Wednesday, 9 July 2014

Kedokians??

Hai.

Ni meh aku nak cerita sesuatu.
Satu ari tu,aku ada terbaca post di fb mengatakan susu s26 tu haram maka since aku selalu baca blog kak mimy,aku komen dia di ig dan aku beritahu dia.
Minta dia semak sebab fayel minum susu tu.
Then kak mimy invite aku join group derang...pastu whatsapp group jadi glamour lalu satu group ni pun ditubuhkan.

Mulanya,ramai sangat dalam group tu.
Dalam 50 orang kot....
Pastu satu-satu keluar,yelah mungkin tak serasi.
Atau husben tak bagi sebab menjejaskan perhatian terhadap rumahtangga.
Kami yang tinggal pun oklah..keputusan orang,kita kena hormat.

Kami dalam tu nak kata rapat,tak juga.
Ada je kami tak puas ati terhadap masing-masing.
Yelah,kau tak pernah gaduh dengan adik beradik kau?
Tapi kami cuba selesaikan masalah kami.
Ada yang tertanya,kami cakap pasal apa...
Macam-macam.
Cerita pasal resepi,anak..hah pastu bila ada yang pregnant,kami kat dalam tu yang 1st tahu dari zaman senah tu tak piyed sampai ke masuk toilet buat upt,semua kami tahu. *hai senah
Dari baby tu sekecil-kecilnya sampai dah pandai jalan,pun kami update masing-masing.
Sampai aku boleh hafal nama anak masing-masing.
Hah,bincang pasal rambut camna ek sesuai untuk muka.
Pasal shampoo apa bagus,lipstik apa best,kat mana ada sale...
Bila ada big bad wolf,tolong belikan untuk each other.
Bila ada yang pegi oversea,tolong ambikkan pasir dari oversea tu sebab kawan kat sini jakun....tak dapat tengok live,tengok pasir negara tersebut pun jadilah.
Pastu cerita apa lagi ek?
Hah,bila ada yang tak kenal bunga lawang,ada yang rela offer diri nak poskan semata-mata sebab kawan tu tak kenal. Cis!
Hahahha..
Tengok,best kan?

Kami dalam tu tak pernah sunyi.
Ada je sembang.
Tapi kami ada life..siap boleh buat bisnes,tambah anak,sambung study,masak untuk laki...hah,ada life bukan?

Pastu baru-baru ni aku ada kesulitan dalam hidup.
Diarang semua pakat tolong aku.
Aku rasa terharu sangat.
Sebab aku tak sangka ada orang yang masih nak berbuat baik zaman sekarang ni..
Padahal aku tak pernah jumpa pun mereka semua.
Teringin nak pegi kl,nak jumpa derang..
Nak cakap terima kasih personally.