Tuesday, 24 June 2014

Resepi sardine bun yang sangat simple

Hai.

Nak cakap awal-awal..resepi ni asalnya dari mommycha. Pastu nana mama ayish tu alter sikit dan aku cuma meniru jer..kekeke..

So,korang takde idea nak bekpes apa pagi-pagi?
Jangan risau..ini penyelesaiannya.
Sardine bun yang sangatlah mudah.

Bahan-bahan utama ialah setin sardin dan sebuku roti gardenia.
Bahan sampingan ialah bawang merah,sikit kicap,sikit blackpepper,garam secukup rasa,mug dan penggelek (aku takde penggelek kuih so aku guna termos rissa).
Kalau nak,boleh letak cili tapi aku tak letak sebab rissa nak makan gak.
Sedikit bancuhan tepung gandum untuk dijadikan gam.

Cara membuat :

Tekap roti guna mug. Kemudian potong roti ikut bentuk bulat tu. Gelekkan roti sampai nipis. Ini untuk mengelak roti tu menyerap minyak masa menggoreng.

Letak inti pada roti tadi. Pastu sapu gam di bahagian tepi roti,cantumkan dengan bahagian roti yang lain untuk dijadikan bun. Kemudian sedia untuk digoreng hingga warna keemasan.

Makan masa panas sedap oi! Lembut sangat. Rangup pulak tu.