Thursday, 24 July 2014

Tips mengatasi masalah kulit muka

Hai.

Selamat hari raya!
Disebabkan aku lama dah tak buat entri,aku nak selit sikit entry pasal penjagaan kulit muka.
Walaupun bila aku ambil gambar,kulit aku macam ok je tapi hakikatnya,aku masih gak harap keadaan kulit muka aku adalah lebih baik.
Tapi,sejak aku try beberapa produk ni,masalah kulit muka aku dah semakin berkurangan tau.
Seriously!

1.Masalah kulit muka yang tak licin dan halus
Bila sentuh muka,rasa muka ni kasar dan tak licin walaupun takde jerawat. Untuk masalah ini,aku guna krim malam nour ain. Memang sangat berkesan. Pakai dua tiga kali jer,confirm dapat rasa condition kulit lebih licin. Confirm tau. Aku selalu guna dalam selang dua ke tiga hari sekali. Sebelum guna,bersihkan muka. Spray toner nour ain dan sapukan krim malam nour ain. Esoknya muka rasa lebih halus dan licin.

2. Masalah kulit muka gelap.
Kulit aku jenis kuning langsat tapi sejak aku guna krim malam nour ain,kulit muka aku at least satu tona lebih cerah dari biasa. Serius!

3. Masalah jeragat.
Muka aku belum ada jeragat. Tapi untuk mengelakkan jeragat yang biasanya berpunca dari sinaran uv,aku pakai sunblock. Dulu aku ingat uv protection yang biasanya ada pada bedak dan krim muka kita adalah mencukupi tapi silap tau. Guna sunblock separately. Sunblock ni boleh jadi make up base juga. Kalau rasa macam alah lecehnya nak tepek macam-macam,guna sunblock jer dah cukup. Cuci muka,sapu toner dan sunblock. Ini wajib. Aku guna sunblock nutox. Harga dia mur mur je bak kata kak senduk. Banyak review kata sunblock biore best tapi muka aku alergik dengan biore (aku tak tahu apsal). Nutox ni best. Tak berminyak,tak gatal,tak berbau dan muka tak rasa berat.

4. Masalah pori besar.
Walaupun aku dah pakai toner,tapi pori aku masih gak obvious. Pori muka memang tak dapat dikecilkan ye. Sama ada kau prevent sebelum ianya berlaku atau kau guna something untuk buat pori kau tak ketara. Tapi sejak aku guna pencuci muka nivea pore minimizing ni,pori aku dah tak obvious sangat. Adalah juga tapi tak ketara macam dulu. Aku suka produk ni tapi sayangnya ia dah tiada di pasaran. Nivea sparkling white pore minimizing cleanser. Tapi takyah risau sebab sekarang banyak je pencuci muka yang fungsi dia meminimumkan pori gak. Selain tu,pencuci muka nivea ini juga menanggalkan light make up.

5. Masalah jerawat.
Aku jarang ada jerawat tapi kalau ada sebiji dua tumbuh,aku guna salah satu dari tiga produk ni ikut kerajinan. Kalau paling rajin,guna mary kay botanical effect mask. Sebenarnya apa-apa mask pun boleh kecutkan jerawat. Janji rajin je. Produk kedua,origins scrub. Skrub muka,biarkan selama 5-10 minit dan bilas. Last sekali,guna krim malam nour ain. Esok bangun pagi,kecutlah jerawat tu.

6. Masalah kedut bawah mata.
Masih cari penyelesaian.

7. Masalah oil seeds bawah mata.
Sama jugak tak tau nak buat apa.

Setakat ni,keadaan kulit muka aku ok sikit setelah guna semua produk ni. Harga dia mostly ok kecuali skrub origins tu tapi skrub tu sama je macam skrub lain..Gambar ni muka aku pakai skincare dan lip balm je. Takde bedak bagai. Dah improve sikit berbanding dulu rasanya..hehe..

Ok tu je..bye uolsss!