Sunday, 10 August 2014

Sesi borak-borak

Hai.

Berzaman tak update blog.
Wakakaa..aku malaslah. Dulu aku salu update blog sebab memang takde life sangat. Tak tau nak bercerita dengan sape.
Sekarang,kengkawan dah ramai,jadi macam malas lak nak cerita. Haha. Nampak nar dulu takde kawan.
Ok apa-apa pun meh update pasal tia clarissa..

Rissa sekarang dah big girl sangat.
Badan jer besar dia tu..tapi masih nak didukung cam baby.
Tak lama lagi rissa dua tahun.
Aku dan asben ada plan untuk bawa rissa bercuti bulan oktober nanti.
Bercuti dekat-dekat jer walaupun hati nak pegi korea. Hahaha.
Jadi bulan depan kenalah aku berjimat cermat tak-boleh-beli-barang-kecantikan dah. Sobss.
Takpe,demimu anak.
Apa lagi pasal rissa ye?
Ohh..sekarang selera rissa dah ok dah.
Jadi badan dia naik sikit.
Cuma yang peliknya,kalau makan nasi,mesti nak ada aiskrim.
Kira macam sesudu nasi,sesuap aiskrim.
Aku bagilah dia makan aiskrim tu dah dia nak sangat kan?
Tapi ku bagi aiskrim vanilla jerlah.
Gigi dah ada banyak tu...risau aku kalo gigi dia rosak.

Pasal aku? Aku makin gemuk sekarang.
Ingat nak try satu produk menguruskan badan dan poket ni.
Ekeke..mahal noks! Kau ingat nak cantik ni murah ke?
Takpe...simpan duit..simpan duit..
Khamis ni,tempat kerja aku ada dinner.
Aku tak sabar nak pegi..
Nanti kalau aku rajin,aku up sikitlah pasal ootd aku.
Ok sekian sesi borak-borak...bye!
Next time aku update benda yang berfaedah ye..