Monday, 9 June 2014

7 perkara yang patut diajar pada anak

Hai.

Aku percaya,anak kita adalah macam mana kita bentuk dia.
Ya,aku tahu kekadang anak kita meragam sikit,tapi tu biasalah tu kan.
Ni aku nak share artikel yang aku dapat dari website mindbodygreen.com.
Aku translate ikut ayat aku eh..

1. Mama yakin pada awak / i believe in you
Bila anak kita macam ada kesukaran nak buat sesuatu,ucap pada dia..mama yakin anak mama boleh. Sedikit sebanyak,mesti dia akan rasa lebih bersemangat sebab tahu ada orang yakin dengan dia. Jangan jadi ibu bapa yang asyik condemn anak. Tak baik. Anak nak buat benda sikit, terus kata....awak tak boleh buat ni. Tak payah buang masa.

2. Jangan pernah putus asa / never give up.
Kadang-kadang bila kita nampak anak kita contohnya sedang belajar berjalan tapi asyik failed memanjang,apa kata kita cakap kat dia never give up sayang! Melainkan bila anak kita tu buat sesuatu dengan salah..kita cakap kat dia,dia kena berhenti,fikir dan cari jalan penyelesaian yang lain. Yang ni agak-agakla. Kalau anak tu masih baby,takkan nak suruh anak tu cari strategi lain macam mana nak belajar berjalan. T_T

Kalau kita selalu selesaikan masalah dengan cara yang sama,kita akan dapat hasil yang sama. Jadi kita kena fikirkan cara lain untuk menyelesaikan masalah itu untuk dapatkan hasil yamg berbeza. Faham tak? Contoh muka kau berjerawat. Kau kenalah cari krim muka lain untuk atasi masalah tu. Jangan kau duduk je dan teruskan guna produk muka yang kau pakai. Nanti muka kau menten berjerawat. (Kenapalah aku bagi contoh pasal muka? Haha.)

3. Berlatih ialah cara kita belajar / Practice is how we learn.
Ayat ni untuk mengingatkan anak kita supaya tak sedih bila berlaku kegagalan atau kesilapan. Yelah
..macam mana kita nak belajar kalau kita tak buat silap kan. Kita kena pandai berdiri terlebih dahulu untuk pandai berjalan.

4. Setiap pakar bermula sebagai pelatih,seperti juga awak. / every expert started out as a beginner,just like you.
Kita kena selalu ingatkan anak bahawa kita tak dilahirkan hebat. Kita kena usaha. Kena belajar. Dan ianya adalah ok untuk gagal. Ok untuk buat silap. Dan ianya ok untuk bersusah payah. Apa yang tak ok adalah untuk memikirkan kesilapan,kegagalan dan kesusahan itu adalah sia-sia. Benda tu semua adalah jambatan untuk kita berjaya. Didik anak membesar dengan mengetahui bahawa kegigihan,kesabaran dan usaha adalah jauh lebih penting dari kesempurnaan.

5. Kegagalan bukanlah satu pilihan / failure is not an option.
Berbual dengan anak..terangkan sikit-sikit. Kalau gagal,kena usaha dan usaha lagi. Ni aku bagi contoh aku sendirilah. Rissa dapat hadiah dari auntie nana. Block cube. Masa memula dapat blok tu,rissa suka susun tinggi-tinggi. Tapi macam biasalah..confirm benda tu runtuh kan? Bila blok tu runtuh,dia mengamuk marah. Aku keep on bagitau rissa. Its ok girl..its ok. Sekarang,rissa boleh terima hakikat yang kalau blok tu runtuh,dia kena susun semula.

Pffftttt..nasib dah masuk nombor 6. Penat ok nak buat entri ni. Haha..

6. Awak kena belajar dari setiap oops dan auch! / you gotta learn from every oopsy dan ouchie.
Setiap kali anak menumpahkan sesuatu,memecahkan,menjatuhkan,menendang atau terjatuhn,terhentak,terluka - cakap kat dia, awak kena belajar dari setiap kesukaran tu. Pastu tanya dia (kalau dia dah pandai cakap)..apa yang dia belajar dari kesilapan yang dia lakukan.

Maklumkan anak bahawa kita semua buat silap cuma cuba ajar dia untuk tak mengulangi kesilapan itu.

7. Awak selamat dan disayangi / you are safe and loved.
Tiap malam,rutin aku dan rissa sebelum tidur ialah aku nyanyi lagu i love u barney dan last sekali..bila dia tidur,aku akan cakap..i love u girl. Atau mama papa sayang girl. Tapi yang mama papa aku jarang cakap sebab asal aku sebut papa..mata dia terbuka balik dan cakap...papa papa?? Boo boo (boo boo ni ialah jalan-jalan versi rissa ye. Kalau dia nak ajak jalan tu..dia akan cakap boo boo).

Ianya penting untuk membesarkan anak supaya mereka rasa selamat dan disayangi. Macam kita jugak. Nak rasa orang sayang...kan?

Ok,sekian..bye! ♥