Wednesday, 14 May 2014

Tips mudah memakai contact lense

Hai.

Aku ni rabun maka aku memang pengguna tegar contact lense. Kenapa tak pakai cermin mata? Sebab bila aku pakai cermin mata,power rabun aku bertambah. Aku tak tahu apsal. So sejak aku perasan yang power rabun aku makin bertambah kalau aku pakai spec,aku setia guna lense je.

Dulu aku suka pakai lense yang doll eyes tu. Buat mata besar. Sekarang aku dah mak orang so aku macam malas nak guna doll eyes. Aku sekarang pakai yang colourless je. Ok meh aku bagi cara-cara nak pakai lense. Untuk gambar..korang boleh rujuk kat bawah ye.

1. Pastikan tangan kita bersih.
2. Ambil lense. Pastikan bentuk lense tu seperti dalam gambar di bawah.
3. Buka mata.
4. Letak je..

Wakaka...senang tak? Ada yang kata dia tak boleh nak kontrol mata dia dari berkelip. Tips dia senang jer...buat mulut bentuk O. Macam kita pakai maskara tu. Bila mulut kita O shape..otot kat mata ni cam terkawal sikit dari asik nak terkelip-kelip.

Next..penjagaan contact lense. Sebaik-baiknya,lense ni diguna sebulan je. Pastu kita remark siap-siap bila kita start pakai lense tu. Nanti bulan depan..senang nak tukar. Kalau kau jenis pakai daily wear contact lense,takpelah kan..itu lagi elok.

Sama gak macam contact lense solution tu. Tu pun kena tukar sebulan sekali. Aku  biasa beli botol kecil jenama renu. Satu aku letak kat rumah..satu aku bawa pegi ofis. Sebab kita tak boleh agak ye..ada masa lense ni tetiba rasa kering,pedih,gatal..hah..time tulah benda ni penting.

Tips penting kalau guna lense ialah jangan nangis beria sambil gosok mata. Nanti lense kau tertanggal oi. Aku ni salu sangat tertanggal sebab aku kan ratu air mata. Kekekeke....oklah. 

Bye. ♥♥