Saturday, 30 August 2014

Resepi sambal tempe ikan bilis

Dah lama tak makan sambal tempe,aku teringin lak nak makan. Tapi aku ni cerewet sikit. Aku suka sambal tempe yang aku masak jer..hehe. Meh aku share resepi buat sambal tempe yang senang dan sedap.

Bahan-bahan :

Sepeket tempe segar (yang dalam plastik tu)
Segenggam ikan bilis
Sesudu kecil asam jawa
Dalam 3-4 batang cili kering (nak pedas,bubuh lebih)
Sesudu kecil serbuk cili (letak sebab nak bagi kaler dia merah)
Sebiji besar bawang merah
Dua ulas bawang putih
Minyak untuk menggoreng.
Garam dan gula secukup rasa

Hiris tempe nipis-nipis.
Gaulkan dengan garam secukupnya.
Asingkan.
Kupas bawang. Kemudian,blend bawang bersama cili kering.
Panaskan minyak masak. Letak banyak sikit pun takpe.
Goreng tempe hingga kuning keemasan.
Keluarkan tempe.
Goreng pulak ikan bilis hingga rangup.
Kemudian,keluarkan ikan bilis.
Tumis bahan yang dikisar tadi.
Hah,ini yang penting.
Tumis sampai pecah minyak yer..
Kalau tak,nanti tak sedap sebab rasa bawang tu macam.mentah.
Masukkan asam jawa,garam dan gula.
Dah agak-agak ok, masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Gaul hingga rata.
Tutup api.
Siap!
Masa gaul tu buat cepat-cepat tau.
Sebab takut kang tempe dan ikan bilis tu hilang kerangupannya..

Senang kan?