Sunday, 12 October 2014

Dugaan dalam hidup


Dulu, aku selalu tulis pasal personal dalam blog ni kan? Aku nak ceritakan sikitlah pasal dugaan dalam hidup aku sejak akhir-akhir ni. Wah, kemain sangat kan..

Aku tak tahulah sama ada kos sara hidup di johor bahru semakin meningkat atau apa tapi semenjak dua menjak ni, aku terasa sangat dengan kenaikan harga semua benda. Harga susu rissa naik, harga minyak naik, harga kadar internet naik, astro naik, harga makanan dan minuman di kedai pun naik. Dan itu mengakibatkan aku terasa sangat…..sobbssss!

Pastu, beberapa tahun lepas, saudara aku ada buat loan kereta guna nama aku. Saudara rapat. Masa tu aku memang tak nak, suami pun argue tak bagi tapi aku terpaksa juga benarkan derang guna nama aku. Akhirnya kereta itu dilelong sebab saudara aku tak mampu bayar. Last-last 30 september lepas, aku dapat tahu rupanya aku under ccris. Pening kepala kami suami isteri. Bak kata suami aku, pasni nak beli rumah confirmlah tak lepas unless aku settlekan jumlah yang tertunggak tu. Kalau seratus dua, takpe lagi. Tapi ni berbelas ribu. Sobbssss!

Lepas tu, officemate aku pulak cerita anak saudara dia masa kecik memang selalu sembelit. Jumpa doktor dah check up semua, anak saudara dia ok jer. Tapi tetiba masa budak tu umur 4 tahun, perut dia ada benjol. Hantar hospital, rupanya usus dia tak matang. Kena operate potong usus. Bila dengar cerita dia, aku automatik teringat rissa sebab rissa memang selalu sembelit. Dan aku pun tersedar yang aku memang tiada simpanan langsung untuk rissa, in case apa-apa terjadi pada dia. Ini aku tak minta tau…aku cakap in case.

Maka aku dengan ini berazam, awal tahun depan aku nak clearkan hutang-hutang kecil aku. Dan aku kena stop guna barang yang mahal. Sobbsss lagi.

Aku rancang tahun depan kena ada tabung travel..supaya aku tak kelam-kabut bila time nak bercuti macam hari tu. Bayangkan, masa bercuti tulah aku dan mil tiba-tiba diserang sakit kulit yang teruk dan bateri kereta pulak mati. Pfftttt..melayang duit sebab tu. Semua bajet lari.

Apa motif entri ni sebenarnya? Hahaha…motifnya ialah untuk mengingatkan uols di luar sana bahawa langit tak selamanya cerah tau. Kita kena ada plan B. Jangan jadi macam aku. 

Sekarang ni aku tengah slow-slow nak atur balik kehidupan kewangan kami suami isteri. Nak motivasikan diri, nak rancang perbelanjaan dengan teliti.

Eh, entri ni bukan merungut pasal kesusahan ke apa tau. Aku takde niat gitu pun. Nak berkongsi jer..ok bye..