Tuesday, 19 August 2014

Video youtube yang banyak membantu mengajar anak

Hai.

Aku kadang-kadang bagi rissa tengok youtube.
Tapi aku bagi dia tengok video yang berfaedah jelah.
Yang tak berapa berfaedah tu,aku tak galakkan dia tengok.
So meh aku review beberapa video youtube yang best dan ada di handphone aku khas untuk tia clarissa.

1. Busy beaver's collection of colour,numbers and alphabet

Video busy beaver ni panjang. Paling pendek pun durasi dia 25 minit. Sebab tu aku suka. Contohnya video dia pasal warna. Dia akan ulang benda tu berkali-kali okey..sampai aku pun boring tapi seperti yang kita maklum,nak ajar budak ni kita kena pakai repitition. Kena ulang-ulang. Rissa tengok video-video ni empat lima kali..dia dah hafal dah. Bagi aku video-video ni wajiblah download lebih-lebih lagi yang video colour tu.

2. Video dibo the gift dragon
Aku sukaaaa video ni sebab video dia cantik! Lagu dalam ni banyak sangat tau. Video ni durasi dia 37 minit. Salah satu video kegemaran rissa. Lagu dia pun bukan lagu saja-saja jer tapi ada lagu brush your teeth,table manner,yang im sorry tu..banyaklah lagu dia..

3. Video abc
Aku banyak cari video abc tapi yang ni rissa paling suka sebab music dia best.

Oh ya,video ni semua aku download guna clipfolder. Korang download apps tu,pastu nanti korang boleh download semua video youtube yang korang suka. Nak tahu video yang aku paling suka bila tengok berkali-kali pun gelak berguling?

Korang search kat youtube....runningman dancing. Ni kelakar gilerrrr...paling kelakar bila part ending tu. Hehe...ok bye.. :)