Sunday, 24 August 2014

Meet the blogger - rara dan zura

Hai.

Entri panjang. Penat aku taip.

Sebenarnya kan,aku dah taip panjang-panjang entri ni tapi terdelete pulak. Jadi aku gagahkan taip semula.
Jumaat lepas,aku jumpa dengan kawan baik blogger aku iaitu safura.
Camna aku baik dengan rara?
Hah,dalam semua blogger,aku boleh dikatakan paling rapat dengan rara sebab satu,beza umur kami setahun je. Dua,sebab saiz kasut dan tinggi kami sama..eh apa.kena mengena? Tiga,sebab princess dan rissa pun beza umur 3 minggu je. Tapi aku dan rara jarang bincang hal personal. Lebih kepada hal-hal kecantikan je. Almaklumlah dua-dua kemaruk nak lawa dan KURUS. Hahahaha.

Kami janji nak jumpa di country height garden,danga bay. Aku dah agak rara ni. Dia kan ratu selfie,so sah-sah nak jumpa kat tempat yang strategik untuk bergambar. Kan rara kan? Nasib baik enset dia tertinggal,kalau tak ntah berapa ratus gambar dia ambik.

Aku,mak mertua dan rissa sampai awal, 5.30 petang kami dah sampai dah. Bawa rissa jalan-jalan dan bergambar kejap. Pastu 6.30 petang,rara whatapps kata dia dah sampai. Aku pegi kat rara. Dari seberang jalan,aku dah nampak dia..wah,cantik giler kot perempuan ni! Macam sharifah sharifah muka dia. Padahal kat gambar tak secantik tu pun. Terus aku rasa insecure. Hahaha.

Pastu kami jalan-jalan kat taman tu. Bergambar. Princess macam moody sikit sebab baru bangun tido. Auntie pegang pun tak nak. Nasib baik mood rissa ok je petang tu. Siap senyum,nak bercakap.. Tapi seronoklah jumpa rara. Mak rara pun baik sangat tau. Siap boleh berbual dengan mak aku.

Cite kelakar. Aku ada nampak family dengan anak lima. Anak dia macam sorang umur 5,4,3,2 dan sorang lagi baby 4 bulan gitu ar. Pastu aku cakap kat rara...

''Ra,u tengok tu ra. Ramai anak dia. ''

Yang rara pulak buat muka tercengang siap mengucap. Hahahaha. Kelakar!

Bila jam dah almost 7.30 petang,kami pun balik. Nanti ada rezeki,datang lagi tau ra. Tak puas jumpa rara. Tak sempat duduk berbual pun. Masa balik tu,kepala aku dah berdenyut-denyut dah. Sebab taman tu panas oi. Malamnya,aku migrain. Aptb!

Next....

Esoknya,aku bangun lambat. 9.30 pagi baru bangun. Tu pun sebb rissa dah cucuk mata aku. Buka enset,aku tengok sorang lagi kawan blogger aku,zura mesej aku.

' Fi,aku dah on the way ke jb ni. Ko nak jumpa aku tak?'

Aku punyalah terkejut sebab ingatkan zura nak jumpa time tu jugak. Yelah,iols baru bangun. Tapi of courselah aku nak jumpa zura. Selama ni asyik sembang kat handphone je. Kami janji nak jumpa pukul 3.00.petang di plaza angsana. Yang aku ni pulak,pukul 2.30.petang,baru terhegeh nak bersiap.

Eh jap...camna aku baik dengan zura?
Sebenarnya aku taklah rapat dengan zura secara peribadi tapi zura tahu banyak pasal aku sebab kami ada group dalam telegram. Jadi bila jumpa zura,aku rasa macam nak pegi jumpa adik beradik je. Yelah,tiap ari.bersembang. Tak kuasa nak segan-segan kat dia.

Sampai je,aku whatapps zura. Dia boleh reply balik cakap nebes nak jumpa aku.
Pffttt. Aku ni punya kelam kabut,langsung tak sempat nak berdebar.
Kitaorang jumpa kat secret recipes.
Jumpa kejap je.
First jumpa zura,aku tegur yaya..hehe. Masa ni baru aku nervous.
Yang kelakarnya,yaya panggil aku kakak.
Aku nak ambil gambar dengan yaya,dia ambik hp aku,senyum pastu tekan sendiri snap.
Pastu cakap nak tengok.
Adoiii...ikut perangai sape ni?
Borak jap..zura kata yaya berak. Dia nak cari babyroom.
So aku temanlah zura ke babyroom.
Lupa nak cakap...zura ni kurus oi.
Memang hot stuff sangat.
Aku pandang je kaki dia pastu pandang kaki sendiri yang macam kaki pemain ragbi. T_T
Aku cakap gitu bukan apa. Sebab dulu zura ni saiz xxl...sekarang saiz m.
Aku pulak dulu saiz xl..sekarang pun saiz xl. T_____T

Lepas tukar pampers yaya,kitaorang ambik gambar jap pastu zura pun balik.
Diaorang ada urusan.
Itu jelah pertemuan kami yang sekejap.
Zura lak asyik ambik gambar guna 360. Dahlah aku tak.lawa kalau pakai 360..adeh..ko saja eh zura? Adoi. Tapi redha jelah aku sebab tu je gambar yang ada.

Rara dan zura..happy tau jumpa korang. Walaupun kejap jer. Korang lawalah..ni kang remind aku nak tanya rara guna eyeliner dan eyeshadow apa. Hahhaha..pastu nak tau jugak zura guna blusher apa. Adeh,apsallah kengkawan aku ni terer mekap? Aku ni lak comot dengan mata ketumbit aku ni.
Geram betul.
Jumaat nak jumpa rara,khamis tu mata aku tumbuh ketumbit.
Sakit pulak ati ni. Saja je nak sabotaj aku tau ketumbit ni. Grrr..

Ok..itu je. Bye.