Tuesday, 15 July 2014

Pekasam daging punya cerita

Hai.

Aku jarang tau lepas cuba sesuatu tu terus gigih taip dalam blog.
Tapi yang ni aku teruja sangat.
Hari tu,aku terbaca entri rara pasal pekasam daging.
Disebabkan aku kira close jugakla dengan rara,jadi bila dia kata ni sedap,aku terus percaya bulat-bulat.
So aku pun order pekasam ni dengan yatie (blog dia i am mrs lee) alah aku takleh tepek link..

Aku beli,semalam sampai.
Mak aku kata,eh keciknya pekasam ni.
Bila tengok pek dia,aku pun macam haahlah keciknya,mesti isi dia sikit.
Pagi ni,aku terasa nak makan pekasam.
Aku buka pek dia,ehhhh banyaknya daging.
Isi dia besar,pastu setiap daging dia disaluti beras.
Ingatkan daging dia sikit...
So aku just ambik 3 ketul daging tu dan hiris nipis-nipis.

Cara aku masak pekasam ni senang jer..
Lepas hiris daging nipis-nipis,aku hiris pulak bawang besar sebiji dan cili padi sebiji.
Cukuplah sebiji,pedas ni,kang aku sakit perut.
Kemudian,panaskan minyak.
Masukkan bawang dan cili. Goreng sampai bawang tu betul-betul layu.
Last sekali masukkan daging.
Goreng sampai masak.
Tak payah campur garam,gula,ajinomoto ke apa ye..ni dah sedap secukup rasa.

Lepas tu,siap.
Sedap oi makan dengan nasi putih..
Aku rasa kalau ikut perut aku ni,mau aku tambah berkali-kali.
Pekasam ni tak bau langsung,so kalau orang yang jenis tak tahan bau busuk,memang sesuai.
Aku jenis redah jer..lagi busuk lagi aku suka. Wakaka.
Dah makan terus rasa nyesal,apsal la beli dua bungkus jer....sobss!

Trylah pekasam daging ni...sedap sangat..