Monday, 1 September 2014

Resepi ikan keli masak lemak cili padi

Asyik tayang resepi jer. Hehe..
Aku dapat resepi ni dari kak mimy hamid.
Resepi masak lemak yang paling senang dan yang penting,sedap!

Ok,bahan-bahannya mudah jer.

Ikan keli dua ekor yang telah disiang dan dipotong (boleh jer guna apa-apa seafood yang lain macam udang ke,ikan yang selain ikan kel,sotong dan lain-lain)

Santan 200 ml - aku guna santan serbuk tu.pastu bancuh dengan air bagi cukupkan 200ml

Kunyit 4cm
Serai 2 batang
Cili padi secukup rasa
Garam dan gula
Air kosong 300ml

Hah,itu jer. Mudah gila kan?

Mula-mula tumbuk kunyit dan cili padi.

Titikkan serai.

Kemudian,tuangkan santan ke dalam periuk.Masukkan juga air kosong tadi.

Masukkan juga bahan tumbuk iaitu kunyit dan cili padi serta serai ke dalam periuk.

Tunggu hingga mendidih.

Masukkan ikan keli.

Bila kuah mendidih lagi sekali,masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebentar. Siap!

Kalau korang masak ayam/daging/itik/kambing,masukkan dulu daging ni bersama kunyit dan cili padi tadi sehingga daging tu mengeluarkan air dia sendiri,barulah masukkan santan.

Ok,sekian resepi mudah kita kali ni.

*ikan keli aku ni memang nampak berminyak walaupun aku tak letak minyak masak.pffttt.nasib baik sedap.