Sunday, 13 July 2014

Perkembangan tia clarissa

Hai rissa,

Mama lately ni malas sangat nak update blog. Tak,bukan sebab mama dah tak peduli perkembangan awak tapi mama malas....lagipun tabung nuff mama sama jer tak kira mama update ke tak.
Pfffttt naik 20 30 sen jek!

Meh mama update sikit perkembangan awak setahun 9 bulan ni..

Awak dah ada 11 batang gigi. Sebenarnya bila mama tengok anak kawan mama,semua gigi derang dah full. Awak ni jenis lambat tumbuh gigi la cha..kelakar. Kalau budak lain sebaya awak dah boleh makan sendiri,awak ni baru nak belajar mengunyah. Adeh...tulah manja sangat!

Bab makan,awak masih on and off. Tapi selera awak bulan ni adalah ok. Apa orang lain makan,semua awak nak. Makanan kegemaran awak adalah karipap kentang walaupun intinya pedas. Bila terasa pedas,awak tak nangis. Awak capai cawan awak dan teguk air banyak-banyak.

Hari tu mama dan papa bawa awak ke taman hello kitty. Awak suka sangat! Masa tengok show barney,awak siap menari sekali. Mama happy tengok awak tak segan nak bergaul dengan orang. Nanti kalau ada rezeki lebih,kita pergi lagi ya.

Hah,13 jun lepas,kita pergi kuching. Tu first time awak jumpa uncle awak,abang kepada papa. Awak takut kat dia. Bila dia pegang,awak tepuk dada cakap scared. Pffttt..tapi macam biasa,awak baik je kat kuching. Tak buat perangai pun. Betul kata orang,kalau anak masa baby susah nak jaga,bila dah besar dia akan memudahkan kita.

Awal bulan julai ni,awak batuk. Pastu selsema. Pastu terus berjangkit kat mama. Nasib arini awak dah ok. Mama sapu garlic oil kat tapak kaki awak sepanjang malam. Masa batuk tu yang paling haru sebab awak tak reti keluarkan kahak. Malam-malam awak batuk,mama tepuk belakang nak suruh awak muntah pastu awak nangis sebab awak nak tido. Hailah anak...

Ok,setakat ni jer...mama nak keja..