Thursday, 5 June 2014

Tia clarissa dan makanan baru

Hai.

Aku ni jenis mak ikut buku.
Sanpailah umur rissa setahun empat bulan gitu,aku memang langsung tak bagi dia makanan yang tak elok.
Macam keropok,gula-gula,coklat,air manis dan sebagainya.
Sekarang,rissa dan besar. Esok dah setahun lapan bulan.
Pasal makanan,aku dah tak strict.
Tapi aku takdelah main taram suka hati.
Aku masih tak bagi rissa makan keropok,gula-gula dan air manis tapi aku bagi dia beberapa jenis makanan yang aku rasa taklah teruk sangat.
Nak bagitau rupa rissa first time makan makanan ni.

1. Coklat.
Coklat pertama rissa adalah choco stick auntie anne. Ada satu masa tu aku suka sangat makan choco stick ni. Jadi sambil makan tu,aku celup sikit coklat kat rissa. Lepas dia rasa,terus jerit minta lagi. Hahaha! Tapi aku bagi sikit je. Tak sampai separuh stick tu pun.

2. Karipap.
Budak ni suka sangat makan karipap. Sama juga sambil aku makan,aku bagi dia gigit sendiri. Sebijik karipap dia habis makan. Walaupun inti karipap pedas sikit,rissa makan sampai teguk air. Adeh.

3. Ais krim.
Setakat ni,rissa pernah 3 kali je makan aiskrim. Sundae cone mekdi. Mulanya dia tengok ada budak lain makan. Pastu dia tenung je bebudak tu. Dan being kind kononnya,aku pun belikan rissa aiskrim. Dia suka. Abis comot mulut. Aku taklah bagi dia makan abis aiskrim tu. Bagi makan sikit..pastu pastikan dia minum air kosong banyak-banyak. Takut dia batuk.

4. Corn flakes.
Dulu rissa sembelit teruk jadi aku memula beli coco crunch untuk dia. Sebab banyak fibre. Tapi dia pandang je coco crunch tu. Langsung tak nak. Pastu aku beli corn flakes. Dia suka. Asyik makan corn flakes sambil tengok tv. Aku tak nak rissa makan keropok jadi inilah keropok dia.

5. Hotdog/fishball
Aku tak suka kalau rissa makan processed food sebab tak elok dan tak sihat. Tapi rissa suka hot dog. Aku bagi jugak pada rissa dalam sebulan sekali. Tapi tak banyak. Kira sebatang hotdog.

Okey..itu je yang aku ingat. Bye! ♥