Friday, 27 June 2014

Review produk : Lux magical spell shower cream

Hai.

Aku tak suka pakai perfume malam-malam.
Sebab dulu nenek aku takutkan aku dengan cerita kalau pakai perfume waktu malam nanti hantu datang.
Phewww..seram iols.
So untuk kelainan kononnya,aku tryla beli lux.
Konon nak hot macam fazura.
Kali terakhir aku guna sabun lux ialah masa aku masih sekolah rendah,masa darjah dua kalau tak silap.
Pastu stop sebab lux mengeringkan kulit aku.
Mami aku pun terus stop beli lux pastu sebab takut kulit anak dara dia ni makin teruk.
Aku ada ekzema ye..bukan kulit kering saja-saja.

Ok,review tentang lux magical spell shower cream dari pandangan aku dan hasil ke atas badan aku.

• Lux magical spell ni cecair dia berwarna purple,tak pekat dan tak cair sangat. Harga RM6.20 untuk botol 220ml.

• bau dia bau buah atau bunga.....hmm sape pernah hidu bau perfume fantasy britney spears? Bau dia 80%  sama camtu. Aku tak suka bau yang camni. Kuat sangat.

• bau wangi dia tahan dalam 30 minit gitu je. Pastu terus hilang. Cis..sia-sia aku beli.

• mengeringkan kulit. Lepas mandi jer,aku terus automatik rasa kulit aku kering. Terpaksa aku sapu losyen banyak-banyak.

Hah,itu je review aku. Jujur aku kata,aku tak puas hati dengan produk ni. Sebab aku mandi dengan body scrub jenama watsons pun kulit aku tak rasa kering gini. Memang aku pakai buat cuci bilik mandi je pasni.

Ok bye.