Wednesday, 4 June 2014

Resepi jelly kelapa yang sedap dan simple

Hai.

Sejak akhir-akhir ni,laki aku suka sangat makan jelly kelapa.
Dia suruh aku buat..dia cakap sedap.
Hehe..bangga kejap.
Meh aku share resepi jelly kelapa yang sedap ni. (laki aku cakaplah ye)

Bahan-bahan yang diperlukan ialah serbuk agar-agar jenama jele perisa asli,sesudu kecil gula dan sebiji kelapa muda.

Cara-caranya senang sangat.

Ambil periuk. Masukkan air sebanyak 800ml. Ukur air ni ok. Pastikan 800ml. Masukkan dalam periuk. Kemudian,masukkan pula air kelapa tadi. Didihkan air. Bila dah agak-agak panas,masukkan sepeket serbuk agar-agar ni. Kacau guna senduk kayu sampai mendidih. Masa ni,tambahkan sesudu kecil gula.

Sambil mengacau tu,ambil isi kelapa tadi dan letak dalam bekas. Potong kecil-kecil isi kelapa ni.Bila dah mendidih,tutup api. Biarkan dalam 5 minit,kemudian tuang dalam bekas berisi isi kelapa tadi.

Tunggu sampai suam. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Hah,siap untuk dimakan!

Senangkan?