebab nanti rissa nampak,aku risau dia sepit bulu mata dia pulak. Hahaha.

Ok siap! Nak tengok hasilnya? Tengok gambar yer.. Aku memang sentiasa mekap simple camni sebab kejap jer..bawah 10 minit dah siap. Taklah cantik tapi at least muka aku taklah pucat. Selalu setiap pagi aku bersiap 30 minit. Mandi 8 minit,sapu krim dan losyen 10 minit,mekap 10 minit..pakai baju 2 minit. Rambut tu aku sikat dalam kereta jer. Wakaka. Nampak tak betapa pemalasnya..