Thursday, 16 October 2014

Bila anak melecur satu badan

Hai.

Kau baca ye. Ada sorang budak ni umur 2 tahun. Masa tu mak cik dia jaga dia. Tiba-tiba rumah diaorang terbakar disebabkan litar pintas. Badan budak ni dah dijilat api. Disebabkan panik,mak cik dia ambik selimut,terus tepuk-tepuk badan budak tu dengan selimut. Tapi sekali mak cik dia tarik selimut tu,budak tu nangis lagi teruk. Nak tahu sebab apa?

Sebab kulit budak tu tertarik sekali dengan selimut! Kau bayangkan kulit kau terkoyak dari badan. Then mak cik dia peluk budak tu,berguling-guling di lantai. Api pada badan budak tu pun padam. Bila bomba sampai,mendapati bahawa budak tu terlekat pada badan mak cik dia. Badan manusia ada lemak. Sebab api bakar lemak kan...lemak cair,bila keras terus stick pada objek lain.

Doktor terpaksa gak pisahkan derang serta merta tapi akibatnya,badan budak tu terbakar 90% . Jari dia tanggal. Rambut dia habis melecur. Kulit muka dia melecur dengan sangat teruk. Budak itu perlu menjalani pembedahan hingga berumur 19 tahun.

Sekarang budak tu 12 tahun. Dia tak sekolah sebab takde sekolah nak terima dia. Budak lain takut tengok dia. Even nak makan jajan pun tak boleh sebab dia takde jari nak kepit jajan tu. Nak jalan kat mall pun susah sebab nanti orang pandang-pandang,takut tengok dia. Dia tanya...kenapa dia takde kawan?

Ini kisah benar tau. Masa aku kursus tu,aku sebak dengar penceramah tu cite. Sebab rissa baya budak tu.

Penceramah tu kata kadar kebakaran di malaysia sangat tinggi. Berlaku setiap hari. Banyak nyawa terkorban. Di negara maju seperti jepun,korea,singapura...setiap rumah diwajibkan ada smoke detector,setiap hotel atau mostly tempat awam,ada full face mask disediakan,setiap sekolah sering ada latihan fire drill yang serius,setiap rumah wajib ada pemeriksaan wayar setiap 5 tahun!

Aku bagi sedikit tips mencegah kebakaran dari penceramah tu ye :

1. Smoke detector. Kita mak bapak ni sanggup belikan anak baju mahal,kasut ratus-ratus,bilik anak siap ada aircond,belikan gajet ( ya,aku tak malu cakap aku tergolong dalam kategori ibu bapa ini) tapi kita tak sediakan smoke detector...benda yang boleh mengesan asap kebakaran dalam 10 saat yang pertama.

Smoke detector ni harganya dalam RM169  (lain jenama,lain harga). Tahan untuk 10 tahun. Berbaloi sangat harga dia sebab boleh guna lama sangat.

Kita mesti cakap alah kalau kebakaran,aku tahulah! Tidak yer. Sebab 90%  kebakaran berlaku antara pukul 2-6 pagi dan kajian menunjukkan semasa manusia tidur,hidung dia tak berfungsi. Abis cane nak hidu bau asap? Kalau nak kata alah takpe. Kalau kebakaran,kita boleh rasa panas haba api tu. Ye.....bila badan kau dah boleh rasa haba panas,tu maknanya api dah sangat dekat,kematian pun sangat dekat yerr.

Kan bagus kalau kerajaan malaysia provide setiap rumah dengan at least 1 smoke detector instead of naikkan brim. Hmm. Aku rasa nyawa rakyat lagi penting dari duit yang konon dapat beli barang dapur,minyak dan bekalan beras untuk setahun tu.

2. Check wiring rumah setiap 5 tahun, atau at least 10 tahun. Litar pintas ialah punca utama kebakaran di malaysia. Bila kita on suis lampu,wayar jadi panas. Bila kita off,wayar tu sejuk. On off on off...lama-lama pembalut wayar tu pun rosak sebab asyik panas sejuk panas sejuk. Bila pembalut wayar tu rosak,maka apa berlaku? Litar pintas.

Katakan badan kita terbakar. Apa nak dilakukan?

A. Ambil pasir,tuang atas diri sendiri.
B. Campak diri dalam air.
C. Gulingkan badan ke kiri dan ke kanan.
D. Tutup badan dengan selimut.

Kalau kau buat A,memang api padam tapi pasir tu mengandungi kuman ye. Kau bayangkan sekarang ada pasir yang banyak masuk ke badan kau yang melecur tu. Kau akan terkena jangkitan kuman,boleh meragut nyawa.

Kalau kau buat B,besar sangat kemungkinan dia kau takkan selamat. Sebab apa? Cuba amik besi yang panas terbakar. Letak dalam air. Bila kau amik semula besi tu,kau try bengkokkan besi tu. Bengkok ok. Sedangkan besi pun bengkok,apatah lagi segala urat saraf sel kulit kita.

Kalau kau buat C, yes betul. Itu yang kau patut buat. Tutup muka dengan tangan dan gulingkan diri ke kiri dan ke kanan. Tapi kalau pregnant woman,atau orang yang lumpuh..susah nak berguling ni. Sebab tu smoke detector tu penting. At least kita boleh selamatkan diri terlebih dahulu.

Kalau kau buat D, contoh dia macam cerita budak di atas. Kulit kau akan tanggal.

Sebaiknya,bila badan terbakar,semburlah guna pemadam api yang sesuai. Pemadam api ada pelbagai jenis. Jangan sembur suka ati jer.

Kebakaran ni boleh berlaku di mana-mana. Tak semestinya rumah jer tapi rumah tempat keluarga kita kan? Tempat anak kita. So at least,make sure rumah kita selamat.

Pemadam api pun penting sebenarnya walaupun aku tak reti guna. Tapi elok juga,rumah dan kereta ada pemadam api yang diletakkan di tempat yang mudah diakses. Jangan beli pemadam api,pastu letak kat bonet kereta. Camna nak ambik kalau berlaku kebakaran?

So tu jer ceramah hari ni.
Jagalah keselamatan kita sekeluarga.