Sunday, 25 May 2014

Tips menggalakkan anak suka membaca

Hai.

Entri poyo bajet bagus is coming. Hehehe..
Aku suka membaca. Sangat suka membaca. Dari kecil,aku akan baca semua benda.Artikel,majalah,novel...hah,nak tahu tak..novel pertama aku baca adalah karya arenawati,sakura mengorak kelopak. Masa tu aku darjah 1.

So aku nak rissa suka membaca jugak. Ada beberapa benda yang aku amalkan supaya dia biasa dengan buku.

1. Membaca start dari masa mengandung. Apa-apa yang kita nak latih anak kita,kita kena start dari dia dalam kandungan.

2. Bila anak baru sebulan dua,belikan dia buku. Tunjuk pada dia,bacakan pada dia dan ceritakan pada dia. Untuk baby,memang buku yang konsep hitam putih ada dijual. Aku beli buku untuk rissa dah lama dah..dari aku pregnant lagi.

3. Selalu bawa anak ke kedai buku.
Aku memang kerap bawa rissa ke book store. Dan aku akan spend paling kurang pun setengah jam kat situ.

4. Orang suka kata,jangan bagi anak buku. Nanti dia koyakkan. Masa rissa kecil,bila dia koyakkan buku,aku sabar lagi. Sekarang,bila dia terkoyak buku secara tak sengaja,aku cakap....rissa,kesian book. Nanti book nangis..

Dan rissa akan automatik cakap, sowieee..

5. Belikan anak buku lebih banyak dari mainan.
Aku sangat jarang belikan toys untuk rissa. Sebab sebelum aku belikan apa-apa,aku kaji dulu. Tanya pendapat orang,check kat google. Maka perkara seperti aku tiba-tiba terbeli mainan tu memang jaranglah.

Berkenaan buku pulak,kita kena check betul-betul sebelum beli. Jangan sesuka hati je. Sebab banyak buku ni...tak berkualiti,ejaan pun ada yang silap..adeh..

6. Sebelum tidur,bacakan buku untuk anak.
Aku kan kerja. Rissa pulak jenis tidur awal. So aku usaha sangat untuk baca buku untuk rissa sebelum dia tidur. Selalunya aku sama ada akan tunjuk flash card,baca bedtime story atau buat apa-apa yang tak melibatkan aku melukis sebab aku tak reti melukis. Okbai. Haha.

7. Kurangkan anak main gadjet.
Kurangkan. Bukan halang terus.

Ok..ni jer tips simple yang aku amalkan. So far rissa taklah freak out kalau tengok buku. Dia tau tu book.