Friday, 27 June 2014

Resepi ayam panggang semudah 123

Hai.

Dah kenapa bagi tajuk resepi macam ni?
Ekeke..aku nak share satu resepi simple gila ni.
Nak sediakan dia tak sampai 5 minit pun.
Bahan-bahan pun mudah.
Dan yang paling penting,sedap!
Asben aku suka...dah 4 kali dia request aku masak..

Ok,resepi ayam panggang ala kenny rogers :

Bahan-bahannya ialah 3 ketul paha ayam, dua ulas bawang putih,sesudu kecil madu,sesudu kecil garam,sedikit kicap dan 4 sudu besar sos lada hitam.

Ohhhhh...lagi satu barang yang paling penting ialah magic pan.

Cara menyediakan.

1. Bersihkan ayam.

2. Letak ayam dalam mangkuk besar dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk,madu,garam,kicap dan sos lada hitam. Gaulkan bersama.

3. Perap ayam dalam sejam. Kalau takde masa,perap dalam 10 minit pun takpe.

4. Tuangkan sedikit minyak dalam magic pan. Kemudian,susun ayam dalam magic pan. Tutup magic pan.

5. Masak dalam 20 minit guna api yang kecil. Kemudian terbalikkan ayam tu. Biar lagi 5 minit. Siap!

6. Sedia untuk dihidang.

Ayam panggang ni sangat juicy tau. Isi dia tak kering..kulit dia pun golden brown dengan cantik..trylah. Senang je.