Monday, 30 June 2014

Rahsia sotong goreng tepung yang enak

Hai.

Jujur aku cakap,aku dah empat kali goreng sotong goreng tepung.
Dan setiap kali tu jugak gagal.
Masalah aku selalunya ialah tepung tak melekat pada sotong.
Tapi kali kelima aku try,aku berjaya!
Sotong goreng tepung aku sedap walaupun aku tersilap beli sotong...aku terbeli yang saiz kecil.
Huhu. Ingatkan sotong semua standard size..
Selalu kalau pegi pasar memang asben aku jadi aku tak reti sangat bab ni.

Ok...jom tengok cara aku buat sotong goreng tepung.

Bersihkan sotong seperti biasa. Hiris nipis. Toskan.

Kemudian dalam satu mangkuk besar,tuangkan tepung beras dan sedikit tepung kentucky. Nisbah dia adalah 3:1. Kalau nak,boleh letak sikit lada sulah. Tak payah letak garam sebab tepung kentucky tu dah masin gila.

Pecahkan sebiji telur ayam dalam tepung tadi.

Hah,sekarang ambil sotong yang telah ditoskan. Masa ni aku perasan sotong ni masih belum kering sepenuhnya jadi apa aku buat? Aku ambik tisu dapur dan lapkan sotong ni. Lap sampai kering. Aku guna 4 tisu. *tepuk bahu sendiri.

Masukkan sotong dalam tepung. Gaulkan.

Panaskan minyak masak. Guna minyak ni banyak gak ye..agak boleh tenggelamkan sotong tu. Sebab kawan aku kata sotong goreng ni kena masak sekaligus kerana sotong akan mengeluarkan air.

Gorengkan sotong hingga warna dia keemasan. Jangan asyik mengacau sotong ni tau. Biarkan. Macam kita goreng ikan. Aku asyik kacau sotong ni...akibatnya rupa sotong goreng aku buruk.

Bila dah masak,angkatkan sotong dan toskan. Jangan letak tisu atau apa...aku letak sotong ni dalam bekas berlubang..kalau letak tisu,nanti sotong lembik. Tak rangup.

Ok siap!