Monday, 18 August 2014

Pengalaman mekap macam artis

Hai.

Poyo tak tajuk? Hahaha..meh aku cite. Hari tu tempat kerja aku ada menganjurkan majlis makan. Tema majlis ialah warna warni aidilfitri. Skema sangat tema kan?
Aku sebenarnya tak nak pergi.
Hahaha...sebab aku memang tak suka benda-benda ramai orang ni. Segan.
Tapi bos aku dah cakap pergilah..pergilaahhh..maka aku pun pergi.
Bila dah nak pergi,datang pulak pelbagai masalah lain seperti nak pakai baju apa,nak mekap camna,kasut apa,rambut camna...
Adeh. Tu yang susah jadi perempuan kan?

Pasal baju,aku dah tanya kat kawan-kawan kedokians (kawan blogger aku) nak pakai baju apa.
Sorang dari mereka suggest aku ambik jer baju dia.
Dia pernah pakai sekali jer baju tu. Dia tak nak pakai lagi sebab dia dah kurus.
So,aku pun beli jer baju preloved ni.
Masalah baju selesai.
Tapi,bila baju sampai,mak mertua aku cakap nampak flat pulak dada mak jemah ni pakai baju tu. Sobsss!
Yelah,kain chiffon kan.
Terpaksa pegi alter..sobs!

Pastu kawan sekerja aku pulak suggestkan kami guna khidmat make up artis (ig dia fendy_fbcc) untuk mekap.
Alah,biasalah kan perempuan nak mekap-mekap ni. #jangankecamiols
So kalau ada sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan mekap yang murah dan cantik di johor bahru,boleh cari fendy ni. Dia baik sangat tau!
Tapi kalau kau nampak muka mak ni buruk lepas dimekap,itu bukan salah fendy...memang muka ku tak berapa nak lawa,nak buat cane kan? Hahaha..
Mekap dan rambut settle.

Kasut? Hah..aku dah beli kasut rega 20 hengget nak pegi dinner tapi kengkawan aku dah buat muka kata kasut aku tak glam langsung. Hahaha. Jadi kawan aku bagi pinjam kasut adik dia kat aku. Nampak tak betapa kesiannya aku ni? Adoii!

Tengah bersiap tu pulak,kawan baik aku tegur...laa,tak pakai earing ke?Adeh..aku ni mana ada nak beranting bagai ni. Gatal telinga. Pastu dia pinjamkan aku earing dia. Taklah kosong telinga aku. Rantai yang aku pakai masa dinner tu pun adik kawan aku pinjamkan jugak. Wakaka!

Hah,semua dah settle kan? Walaupun barang pinjam jer tapi dah orang baik hati nak pinjamkan,aku terima dengan senang hati. Aku selit dua gambar aku lepas mekap ye. Dua jer...hehehe..