Thursday, 21 August 2014

Tia clarissa hilang!

Hai.

Hari ini dalam sejarah.
Selama ni,masa kat mall,aku selalu dengar announcement kata orang hilang anakla,anak ditemui lah...
Tapi tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang benda tu akan jadi pada aku sendiri.
Kisahnya begini..

Aku,asben dan rissa masuk ke daiso.
Pastu kat daiso kan banyak rak.
Asben berdiri di rak di belakang aku.
Rissa pulak belek barang sebelah aku.
Pastu rissa berjalan ke belakang dan aku dengar asben cakap..rissa,no..
Dia cakap no sebab rissa nak ambil mainan tukul yang berbunyi tu.
Tapi budak,kau tahu jelah...bila kita cakap no,dia bukan nak dengar..
Rissa ambil mainan tu,pastu aku dengar dia cakap oh mama.
Aku tahu dia cari aku.
Bila aku toleh,dia takde!
Terus aku pegi kat asben tanya mana rissa?
Asben cakap ada ni..mesti ada di sebalik rak.
Masalahnya aku dah tak dengar suara rissa dah.
Sebab aku tahu bila cari orang,rissa akan cakap oh mama...oh papa..oh no,mama..dia memang semua benda asyik oh oh..

Aku dan asben berpandangan.
Dalam kepala masing-masing,aku tahu kami dah maklum bahawa anak kami hilang.
Asben cari rissa.
Aku pulak terpaku tak tahu nak buat apa.
Sesungguhnya aku teramat panik masa ni.
Dalam hati dan otak aku cuma fikir satu...anak aku dah hilang.
Lepas aku aku perasan seorang auntie cina ni pandang aku dan tunjuk ke luar kedai.
Aku keluar...aku tengok arah yang auntie tu tunjukkan.
Takde apa pun??
Aku tak nampak rissa pun.
Tapi auntie tu masih gak tunjuk-tunjuk.
Aku fokuskan mata dan nampak kat hujunggggg koridor tu ada budak pakai baju merah sedang berjalan.
Jauh ok dia dari aku.
Jauh sangat..dia berada di penjuru koridor.
Kalau dia belok jer,confirm aku tak nampak dah dia.

Cepat-cepat aku lari kat rissa.
Bila sampai kat belakang dia...aku masih dengar dia oh mama..oh papa tu dan tengok tangan dia ada hammer mainan dia.
Ya ampun rissa..dahlah hilang,ambik barang kat kedai pulak tu.
Bila aku panggil rissa...dia pandang aku dan senyum.
Pastu panggil..mama!

Inilah kisah rissa hilang.
Walaupun benda tu sekejap sangat tak sampai lima minit pun,tapi aku dah cukup panik.
Aku dah ready nak nangis jer time tu..pfttt nasib baik aku bermekap jadi kebarangkalian nak nangis tu susah sikit.
Yelah nanti mekap mak comot.

Syukur Tuhan masih beri kami peluang jaga rissa.
Korang yang ada anak,hati-hati tau.
Jangan biarkan anak hilang dari depan mata.
Apa-apa je boleh jadi.