Tuesday, 12 August 2014

Tips mengajar anak membaca

Hai.

Semalam dah janji kan nak buat entri yang berfaedah.
So kat sini i nak share cara i mengajar tia clarissa membaca.
Mungkin ada yang berpendapat terlalu awal tapi ilmu ni sepatutnya boleh dituntut tak kira usia kita kan?
Betul tak?
Untuk permulaan,aku ajar rissa abc.
Sebenarnya lebih elok untuk ajar rissa membaca guna kaedah phonic tapi aku tak reti phonic ni so guna jelah apa yang ada.
Tak,rissa tak confuse. Anak-anak kita ni dilahirkan bijak ye..never underestimate them.

So aku terjumpa flash card key words with peter and jane dan decide untuk beli. Harga asal RM21 tapi lepas dapat diskaun RM16 jer..berbaloi kan? Material flashcard ni macam flashcard lain juga..kertas keras putih. Dalam kotak ni,ada 50 flash card tapi derang print depan belakang so semua ada 100 huruf.

Aku ada baca kat google juga,tak salah kita ajar anak kita membaca walaupun dia tak faham maksud perkataan tu. Nanti lama-lama dia fahamlah. Contoh ritu kawan ku share peribahasa seperti membuka pekung di dada dan rupanya ramai yang tak tahu pekung tu apa termasuk aku. Tapi kita semua faham maksud dan penggunaan peribahasa tu kan?

-pekung bermaksud kudis atau kurap-

Dalam flash card ni,dia ada bagi panduan nak ajar anak. Memula perkenalkan anak dengan perkataan yang simple je. Contoh macam you,up,down dan sebagainya..sambil tu tunjuklah up tu apa..down tu apa. Benda simple camtu.

Aku ajar rissa flash card ni macam aku ajar dia abc jugak. Aku tunjuk kat dia sekali sehari..kalau dia berminat. Kadang-kadang datang angin dia tu,dia tak nak ok. Pfftt. Tapi jangan paksa anak. Tujuan kita nak bagi anak familiar bukan nak bagi anak dapat ijazah di umur 2 tahun kan?

Aku recommend la flash card peter and jane ni. Korang bolehlah try beli. Kalau nak diy pun boleh. Kita usaha sama-sama ajar anak kita yer...